Blessed Raya 2024

Assalamualaikum sahabat2 dan stalker sekalian 😂...

Eid mubarak, eid kareem 2024. Actually masa bulan Ramadhan aku ada draft posting tapi tak sempat nak habiskan. Mak busy nauu nokk. Mana nak kerja lagi, nak masak sahur n iftar lagi, nak mengajar 3 kelas lagi, nak tengok shuben and anak2 lagi. Oohoiii memang mencabar tapi tetap berusaha dan bersyukur sentiasa. Paling penting Allah bagi sihat physical dan mental, alhamdulillah.

Raya tahun ni, Allahu, tetap seronok dan lebih seronok. Aku beraya kat kampung shuben. Nak kata kampung asal dia pun tak juga tapi ramai saudara mara kat situ and rezeki kami pun sebahagiaannya di situ. 

Minggu ke dua puasa aku dah balik jumpa bonda and bagitahu kat dia yang aku akan beraya kat Pahang. As usual, ma akan cakap, tak seronoklah kau tak de. Aku assured dia yang insyaAllah ramai lagi yg balik and raya dia pasti seronok.

Seriously aku memang busy sangat dgn kerja. Pangkat tu datang dgn tanggungjawab yang lebih besar. Mmg hari2 kalau bulan puasa tu aku boleh balik pukul 3.30 tapi memang tak pernahlah dapat balik time tu. Selalunya pukul 5 ke atas juga baru balik. Kalau hari2 biasa mmg malam atau lewat petang. Kelas mengajar habis pukul 10 malam.  Boleh bayangkan kebizian aku kan. Sampai tahun ni sempat buat 2 jenis biskut aje utk makan sendiri. Lain2 semua beli.

Sehari sebelum raya, aku dah siap2 masak rendang ayam dan daging kat rumah. Cuaca panas and dgn objective nak berehat masak tine raya, gigih la memasak tgh malam sebelum bersahur last day puasa.  Untuk rumah aku, dah siap order dendeng dan rendang dari TI. Ketupat palas frozen pun dah order siap2 punyalah banyak kat dalam peti tu.

Kami gerak dari rumah pukul 10 pagi. Tengok wajah suami dan anak2 yg senyum ceria buat hatiku sejuk dan bahagia. Sepanjang perjalanan kami duk pot pet bersembang and alhamdulillah tak jem langsung balik raya ni. Dalam pukul 5 petang lebih kurang kami sampai kat jeti.


Tengok muka2 happy semua. Syukur hujan rintik sebelum ni so cuaca taklah sepanas tadi.

Kitaorg sewa satu rumah kat sini. Since anak2 pun dah besar and perlu ruang selesa, homestay ni ok untuk kami. Rumah kampung, mengimbau kenangan masa kecil.




















❤👲❤👱

Antara gambar2 kenangan raya kami di sini. Hari2 full dgn makan2 rumah saudara n sahabat. Kenyang sampai ke malam, alhamdulillah ada aje yg menjemput datang ke rumah. Kena pegi bila di ajak, nanti merajuk dorang ingat kita tak sudi. 😝

Alhamdulillah perjalanan balik ke KL pun dipermudahkan walau 2 kali ganda waktunya. 
Berhenti makan lagi kat Temerloh. Sedap sangat masakan Thai nya. Makan lagi .. kihkihkih






Sampai KL pukul 2 pagi, rabak mata walau tak drive. Barang2 biarlah dulu. Bangun tido esok baru kemas. Penat wehh.

Anak aku yg bongsu ni ada mission duit raya. Dia dah plan nak beli apa. Disebabkan aku tak provide hp pada dia, so dia berazam kumpul duit nak beli hp. Aku cuma belikan ipad utk dia punya online tuition, bukan utk bersosial bagai.
Kira2 duit rayanya cukup sangat nak beli hp, alhamdulillah suka sangat la dia. Aku tak nak ajar anak2 aku untuk senang dapat apa yg dorang nak. Yg perlu yes, but yg mahu kena usaha lebih untuk dapatkan supaya ada rasa tanggungjawab dan menghargai lebih. Dia happy aku pun happy .. selamat dah duit rayanya beli hp dan casing.

Mama pulak happy first time dapat duit raya dari anakanda. Anak bujang aku dah habis belajar and dah mula kerja.. Tiber2 hulur kat aku angpow duit raya. Alhamdulillah, aku sangat2 hargai dan doakan semoga anak2 aku digandakan rezeki yg halal, barakah dan mencukupi. Setakat ni mereka anak2 yg sangat tak banyak ragam dan tak menyusahkan. Syukur ya Allah. Lurveee sangat. Encik shuben pun rezekinya alhamdulillah, cukup sangat untuk nafkah family kami. Terima kasih ya Allah. Satu per satu anugerah dan nikmat yg Kau beri dalam melalui ujian hidup dgn sabar dan meletakkan seluruh urusan kepadaMu.

Duit raya dari anak bujang ♥️

Inilah cerita raya kami. Tak habis lagi sebab raya kan sebulan. 😍 Ada plan besar sekarang .. slowly but surely dgn izin Allah.

Take care semua. Semoga kita disayangi mereka yang menyayangi Allah dan Rasul SAW.







Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti