Terima Kasih Yang Tak Terhingga Wahai Diri Ini. Selamat Tahun Baru 2024
Assalamualaikum semua ♥️ Tahun 2023 dah almost menutup tirai. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis, kejayaan, rezeki yang Allah bagi pada tahun ini yang pastinya menjadikan aku manusia yang lebih beringat 5 perkara sebelum 5 perkara. Aku nak mulakan tahun 2024 dengan ucapan syukur, terima kasih pada Allah dan terima kasih pada diriku sendiri. Kita selalu ucap terima kasih pada orang lain, tapi kita kerap lupa untuk berterima kasih pada diri sendiri. Diri kita yang telah banyak mengharungi realiti kehidupan dengan parut luka dan kebahagiaan yang bertukar ganti. Perjalanan kehidupanku mungkin tak semudah orang lain. Mungkin ada orang selesa dgn kehidupan yang statik supaya tak penat, pening dan lelah. Kejayaan tak ada yang percuma, semuanya perlu dibayar mahal dengan usaha, doa, kebijaksanaan dan kesungguhan yang berterusan..Aku dah terbiasa berusaha keras untuk dapatkan sesuatu yang aku impikan, Dan anugerah dari Tuhan, aku dapat lebih dari apa yang aku impikan. 😍😍😍 Terim...