Journey Towards 51
Assalamualaikum semua,
InsyaAllah, tak lama lagi aku akan mencecah sweet 51. Alhamdulillah atas umur, kesihatan dan rezeki yg Allah bagi selama ini. Bila dah cecah umur 50 an ni, seperti biasa, akan mula dah penat2, sakit2 sikit sana sini. Allah sentiasa bagi pesanan supaya sentiasa rindukan Dia, berdoa, meminta dan mengadu pada Dia. Dulu masa muda, Allah uji dgn kesibukan mengurus kerja dan anak2 yg masih kecil. Sekarang lain pula ujiannya tapi yg masih maintain ialah ujian bekerja yang sentiasa ada selagi kita ni bekerja. Alhamdulillah, so far, semuanya atas kurniaanNya, untuk jadikan kita insan lebih baik dari hari ke hari.
Merenung kembali perjalanan aku dari kecil hingga sekarang, family aku ni kategori miskin pekan. Miskin pekan ni lagi susah dari miskin kampung tau, sebab kalau miskin kampung, kau still boleh menjala ikan kat sungai, petik2 pucuk paku, kangkung dan ulam2. Miskin pekan ni tak banyak yang kau boleh buat kecuali meniaga. Haaa, cakap pasal meniaga kan, dari kecik aku dah jadi saudagar tau .. banyak benda2 yg aku jual termasuklah sticker, nasi lemak, pensil, anak patung kertas, batu2 kristal yang aku kutip kat kawasan pembinaaan rumah. Aku memang jenis berani berniaga masa kecil. Bila sekolah menengah, aku stop aktiviti tu dan sambung balik masa aku belajar di universiti. Masa kat sekolah menengah, aku selalu tak dapat join aktiviti outing, kelas tusyen, pakaian baru atas kekangan kewangan. Baju sekolah yang aku pakai pun baju yang turun temurun punya. Tapi kan, susah mana pun aku, aku tak pernah salahkan mak dan ayah aku, jauh sekali mempersoalkan pada Allah kenapa aku miskin. Ada satu kejadian di rumah, masa tu aku di tingkatan 4, yang membuatkan pemikiran dan impian aku berubah 360 darjah. Biarlah aku simpan kenangan itu sampai mati tanpa perlu bercerita pada sesiapa, even suami aku sendiri. Aku tulis kat sini pun dia bukannya baca .. hahaha .. dia bukan jenis suami menyibuk nak tahu serba serbi hal isteri. Ok, bermula saat itu kan, aku berazam untuk belajar bersungguh2, dapat no 1 dalam kelas sehinggalah aku dapat jadi best student masa SPM. Aku nak keluar dari kemiskinan dan ubah hidup sendiri serta keluarga. Memang betul, kita ni kalau nak berubah jadi lebih baik, wajib ada push factor. Kalau tak ada push factor, kita akan pandang mudah banyak perkara dan akhirnya masa itu akan berlalu mcm tu saja.
Bila aku masuk universiti, aku sambung berniaga kecil2, hidup dalam berjimat cermat dan masa aku 3rd year, aku dah berani nak keluar kerja part time. Punyalah kuat aku kerja, lepas kelas pukul 5 naik bas ke Sunway, masuk kerja pukul 7 sampai pukul 11 malam. Syukur tempat aku kerja tu bagi break utk solat, so tak delah aku tinggal solat masa kerja. Kalau weekend, aku akan kerja dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Masa muda aku memang penuh dengan hardwork untuk self sustain. Kebetulan, adik lelaki aku pun masuk belajar kat UM, hostel dia sebelah bangunan hostel aku. So kami sama2 banyak kenangan susah senang, lapar sama2, kenyang sama2 tanpa perlu mengadu kat mak ayah atau kakak2. Lepas aku grad pun aku gigih cari kerja. Tak de rehat2 sebab aku nak cepat2 tolong mak ayah dan adik2 aku yg masih belajar. Alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja tak lama lepas aku grad dan tak lama lepas tu pun aku dapat offer dari tempat yang aku kerja sekarang. Dah lebih 26 tahun aku kat sini. Lama kan. Macam2 kenangan, cabaran, susah senang yg aku dah lalui dan menjadikan aku insan seperti sekarang. Anak2 aku pun dah faham sangat macamana mamanya kuat bekerja, balik rumah uruskan hal rumah pula. Masa dorang kecik, aku mmg very particular hal makan minum dan urusan kat rumah. Bila dorang dah besar ni aku rasa banyak lega dan lebih banyak masa untuk diri sendiri. Encik suami pun mmg jenis rajin, so memamg dia banyak membantu hal2 anak dan rumah. Umur 30 an sampailah 40 an adalah tempoh cabaran aku membesarkan anak2 dan membina kerjaya aku.
Percaya tak kalau aku cakap yang aku ni mmg gila komited dengan tanggungjawab aku. Aku selalu tidur kat ofis untuk siapkan kerja. kadang2 anak2 dan suami teman, kadang2 aku sorang. Walau pun staff2 selalu cakap ofis tu mcm ada entiti lain, aku tetap stay back, jalankan amanah aku sebaiknya. Of course lah ada kenangan seram dan mistik yang aku dah lalui, tapi, syukur alhamdulillah Allah sentiasa jaga aku sebaiknya. Ada satu tahun tu aku kerja straight tak de cuti kecuali cuti raya. Sebab masa tu aku tiap weekend ada program sana sini, ke Sabah, Sarawak, Korea, seluruh semenanjung. Memang busy giler and aku survive tanpa cuti setahun. Cuti tahunan aku burn sepenuhnya tapi Allah ganti dengan rezeki lain. Rezeki anak2 sihat, rezeki suami yg memahami dan rezeki duit. Aku percaya bila kita ikhlas, banyak kebaikan yang akan datang, insyaAllah. Kalau kita berkira, jadi manusia yg toksik, memang banyaklah halangan rezeki dalam hidup kita. Cuma sekarang ni, aku memilih untuk stayback kat rumah kalau ada tuntutan kerja yang aku tak boleh bereskan. Minggu ni aku tidur pukul 4 pagi almost tiap hari untuk siapkan kerja.
Alhamdulillah dari umur 40an aku dah capai jawatan yang aku tak pernah terbayang sebelum ni. Boss pun sangat baik. Anak2 buah pun tak banyak masalah. Jadi apa lagi yang aku nak komplen kan. Disebalik ujian2, pasti akan disudahi dengan hikmah yang terlalu besar, bagi mereka yang berfikir.
Tapikan korang nak tahu satu benda yang agak kelakar bagi aku ...Ada juga yang cakap, apa yang Allah bagi kat aku ni adalah istidraj. Dari ehsan encik google Istidraj bermaksud pemberian nikmat atau kesenangan oleh Allah SWT kepada seseorang yang sentiasa melakukan maksiat dan jauh dari-Nya, bukan sebagai tanda kasih sayang tetapi sebagai ujian atau "umpan" bagi penangguhan balasan sehingga mereka menuju kebinasaan tanpa mereka sedar. Haaa ... gituuuu. Tak pelah, kita faham, bila orang yang tak faham agama bercakap atau menulis, dia akan keluarkan ayat2 yang sebegini. Dan kita boleh tengok kehidupan mereka dari dulu sampai sekarang, macam gitulah. So tak perlu nak layan kan. Hidup kita ni kalau banyak sangat teropong dan minat dengan kehidupan orang lain, takkan ke mana-mana.
My journey towards 51 .. aku sedang berusaha gigih untuk bersara awal .. berkemungkinan lagi 2 tahun, insyaAllah.Dah merasa nikmat dan cabaran bekerja, nak merasa nikmat kepala tanpa fikirkan kerja. Hehehe. Doa aku semoga Allah bagi sihat, bahagia, rasa cukup dan bersyukur sentiasa. Aku gtau kat husband, insyaAllah, once aku bersara, rezeki dia akan bertambah2 lagi sebab lepas bersara, hal2 duit aku akan jadikan dia bank aku sepenuhnya untuk aktiviti pengeluaran. Kihkihkih. Kan Allah akan balas berganda2 bagi kita yang sentiasa memberi pada yg memerlukan. Setahun dua ni aku masih nak enjoy bekerja dan ada gaji sendiri tiap bulan. Jadi, dari segi kerjaya, cita2 aku dah kesampaian dan aku nak achieve another mission pula dalam masa beberapa tahun ni insyaAllah selagi diberi nafas dan kesihatan oleh Allah.
Doakan aku ya kawan2 semua. Semoga sentiasa ada sinar dan nur dalam perjalanan hidup aku. Semoga Allah permudahkan urusan kehidupan aku, suami dan anak2 aku dunia dan akhirat. Semoga urusan korang semua juga dipermudahkan Allah, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, insyaAllah.
Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti ๐๐๐๐๐๐๐
Comments