Eidul Adha - Bahagia Cara Kita
Assalamualaikum semua .. Hari Jumaat, 10 Muharram .. hari yang penuh keberkatan, hari yang makbul doa, hari yang penuh kebaikan. Semoga kita semua mendapat hidayah dan kasihsayang Allah. Throwback Hari Raya Haji. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan orang yang asal kampung, antara himah dan keseronokannya ialah dapat menikmati suasana raya kat kampung yang sangat2 meriah. Asal balik kampung dah macam YB pulak rasa. Buat apapun sekampung datang support. Orang2 susah ni kebanyakannya baik2 dan sangat membantu. Jangan fikir orang2 kampung ni mundur ya kawan2 .. dorang ada access pada internet dan kemudahan2 .. bezanya nak ke bandar je jauh. Aku kalau rindu suasana kampung yang original, mesti ajak encik suami balik sana. Banyak lagi gambar dalam koleksi, tapi biarlah upload yg ni je. Hari Raya Haji ni pagi lepas solat banyak orang ajak datang rumah makan2 .. rezeki kami buat bbq, oden dan jemput semua orang kampung datang makan2 petang raya tu .. ya Allah seronoknya. Budak2...