Raya Move On

Assalamualaikum semua ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Raya 2018 move on seperti tiap tahun. Penuh dgn keseronokkan dan drama kebahagiaan
Alhamdulillah, yg penting anak2 seronok. Kita punya seronok akan bertambah bila dorang seronok.

Tahun ni aku sambut first raya kat Kampung Gusai, Pahang. Kampung pendalaman yg masih terpelihara dari pencemaran.. Masih serba serbi natural. Bila datang sini, kami belajar untuk jadi lebih bersyukur. Masih ramai lagi org2 yg hidup dalam kekurangan tapi dorang tak mengeluh dgn kekurangan tu. Cer tengok kita .. cuaca panas sikit dah bising, jakun sgt bila dapat ekon. Tak de ais pun bising .. mcm nak terbalik la dunia ni. Tapi kat sini, dorang hidup seadanya.
Alhamdulillah kami dapat duduk dirumah selesa. Atas bantuan kerajaan terdahulu, keluarga ni dapat satu rumah baru. So aku dan nasha tak de risau nak jaga aurat kat rumah. Kami sampai sini hari rabu 13hb June .. 2 hari sebelum raya. Stay sini sampai raya ke dua. Itupun budak2 ni tak nak balik. Aduhaii

Menyusuri Sungai Ulu Tembeling

View pagi yg sgt santekk

Lemang home made

Tambah jadi 2 barisan

Antara Pengikut2 setia aku tiap kali balik ke kampung

Bonding time Nawra n papa

Fresh pucuk paku dari hutan tepi sungai. Ajak askar2 pi cari.

Main bunga api


Sambutan raya kat masjid kampung gusai

Makcik2 bawang ..kikiki

Beraya kat kampung

Mandi sungai sampai demam

Kawan2 baik Nawra. Yg tidung purple tu juara acara terjun Negeri Pahang. 

Baru kutahu buat popia nestum ni senang yakmat

Food kat Teluk Intan. Aku makan nasi lemak je yg kakak aku beli.

Ziarah kubur abah .. masih bersih dan cantik seperti biasa.

Mokcik kayooooo

Sebaya tapi ketinggian berbeza. Hahaha

Raya ke tiga baru aku gerak ke Teluk Intan. Sebab kami semua berpakat nak balik raya ke tiga. Tapi tahun ni x sempat nak bergambar raya sbb masing2 bnyk urusan .. demam .. termasuk la aku yg baru start demam semalam. Semoga cepat sembuh ya Nur. 
By the way .. posting aku tahun 2014 jadi viral and ada org claim tu posting tahun lepas. Gigih juga la nak buat orang benci kat aku selama ni tapi Allah tetap jaga aku. Alhamdulillah. Rasa bertuah sgt bila ramai yg sayang.. Ramai yg nasihat supaya tak layan benda2 negatif. 
Jadi org glam ni mmg kene hadap la sikit2 dengki n fitnah org. Dah biasa derrr .. Tak sabarrr nak bagi hadiah kat kawan2 semua kisah kejayaan aku bulan 7 nanti. Tungguuuu.
Salam Aidilfitri semua. Maaf zahir batin.
#Tingkatkan produktiviti
#Hapuskan provokasi

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Komen