Posts

Showing posts from 2026

KL - Terengganu - KL

Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah SWT. 🤍 Kenangan kecil dari Dungun, Terengganu. Minggu lepas, kami ke Dungun, Terengganu. Anak sulung kakak bertunang. Jauh juga perjalanan, tetapi kebetulan cuti Hari Kebangsaan bersambung pula dengan cuti negeri Selangor, jadi kami ambil kesempatan untuk berkumpul dan meraikan hari bahagia keluarga. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi hari Jumaat. Singgah di Temerloh untuk menunggu adik dan mak check out dari hotel, kemudian kami bergerak bersama-sama menuju ke Dungun. Alhamdulillah, cuaca baik. Panas memang panas, tetapi jalan raya masih belum sesak. Kami memang sengaja memilih untuk bertolak pagi kerana sudah boleh menjangka kesesakan yang mungkin berlaku sekiranya bergerak pada sebelah petang. Aku sewa homestay empat bilik. Besar ya ampun homestaynya! 😄 Alhamdulillah, sangat selesa. Semua bilik ada aircond, ruang tamunya besar gedabak, dapur pula luas dengan peralatan yang lengk...

Banyak Cakap, Banyak Salahnya, Banyak Dosanya

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Riwayat al-Baihaqi) Ya, diam itu sebenarnya lebih baik daripada banyak bercakap. Lagi banyak kita bercakap, lebih tinggi potensi untuk 'mengaut' dosa, bercakap yang sia2, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Banyak bercakap perkara2 yg tak elok juga juga menjadikan kita manusia yang kurang malu dan lama kelamaan hilang rasa malu walaupun selalunya apa yg kita cakap itu memalukan diri kita sendiri. Percakapan elok atau tak elok tu sesungguhnya menggambarkan hati, pemikiran dan diri kita sendiri. Selalu kita tengok kelompok yg banyak bercakap dan suka bercakap pasal org lain ni didalam kelompok yg sama. Mereka tidak akan dapat menyesuaikan diri dgn golongan yg berfikir sebelum bercakap atau bertindak. Golongan ini menjadi musuh atau yg mereka benci.  Perangai banyak be...

Puasa dan Raya

Image
 Asslamualaikum semua, Alhamdulillah harini dah hari ke 26 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu dah nak habis puasa 😭😭😭😭😭😭. Aku enjoy sgt masa Ramadhan, walau ada masanya rasa letih lesu ajer kat office. Time dekat2 tengahari rasa sangat mencabar, tapi pejam celik dah nak berakhir untuk tahun ini. Semoga Allah menerima amalan kebaikan kita semua dan membuang kejahatan2 dalam diri kita berkat bulan yg mulia ini. Semoga kita dipertemukan dalam bulan Ramadhan pada tahun depan dan tahun2 yg seterusnya dalam keadaan sihat dan gembira. Kami setiap hari buka puasa kat rumah kecuali malam tadi, kami makan besar kat luar. Order set talam dan lamb grill kat restoren di Ukay Perdana.. Pada kami yg tak makan banyak ni rasa dah besar menu malam tadi. Perut tecik2 belaka akhirnya lebih separuh di bungkus dan dapat makan semula time sahur. Dah lama plan nak bawa anak2 makan luar sama2 untuk celebrate pencapaian suami aku till today, alhamdulillah, banyak perkara Allah jadikan lebih baik. Semoga ...