Posts

Me .. Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya ...

How I wish aku punya pekerti mulia seperti Luqman Al Hakim ... Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan memberikan lebih daripada 50 nasihat kepada anaknya. Di antaranya: . 1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.” 2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT .” 3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” ...

Me ... Missed My Family

My little princess dah menyulur since last week ... Cepatnya masa berlalu kan.. My girl bizi dengan choral speaking wakil sekolah. She is very2 active and suka dengan aktiviti My prince charming ... masih dalam dunia fantasinya But makin rajin membantu dari hari ke hari. Minta tolong apa saja, tak pernah menolak. My lovely hubby ... bizi dgn kerja dan urusan tanah.. Mudah2an Allah permudahkan semua urusan kami dan buka pintu rezeki yang luas kepada kami. Tak sabar nak balik rumah .. Nak sembang2 dgn my boy Mesti ada cerita gulai kawah yang sedap tu .. And my gurl pasal pertandingan hari ni .. And mengejar my bam bam gurl yg suka merayap sana sini .. Missed my hubby ... :-)

Me .. Berlapang Dadalah ...

Image
Ayuh .. berlapang dadalah. Aku masih disini .. masih diberi rezeki oleh Allah ..kisah hidupku sebagai single mother dulu dah aku jelaskan pada rakan2.. Even sebenarnya aku tak perlu jelaskan pun. Alhamdulillah .. tak jadi isu pun, tak ada yang menokok tambah ceritapun.. sebab kawan2 aku kebanyakannya tahu aku macamana. Bukan kaki opera .. bukan kaki mengumpat .. bukan suka hina2 org lain. Dulu ada yang cakap kalau orang tahu pasal ni, mesti aku akan berenti kerja .. As if dia tu Tuhan.. boleh tentukan rezeki dan nasib seseorang. Nyata salah 500%... Orang macam tu memang kategori jahat dan busuk hati. Kompang apa orang cakap pada dia, manipulate ayat2 orang tapi sorok benda buruk yang dia buat and cakap pada orang lain. Aku happy dan puas hati ... Selepas segala kutukan, cacian ... aku masih punya orang yang menyayangi aku disekeliling .. masih punya rezeki .. masih punya kawan2 yang bukan dekat dengan aku hanya masa senang atau nak menumpang. Terima kasih Allah kerana menjadikan a...

Me .. Sepetang Bersama Suami, Bonda, Kakak dan Adik ..

Image
Weekend baru2 ni aku sefamily pulang ke kampung Dapat berita pakcik kene strok and masuk icu .. Walau demam, anak2 tak sihat, gagahkan diri demi keluarga. Kalau arwah abah masih ada, pasti dia yang paling sibuk menguruskan ayah cik. Walau macamana perangai dia sebelum ni, aku yakin arwah abah takkan abaikan dia Tiada dendam, tiada ungkit mengungkit, tiada cacian yang akan keluar dari mulut dia .. Betapa ikhlasnya kasih sayang seorang abang, seorang suami dan seorang ayah. Yess, itulah abah aku dan aku juga cuba tanamkan sikap murni tersebut dalam diri aku. Kat kampung, we all sempat celebrate birthday Adam ... Dah besar anak2 sedara aku termasuk anak aku sendiri Demam2 pun berselera makan kek secret recipe ... tapi lupa nak re load .. huhuhu Tak dilupakan pizza hut dan mee jawa... nyum nyum nyum .. Borak2 sambil makan sangat best ... Baru 3 keluarga bersama, tapi riuhnya ngalahkan sekapal .. Terbayang masa kecik2 dulu kami sangat rapat bersama .. Cepat je masa berla...

Me .. It's Us ... Thank you Boss

Walau sekadar ucapan ... Bos aku yang susah sangat nak puji orang .. Semalam, masa kami borak dia cakap .. Sr. Nur, you are a super efficient staff ... bagi kerja cepat siap, tanya soalan sentiasa boleh jawab dgn betul ... Syukur I ada staff macam you... My respond ...Ooomaigadd .. thank you boss .. thank you for seeing me that positive. If I may add .. it's not ME .. but US ... all of us in the office make things always on the right track. Thank you boss!! -------

Me ... Merawat Baby Batuk dan Selsema

Image
My baby dah sebulan lebih kat nursery. Aku hantar awal dari tarikh aku start keje supaya dia ada masa untuk adapt dengan surrounding dan untuk dia bina immune system better. Kat nursery since 2 minggu lepas semua budak2 idung tengah meleleh hingus hijau ...batuk2 Aku memang la risau dgn Nawra. Baru 3 bulan kuttt ... Mampu ke dia jadi lebih kuat dari abangnya dulu yang selalu keluar masuk hospital. Last week, ada satu malam dia bersin 3 kali .. bunyi hingus dalam hidung .. Pagi esoknya bersin lagi and  kuar hingus yang bikin aku risau. Well, mommies out there ..  Aku nak share cemana penjagaan aku pada baby yang kena selsema and batuk ni. nak prevent memang la susah sebab kat nursery tu semuanya selsema. ok .. yang pertama .. kenalpasti samada bersin tu sebab hidung gatal ke atau memang selsema. Kalau setakat bersin biasa, no harm, malah sangat bagus. same goes to batuk. kadang2 kita orang dewasa ni pun sekali sekala ada batuk2 biasa... Nasihat doktor, antara selsema da...

Me ... From Fraser With Love ... Mwahhhh ...

Image
Posting yang agak outdated .. dek kebizian dgn family Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk cuti2 Malaysia lagi. Tak jauh mana pun.. Fraser Hill je. First time jejakkan kaki kat sini. Suka sangattttt, sebab tempat cantik, tak crowded dan sejukkk. Bertolak dari KL pukul 11, ikut hiway plus.. keluar kut rawang then terus ke Kuala Kubu Bharu.. Lalu kat empangan Kuala Kubu Bharu. Sadisnya tengok level air yg sangat kronik. Masa tu dah start catuan air kat Selangor.. Actually tak de la jauh sgt nak ke Fraser, tapi disebabkan ikut jalan biasa yg banyak traffic light dan lori2, so jadi slow.. Bila sampai kat atas, benda pertama yg nampak ialah encik jam roundabout. Hotel kami pun dekat roundabout ni je. yippiiiiieeee..... Sampai2 je, semua kepenatan kecuali anak2 aku termasuk sikenit tu... Meke ajak aku jalan2 kat luar sambil menikmati cuaca yg amboi2 enak, amboi2 enak ... Layankan ajer permintaan dorang. Papa kepenatan sebab marathon drive Tmn Negara - Kuantan-Taman Negara-KL...

Me .. Panggilan Umrah ...

Image
Semalam adik lelakiku bersama isteri dan ibu mertuanya bertolak menunaikan umrah ... Seronoknya dalam hatiku dan agak sedih kerana tak dapat pergi sama. Dulu kami pernah bincang untuk buat umrah sama2 .. tapi since aku ada sikenit tu, kena la postpone buat seketika. Cuma dalam hati memang melonjak2 nak pegi. ku gugel pasal couple yg bawa baby kecil pegi umrah. Rupanya ramai je yang bawa and mereka semua bagi komen yang positive .. tak susah pun kata mereka. Siap ada yang share checklist untuk baby kat sana. Kata mereka, fikir positive dari awal, insyaallah, yg datang juga positive. Ni yg buat perasaan bergelora sangat. Memang aku tak sabar nak kesana. Kalau aku pegi, hajat dihati nak bawa semua. Ya Allah, kau telah buka hati kami untuk menjejakkan kaki kami disana. Aku doa semoga kau beri rezeki yang berganda dan kelapangan kepada kami untuk menunaikan umrah sekeluarga. Aku tak rasa excited nak berjalan ketempat lain selagi hajat utama aku masih belum tertunai. Bila ku gugel, baby ...

Terima Kasih Suami dan Anak-Anakku ...

When a child is born, a new mother will also born .... Yup, so true indeed. Anak pertama, fasa belajar, anak kedua, fasa memahami, anak ketiga dan seterusnya fasa menjadi yang jauh lebih baik. Setiap kelahiran anak2 akan melahirkan a new version of motherhood. A better version ... My kids are my strength. Mereka juga guru dan cinta hati yang tak pernah pudar dalam hati aku. Indeed aku memang banyak belajar dari anak2 aku. Belajar dari kesilapan2 lalu dalam mendidik dan memberikan kasih sayang kepada mereka. Menatap wajah mereka, membuat aku merasa sangat bertuah kerana punya mereka, pinjaman Allah yang sangat bernilai. Umur macam ni .. aku dah tak perlu berperang dengan perasaan sendiri untuk masa dan keadaan yang aku idamkan, sebab semua yang aku mahu dalam dunia aku yang sederhana ni kebanyakannya dah tercapai. Aku tak impipun nak jadi jutawan, cukuplah sekadar makan minum terjaga, bole bercuti2 dgn family, ada simpanan sedikit untuk diri sendiri dan anak2, pendidikan dan hal2 kea...

Baby Nawra First Day at School

Image
Pejam celik.. dah lebih 2 bulan aku bersalinkan Nawra. Alhamdulillah, so far, so good even kene berjaga malam especially time menyusu. Normal routine for a mom. Badan sakit2 sket kalau kene dukung baby lama.. Tapi syukur sangat sebab body clock baby dah bertukar normal. Alhamdulillah.. Sesungguhnya memang benar, nak minta sesuatu, minta lah dari Allah, especially masa2 sukar. Kalau kita redha dan ikhlas dgn sesuatu ujian, Allah pasti makbulkan. Hari ni first day Nawra pegi school. Berdebar2 sangat, berat hati sangat, sedih sangat nak lepaskan tuan puteri ke tangan orang lain. But, its good for her. Bole berkawan dan lebih berdikari. Taska yang aku hantar tu pun bukan yg asing. Sorang teachernya aku dah kenal since Nasha darjah 1, so kene yakin pada Allah. Dia akan jaga anak aku sebaiknya. Teringat zaman2 kakak n abang baby dulu. Pepagi bawa beg, susu bagai. And history repeats. Aku kene manage time betul2. First day agak kekok. Alhamdulillah aku masih cuti, so bole melenggang ske...

Kalau Aku Mati...

Tajuk agak menyedihkan buat aku.. Ni la ayat yang mak aku selalu cakap sepanjang dia kat sini. Nampak sangat dah tua dan tak larat mak aku tu. Tapi dia masih cuba bantu aku dgn hal2 rumah dan anak2 sepanjang dia kat sini. Alhamdulillah. Yang merisaukan aku, kekadang waktu kami borak2, dia akan membuat pesanan and amanah. Kalau aku mati.. kau amik.. kau buat.. kau simpan.. kau pastikan.. details aku x leh nak taip kat sini.. Kadang2 aku rasa amanah ni agak berat, agak sensitif, tapi bila tiba masanya aku kene gak laksanakan. cuma aku mohon pada Allah semoga mama aku dipanjangkan umur dgn kesihatan yang baik. ameenn sepanjang aku berpantang, dia mmg sgt particular menjaga. aku yg banyak beno ngelat, especially hal2 makan. hmmm, cemana la body nak lawa kalo degil tamo jaga makan kann.. huhuhu. bila dia tak de ni, sunyi rumah rasanya. kalau tak, ada je syarahan pada anak2 aku yg kekadang buat aku gelak sorang2. hmm, dah dia gotu, terimalah seadanya. aku sendiri pun bnyk kele...

Kebahagiaan dari Suatu Pemberian

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~ Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas. Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang. Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he” Guru yang alim dan bijak itu menjawab: "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaa...

Sharing Is Caring

Assalamualaikum ollzs.. Hari ni dah 33 hari berpantang.. haha, selalu pantang nampak sebenarnya. Aku nak share sumthing yang mmg nak dishare dari sebelum bersalin dulu. Tak semua couple yg da kawen nak anak. Yup, memang reality. A friend of mine ada beberapa org gitu. Sampai ke tua tak de anak sebab mmg tak nak. Pelikkan manusia ni. Yang x de anak, nak sgt anak. Yg maybe bole ada anak, tak nak pulak. Yg hubungan luar nikah, senang je beranak n campak anak sana sini. Tak termasuk mendera n bunuh anak. Yg dah nikah lama, tak dapat anak.. Bila tengok baby org, rasa mcm best je, mcm comey je kalau ada baby kan. Yup, itu yg aku rasa. Seriously, nak ada sorang anak perlu kesabaran, kekuatan, kesihatan dan kewangan yg seadanya. Aku ibu pada 3 anak. Pernah besarkan 2 org anak kecik sendiri beberapa tahun.. Dah kawen duduk jauh dgn suami. Membesarkan 3 org anak dgn rezeki dan kekuatan yang Allah beri. so apa yg aku taip kat sini bukan sekadar meroyanz semata2.. Nak mengandung?? Nak an...

Anak Itu Datang Bersama Rezeki

Image
Assalamualaikum ollz.. Waktu relax2, selepas zohor setelah berjaga malam. Baby masih terbalik body clocknya. Bilik 24 jam terang, so x leh nak train baby utk bezakan siang dan malam. After sebulan maybe dah boleh off lampu waktu malam. Penatnyaa berjaga malam waktu org lain lena diulik mimpi indah. Tapi itulah salah satu pengorbanan seorang ibu kann :-) Baby Nawra, secantik namanya, secomel mimik mukanya, sebaik perangainya. Hanya bising kalau nak nenen n diaper basah. Lain2 tak de ragam so far. Tapi suara, mak aiii. x yah pakai microphone. Dia punya jerit sekali pun dah bikin satu rumah tetanjat. Memang high note giler. Macam kene cubit kalau nak susu. Semenjak lahir, bole dikatakan every week ada org datang ziarah. Alhamdulillah. Baby itu rezeki, membawa rezeki. Tetamu yg datang pun bawa rezeki dan keberkatan. Hadiah2, duit.. alhamdulillah. Rezeki baby Nawra sangat baik. Susu badan pun setakat ni masih banyak. Sekali pam dapat la 300ml, hampir2 12 oz. Alhamdulillah. Aku buat st...

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah selamat melahirkan baby girl yang sihat dan sempurna dimata kami.. Hadiah tahun 2014 yang sangat2 bermakna buat kami. Maknanya kami dah ada 3 cinta hati amanah dari Allah. Sambungan cerita posting lepas.. bila pegi check up n doktor sakap dah buka 2 cm, aku sdapat seminggu mc. doktor suh duk diam2 kat rumah je. Maunya aku nak duk diam. Nehi, nehi.. Ada je aktiviti memenuhkan masa week 37 tu. Yg bestnya, lepas dr check, contraction hilang and langsung x de rasa sakit taw. Cuma sakit celah peha tu la yg melampaunya. So, the next week aku dapat mc lagi. Berdebor2 bila la si kenit ni nak kuar. Life mcm biasa, cuma sikit slow dek perut yg membesar dgn jayanya. Masuk minggu 38, aku gi checkup lagi. Owh, lupa lak, perancangan awal nak bersalin kat Tunku Azizah medical Centre, tapi hospital kene renovate lak. So, tumpang di Gombak Medical Centre dengan Dr. yg sama. Memula agak terkejut n frust sbb x dpt nak bersalin kat hospital baru, but then redho...

Rezeki Siapapun... Syukur dan Redha ....

Kalau ikutkan hati dan perasaan ... nak sentiasa jadi mak buyung ... Tau sebab apa ... sebab hari2 Allah bagi rezeki Breakfast and lunch hampir setiap hari ada yang belanja. Allah bagi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ... Dengan perut yang besar ni, masih boleh memasak, mengemas, menghantar anak2 ke sekolah Alhamdulillah ... Nikmat mengandung memang sangat2 di rasai Walaupun pada orang mungkin ia nampak kecil .. Tapi pada aku ... itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA Rezeki kita, mesti kene syukur .. Rezeki orang pulak kita kene redha dan tumpang gembira .. Especially sesama Melayu and Islam ... Bila aku baca blog2 yang aku memang tak kenal, bole tahu serba sedikit pasal perangai dan pemikiran blogger tu. Ada yang tak leh langsung dengar or tahu berita gembira orang lain ... mesti akan buat statement negative, statement meluat .. hampir pada setiap posting.. mengata dan merendah2kan orang lain. Obviously she is a very negative p...

Salam Aidil Adha ...

Image
Wahhh ... cepatnya masa berlalu. Aidil Adha kembali ... Tahun ni serba sederhana .. beraya bersama family tersayang dirumah je .. My boy demam panas sejak petang semalam .. kesian kat dia Tak tidur malam menjaganya ... Nampak gayanya raya tahun ni tak kemana Raya kat rumah je sampai my boy tersayang sembuh sepenuhnya. Mula2 nak balik Pahang, tapi sebab boboboi demam, so tak jadi .. Mudah2an ada rezeki beraya kat sana nanti, Insyallah Dikesempatan ini, Mizz n ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua followers dan silent readers... Mudah2an semakin masa berlalu, semakin umur bertambah akan memberikan kita lebih keinsafan... Kata2 untuk diri sendiri dan semua ... Mulut, gunakan untuk bercakap yg baik2, Mata, gunakan untuk melihat kebaikan dan jasa orang lain Tangan, gunakan untuk melakukan pekerjaan yang baik2 Kaki, gunakan untuk menghadiri majlis2 ilmu ... Hati, selalulah bersangka baik dan fikir yang baik2 .. (ni paling susah, tapi boleh diusahakan)...

Bila Inspirasi Menjelma

Image
 Kadang2 inspirasi datang dah lama, tapi tak ada kesungguhan. Kadang2 inspirasi tetiba wujud dalam fikiran .. So samada nak buat atau tidak.. Kurang kerja, cari kerja.. Sentiasa ada benda yg nak dibuat. Itu la aku. Duduk lama sket jadi boring. Kan bagus kalau aku suka baca novel mcm kawan2, bole tekun membaca berjam2. Tapi aku tak bole. Dah penah cuba, hasilnya, baru baca 2-3 mukasurat dah selamat zzzzzzz ..... Lately, kegemaran aku bersopping online makin menjadi2 ... Beli barang baby, barang sendiri Semalam serentak 4 barang sampai ... huhuhu And advantagenya aku kenal dengan supplier2 barang So tanpa berlengah lagi aku pun menjebakkan diri dengan online bizz Haha, saja kan cari keje .. dan cari experience Mudah2an ada rezeki dan diberkati Allah ... Belum cuba, belum tahu .. so why not ... tak de risk apa2 pun Cantik2 dressnya kan .. harga pun berpatutan... Kalau kat luar, confirm RM150 ke atas, But yang aku jual semua RM120 ke bawah ...

Tulis jerrr

Image
Melalui hari2 yang meletihkan .. berkursus di Jalan Duta Keadaan sekarang tak berapa suka nak drive lama2 Lebih suka duk ofis dan paling suka duduk kat rumah dengan suami n anak2 Virus kemalasankah ini ??? Ramai yang baru tau aku pegnen Ramai yang cakap perut tecik, tak nampak mcm pegnen Maybe cutting baju kot.. aku tak de beli langsung baju pegnen Semua baju2 sedia ada masih boleh dipakai So, napa nak membazir kan :-) Tapi aku tengok perut aku neh membesarr gak Saiz baby normal, itu yg lebih penting Tak kira la pewut besor ke tecik My gurl n boy hari2 cium pewut ..sayang sangat kat adik Alhamdulillah, aku dikurniakan anak2 dan suami yang sangat penyayang Tak perlu nak cakap or puji lebih2 ... totally bersyukur pada Allah Tak kaya tapi bahagia ... Kami cintakan keluarga ini kerana Allah Minggu lepas beli 2 pasang flat shoes .. warna pink n biru Kasut yg sedia ada dah lunyai dan koyak Aku ni memang jenis loyal pada kasut n handbag Pakai sampai koyak, then baru beli ...

Sekiranya Ini Sujud Terakhirku

Malam ni rasa agak syahdu Memikirkan diri sendiri sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang anak, seorang pekerja, seorang hamba yang banyak kekurangan. Apakah sudah cukup segala yang aku lakukan untuk membahagiakan orang2 yang aku sayang? Rasanya terlalu banyak lagi yang harus aku lakukan.. Melihat wajah suci anak2 yg sedang tidur, buat aku rasa sangat2 sedih.. Bahagiakah kalian dengan mama? Cukupkah segala kasih sayang dan perhatian yang mama dah beri selama ini. Ya Allah, aku manusia yang lemah. Berikanlah kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kepada diriku. Penuhilah hatiku dengan rasa cinta, kasih dan sayang atas dasar amanah dan tanggungjawab kepadaMu.. Sekiranya malam ini merupakan sujud terakhirku, ampunkanlah diriku, kau peliharalah keluarga kami, iman kami dan amalan kami yang membawa kami je syurga. Ameenn...