Posts

So, aku memutuskan untuk menjadikan sisa2 hidup aku yg ada sebagai saat2 yang terbaik dalam hidupku

Ambillah sebanyak masa untuk memulihkan emosi dari kelukaan2 lalu ...Tapi jangan biarkan kepedihan itu berlarutan hingga menzalimi orang lain dan hidup yang indah ini..Segalanya perlu diteruskan kerna hidup adalah pencarian. Tak ada manusia yang tak punya kisah silam atau kisah2 yang melukakan perasaan. Pilihan tetap disitu.. Samada terus dihanyutkan atau melangkah keluar dari dinding kedegilan. Pada aku, mengambil peluang dan risiko adalah jauh lebih baik dari hanya memandang pada peluang2 yang berlalu dan mengkritik kehidupan orang lain. Ada satu perasaan aneh dalam hati aku yang aku sendiri tak sangka boleh melakukannya. Perasaan mampu memaafkan atas perbuatan jahat dan hinaan orang pada diri aku. Wahhh ... rasanya hatiku makin kebal dan matang bersama doa2 yang aku mohon dalam setiap solat. Aku sukakan perasaan ini sebab ia buat jiwa dan fikiran aku sangat2 bahagia dan lapang. Alhamdulillah. Bukan senang untuk bina kekuatan macam ni. Mungkin tak semua org mampu lakukan, tapi i...

What is Love???

Image
Semalam masa tengah drive ... Saja nak test si nawfal .. Aku: Nawfall ... what is love ??? Nawfal: Apa mama tanya ?? Aku: Tell me what is love ... Nawfal: Ooooo ... senang jer ... love is MAMA AND PAPA Aku: Macamana pulak tu ?? Nawfal: Ye la .. kan mama n papa selalu gurau2, baik2, tak marah dan asyik bercinta je Aku: Speechless sambil tersengih2... (dalam hati - pandainya anak aku ni) Moral of the story, bila kita tunjukkan kasih sayang pada anak2 Mereka akan memandang kita sebagai kasih sayang itu :-) Mama love papa, and my 2 cupids very much ... Doakan cinta kita hingga ke jannah ... ameennn

Ya Allah ... Rezeki Lagi ...

Assalamualaikum ... Ya Allah ... tak tahu la nak cakap macamana, selain rasa syukur yang tak terhingga pada Allah. Aku manusia kerdil yang banyak dosa, yang sentiasa cuba untuk jadi lebih baik .. tapi nikmat Allah pada aku, suami dan anak2 tak pernah2 putus. Allah sayangkan hambanya yang lama berdoa dan berusaha Inilah rezeki kami, doa kami, usaha kami . Semoga dilipatgandakan dan sentiasa barakah ... dan sentiasa meningatkan kami pada 5 perkara sebelum 5 perkara .. ALHAMDULILLAH ... ALLAHUAKBAR ... Sesungguhnya miracle itu memang wujud atas kehendak Allah kun fa ya kun ....

Cinta dan Perkahwinan ...

Image
Penjelasan yang bagus untuk Cinta dan Perkahwinan ... A student asks a teacher, "What is love?" The teacher said, "in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back... But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders... may be there is a bigger one later... Then he saw another bigger one... But may be there is an even bigger one waiting for him... Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand... The teacher told him, "...this is love... You keep looking for a better one, but when later you realize, you have already miss the person..." "What is marriage then?" the student as...

Gaji Naekkkk !!!!

Image
Syukur alhamdulillah ... Ya Allah ... Banyaknya nikmat yang dah kau beri pada aku, suami dan anak2 Semalam PM announce gaji naik satu increament .. Walau satu increament, tapi banyak benda boleh di beli dan dibelanjakan Alhamdulillah, terima kasih Allah!!! Tak sabar rasanya nak mengumpul duit untuk tunaikan umrah dengan anak2 Moga dengan bertambahnya rezeki, Kami sekeluarga dapat menjejakkan kaki kesana. anak2 merengek nak ke Singapore atau Aussie, tapi aku katakan pada mereka, dahulukan umrah ... kita jalan2 tengok piramid gak.. lagiii meke eksited. Dah makin besar ni, mudah nak bawa berjalan dan meke akan lebih enjoy. Hmmm ... 2013 memang tahun yang sangat barakah Banyak perkara2 baik yang terjadi Rezeki bertambah, makin bahagia, ceria ... Makin bersemangat nak tingkatkan diri, tingkatkan ekonomi Kelmarin gi tengok kete mazda 6 perghhhh ... memang idaman, tapi untuk nanti2 bukan sekarang. Aku akan pegang kemas perancangan yg dah aku buat hingga umur 56 Setakat...

Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Image
Assalamualaikum wrt wbt Baru pulang dari Chini petang semalam. Cuti yg tak dirancang sama sekali. Sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segala2nya. Kakak iparku meninggal dunia setelah menderita kanser ovari selama lebih 2 tahun. Apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Aku tahu suamiku pasti merasa sgt2 sedih. itulah satu2nya adik beradik seibu sebapa yg dia ada. Mak dan ayah mertua sudah lama meninggalkan mereka. Walau kesedihan itu tak diluahkan sangat, tapi aku tetap merasakannya. Itulah kakak yg tinggal bersama2 suamiku bertahun2 sebelum masing2 berumahtangga. Aku dapat berita pada jam 12.30 tghari. minta izin dari boss utk pulang segera. Sambil tunggu anak2 balik skolah, kemas beg dgn expressnya. Meke balik je terus bersiap2 untuk kesana.Bertolak dalam kol 2 lebih. Memandu dalam keadaan penat. Sampai Karak aku berhenti sebab terlalu mengantuk. Terlelap selama 20 minit dan kembali meneruskan perjalanan. sampai di chini jam 5 lebih. jenazah dah selamat dikebumikan. Terkilan t...

Doa, doa dan doa ... usaha, usaha dan usaha

Assalamualaikum .. Kekenyangan baru lepas makan nasi goreng.. alhamdulillah. Hari ni ada yg bawa rendang, mee hoon goreng, nasi goreng ke opis. Mizz N lak bawa pulut kukus dgn kuah deroyan. perghh, macam kenduri potong jambul seperti biasa. Tengahari tak sempat mamam sebab gi skolah kakak dan abg hantar lunch. Bior mak lapor, yg penting anak2 kenyang. Alkisahnya tengah sedikit voring. Buat keje cepat ni pon sampai ada masanya dah tatau nak buat apa. Nak buat keje slow pon tak besh juge. So, jari jemari ini menari2lah diatas keyboard menulis apa yg ada dalam fikirkan skrg ni. Hari tu balik ke Taman Negara, penjual2 sobenir dah tuntut Mizz N buat fridge magnet dan bookmark lagi. Stok yg sedia ada dah menyusut. Hmmm ... fikir punya fikir, idea pon monchol. InsyaAllah .. Mizz N nak buat felt fridge magnet yg bole dijual dgn harga murah. Takat ni, yg bookmark dah pulang modal, so yg dapat selepas ni ialah untongnya sahaja ... Tak der la banyak mana, tapi lebih baek dari tak de kan.. S...

Ujian ada Kesenangan Yang Tersembunyi

Assalamualaikum semua ... Fuhhh hari ni agak penat. Semenjak pindah opis varu, kerja bertambah, penat bertambah, keceriaan pon bertambah, lemak pon bertambah ... hahaha Anak2 skolah agama malam ... pukul 11 baru dapat golex2 kat katil kesayangam. Haaa ... nak citer ni, tadikan, ada la sorang hamba Allah ni menduga dan mencoba make my blood go upstairs.. Bukan boipren akak yerr .. ada la makhluk yang tak der kaitan dengan korang. Dah hampir2 nak marah, tapi cepat2 ingatkan diri sendiri .. sabarrr, jangan emo, maafkan beliau, bina kekuatan hati dan diri ... and berjaya kawal, cakap baik2 jer lepas teww ... Percaya bahawa Allah akan datangkan sesuatu yang baik, tak diduga .. Then tak lama lepas tu dapat berita baik ... Loan rumah bank bagi bonus kurangkan tempoh 6 tahun (patotnya setahun je) maknanya 6 tahun sebelom pencen dah abes installment rumah. Tu pun kalo Mizz N tak buat early settlement. Pas tu ada call sakap satu lagi berita yang sangat seronot didengar ... Hohoho ...

Sahabat Sampai Mati

Seronotnyaaaa Miss N dapat kompolkan geng2 sahabat sampai mati kat wassap Lagi seronott bila silaturrahim dipanjangkan, alhamdulillah Keakraban kami macam dulu, sengal tetap sama. Ada jer benda bikin ketawa hari2. Teringat zaman mula2 kenal ... tahun 2008, tahun aku mula kenal dorang neh till now, dah 5 tahun .. OMG!!! sepatnya masa berlalu Banyak perubahan, tapi persahabatan tetap sama :-) Meke tetap caring seperti dahulu ... bersahabat dgn ikhlas .. Tak de nak ambil kesempatan, tak de nak mengungkit, tak der nak tabur fitnah, jauh sekali nak melagakan sama sendiri Yang betul, di akui, yang tak betul, dinasihati Ni lah persahabatan yang sebenar, and sebab tu kami bertahan 5 tahun setakat ni. Walau lain mak and lain bapak, kitaorg tetap macam family. Dalam masa terdekat maybe ada geder-geder togeder. Kak Long sakap nak masak mee sup special Aku bawa muffin la agaknya. Tu yang paling senang dan sedap. Tak sabor nak gi rumah abg long n kak long yang santekkk tu.

Terharu .... Mak Touchingg

Assalamualaikum.... Pagi ni ngantuknyaa kat opis. Kes terlebih rajin malam tadi sampai tak perasan kol 1 lebih baru stop ngemas kain baju. Haishhh banyak sungguh la kain baju kitaorg ni. Baju gugirl n boboy yg tecik2 tu seme dah bungkus untuk di let go kan. Pelan2 ... plan seterusnya nak let go banyak lagi benda dalam almari tu. Bilik belakang dah hampir siap kemasnya. Almaklumlah Mizz N ni bukan minat sangat bab2 ngemas ni, so cara kemas pon pilih yg senang iaitu kemas dan buang, walaupun barang2 tu masih elok. Tak kisah la kalau makcit cleaner tu nak amik. Malam tadi masa melipat kain baju, duk borak dgn my gugirl yang tetiba bercakap pot pet pot pet non stop, macam adiknya. Banyak benda la dia story sambil makan nasi lemak. telinga kiri dengar tv, telinga kanan dengar yg dia cakap. Mata duk tengok kain baju. Sampai la kol 11 lebih baru dia nak tido. Sebelum dia tido, ada sesuatu yang buat aku terharu jauhhh di sudut hati. Dia cakap ... "Mama nak tahu tak, mama ialah mama ...

Cerita Kami di Hari Minggu

Image
Assalamualaikum ... Pagi ni pegi keje dengan ceria, gumbira, bersemangat, tersenyum tersengeh. Alhamdulillah. Weekend yang sangat2 best dan antara hari2 terbaik dalam idop kami. Selalunya jumpa kejap2 jer ... 2-3 hari, dah CJJ balik Tapi kali ni 6 hari togeder2, alhamdulillah banyak benda yg dibuat bersama2 especially weekend actually nak balik ke Taman Negara, tapi tak jadi, so we all.... 1.lunch date, 2.dinner date, 3.jumpa kawan2 lama sambil pekena steamboat 4.jumpa kakak, anak2 sedara, adik2 dan bonda 5.berjimba2 dgn family kat dataran merdeka sambil tgk live performance dari artis2 yg best 6.mengemas rumah 7.bekerja dari rumah utk dapatkan contact2 resort se malaya 8.bincang2 pasal masa depan dan perancangan seterusnya 9.main game (Mizz N la tu :P) Buat mende togeder2 memang sangat2 menyeronotkan ... Apa yang penting .. kerjasama!!! IsyaAllah, akan sedaya upaya menjaga perhubungan kekeluargaan yg erat ini sebaiknya. Semua dari Allah dan kami sangat2 bersyukur. ...

Ajari Aku ...

Ajari Aku ..... Ajari aku tuk bisa Menjadi yang engkau cinta Agar ku bisa memiliki rasa Yang luar biasa untukku dan untukmu Ku harap engkau mengerti Akan semua yang ku pinta Karna kau cahaya hidupku malamku Tuk terangi jalan ku yang berliku Hanya engkau yang bisa Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku Hanya engkau yang bisa mencintaiku Hanya engkau yang bisa Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Ajari aku tuk bisa mencintaimu ************************************************************** tak pegi konsert anuar zain 16hb hari tu .... ok jer .. bole tengok kat astro nanti ;-)

Yang Aku Mahu

Sebulan dah berlalu ... masuk bulan ke dua perjuangan ditahun 2013 Setakat ini aku memandang kehidupan 2013 dengan rasa puas hati dan penuh syukur Tak pernah miss lagi memasak bekal untuk gugirl n boboy tiap hari ke sekolah Tak pernah miss siapkan makan utk anak2 dan bonda sepanjang dia kat sini Hubungan keluarga kecil kami sangat best and rapat Rezeki tak pernah putus walau tak kaya Anak2 tak banyak ragam Solat lebih terjaga dan on time ... Apa lagi yang aku nak dalam hidup dengan sebegini banyak nikmat yang Allah bagi Aku mohon supaya hati dan diri ini sentiasa beranjak kepada yang lebih baik Supaya Allah tak balikkan hati kami kepada yang sia2 Supaya hidup ini sentiasa diberi rezeki yang barakah Dan supaya penyudah hidup kami dalam keadaan baik dan dipermudahkan ... Office baru ni sangat2 membahagiakan jiwa Mizz N Hari2 bersemangat nak datang opis ... kerja tak der yg tertangguh. Dapat lak boss baik dan antara yang terbaik. Syukurr ya Allah. banyak yang Mizz N bela...

Semua dari Allah

Assalamualaikum Semua ... Dah seminggu mama Mizz N ada kat rumah ... BP dia naik tak turun2 dah dekat sebulan. Dengan masalah tak boleh tido dan macam2 lagi. Dengar dan kaji... bukan dengar dan tolak tepi. Penat memanglah penat. Menjaga orang tua ni macam kita jaga budak kecil, tapi lebih banyak kerenahnya. Mizz N anggap itu sebagai ujian dan peluang untuk sesuatu yang lebih baik. So far, so good pada fikiran Mizz N. Banyak peluang untuk bercakap dari hati, saling nasihat menasihati dan menegur dengan cara yang sopan. Dugaan memang banyak, tapi alhamdulillah, semuanya dilalui dgn perubahan pemikiran diri sendiri walau ada masanya rasa sikit sedih. Mizz N belajar banyak perkara, terutama dari segi menerima kekurangan orang lain dan juga kekurangan diri sendiri. Alhamdulillah, Mizz N mencuba yang sedaya. Jaga makan minum, suh mama berehat secukupnya. Fikir yang baik2 tentang diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah hati akan lebih tenang. Anak2 Mizz N pun tersangatlah baiknya. Langs...

Yeaaa... Yeaaaaa

Image
Salam semua ... Phewwww ... kehidupan sekarang sangat2 kalerful, wonderful .. alhamdulillah. Cuma keletihan tiap hari dgn full schedule sebagai ibu, isteri, cikgu, part time surirumah, staff terhangat, dan kedai kami ... Perghhh memang sangat2 hectic and challenging. Seluruh masa digunakan sepenuhnya .. sedar2 dah pukul 12-1 tengah malam. Then badan pon minta rehat ... zzzzzzzz..... Tengahari time lunch berkejar balik rumah siapkan lunch for my cupids .. biorlah diri sendiri tak sempat makan asal mereka kekenyangan dan gumbira sokmo. Itu janji aku pada diri aku sendiri .. apa2, anak2, suami dan keluarga perlu diberi kepentingan. Aktiviti lepas kerja pulak sangat2 kalerful dengan kain2 felt dan mencari gambor2 untuk printing... Penattt, tapi seronok. Hari ni ada tempahan printing untuk 12 helai jersey. Alhamdulillah .. syukur pada Allah. Rezeki yang datang memang tak dijangka walau ada pasang dan surutnya. Tapi kami percaya ini adalah permulaan yang sangat2 cool!! Minat sama pulak...

Head Band In da House ...

Image
Assalamualaikum semuaaa ... Hidup mesti diteruskan ... Hidup mesti ada pembaharuan .. yezzaaa Produk terbaru Mizz N ialah felf head band ... sungguh ohsemm pada pandangan mata dan jiwa raga Mizz N... Nak siapkan tempahan kawan seperti dibawah neh ... Super Duper Cute kan!! sapa2 nak orderrr silalah contact Mizz N kat ruangan komen hokeh :-)

Perangai Orang Kita

Assalamualaikum ... Minggu pertama 2013 memang sangat2 menguji kekuatan fizikal dan mental. Kepenatan sangat dengan macam2 urusan. Tapi, siapa kita untuk merungut2 atas segala nikmat Allah kan... Mizz N suka menulis tentang diri, tentang apa yang berlaku disekeliling sebagai pelajaran untuk diri sendiri dan pembaca. Tajuk entry kali ni ... Perangai Orang Kita. Hmmm .. Fokus Mizz N kali ini adalah perangai orang kita dalam menghadapi sesuatu masalah ... 1. Suka memilih cakap2 dibelakang dengan org lain dari menasihati berdepan cara berhikmah. Ada waktunya orang tersebut tak tahupun apa yang menjadi masalah dan hanya mendengar cerita yang dah jadi second hand dan bertambah2. 2. Suka memilih untuk menurut tanpa nasihat walaupun terang2an sesuatu tu tak betul bila perkara tu dilakukan oleh orang yang dipihak. 3. Suka memanjangkan masalah dan sengketa dari mencari penyelesaiannya 4. Suka menggunakan perkataan2 yang over2 supaya cerita nampak lebih tragis dan ...

Kembali ke Sekolah

Oh noooooo ... suti sekolah sudah abeshhh!!!! Bukan ajer my cupids merengek, tapi Mizz N pon sama. Meaning, kene bangun super awal, kene gosok baju, kene pastikan dari spender sampai stokin tersiap everyday. My girl is standard 6 and my boy is standard 4 .. Dah makin besar, makin bijak, makin cantik dan hensem. Hari ni tak cuti pon. Just drop mereka kat skolah.. tunggu jap, then pegi office. My cupids are so independent .. tak der ngada2 dalam apa2 hal pun. Alhamdulillah .. tu semua dari Allah. Pagi tadi agak sibuk ... terlupa jahit lencana kat baju skolah wakaka ... so terhegeh2 la menjahit sambil tengok jam. Kedai kami ... alhamdulillah juga .. prospek bagus Awal2 pun dah ada insiden yang ingin menjatuhkan kami Biasalah Melayu, mana boleh tengok orang lain lebih dan maju kan .. So itu dugaan kami ... Mudah2an Allah permudahkan dan sentiasa merahmati usaha dan kasih sayang kami Mizz N sayang sangat pada suami, anak2 dan kedai kami Syukur atas segala2nya Ya Allah .. ...

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark

Image
Assalamualaikum ... Hai semuaa ... kisahnya Taman Negara baru lepas banjir .. abes seme tenggelam seperti biasa setahun sekali. air naik setinggi rumah 3 tingkat gteww ... ya sangat tinggi dan arus super laju. Alhamdulillah hari ni dah beransur surut dan sururt. Mudah2an keadaan kembali normal. Masa2 agak bizi ni, tak banyak yang sempat untuk diceritakan, walau banyak kejadiannya. Alhamdulillah kejadian yang molek2 belaka. Minggu ke dua dengan kedai printing .. really a great start. Tak sangka lak permintaan melebihi stok. Hmm, ye la kita ni kadang2 rasa tak berapa confident ...nanti ada stok banyak2 tak laku cemana?? macam2 la kat dalam kepala tu. Tapi realitinya, alhamdulillah. Memang keputusan kami ni tak der silapnya. Sedih sangat terpaksa tolak order dek stok yang dah abeshh. So minggu ni kita shopping untuk restok ok. Ok, aku pon sekarang dah menjinakkan hati dalam bidang craft. Bermula yang paling simple dulu. Ye la orang Malaysia ni perangai membeli mesti nak yang MURAH k...

Tahap Seterusnya ....

Image
Assalamualaikum .. Alhamdulillah ... masih dipanjangkan umur untuk menulis. Banyak kejadian yang tak sempat nak direkodkan disini sebab sekarang Mizz N sedang bizi dengan bisness baru iaitu HEAT PRESS SOUVENIR iaitu decorative mugs, tiles, mousepad, flask, t-shirt, jigsawpuzzle, photoshoot, etc ... Impian untuk ada kedai sendiri tercapai gak akhirnya... syukur pada Allah yang telah memberi ilham dan membuka peluang untuk kami... Tulah kalau dah rezeki, apa cara pun dia akan datang juga dan aku mengambil pelung ni sebaiknya... Hari Sabtu lepas aku ke Taman Negara untuk bantu cuci dan setting kedai. Penyewa lama... errr nak panggil penyewa ke kalau duh berbulan2 tak bayar sewa then lari ... sangat tak bertanggungjawab kan ... tinggal kedai bersepah2 dgn barang2 yang tak dihangkut... ikut hati aku, nak jer jual bundle barang2 tu sebab mnyusahkan kitaorang nak mengemas... tu la dugaan ke pertama ... Then lepas sapu2, susun2, aku terima call mengatakan ma masuk spital hi bp .. dugaan k...