Aku Adalah Dirimu
Kiranya ini namanya cinta
Aku mencari maksudnya
Di manakah permulaannya
Di manakah pengakhirannya
Aku terus tertanya….
Kiranya ini detik membahagiakan
Biarlah aku menitis air mata
Terus merindui dirimu
Agar hati ini jujur
Mengakui cinta yang hadir….
Aku tidak mahu menipu diri
Menerima insan Yang hanya menguji keikhlasan
Walau ada rasa gembira
Namun tiada bahagia
Mencari sesuatu yang tak pasti
Ku hanya mampu berdoa
Agar Yang Esa merestui
Yang terbaik bagi diriku
Adalah dirimu…....
Nukilan: Diana
Comments