Larangan Menghina Amat Tegas Dalam Al-Qur'an
Kawan-kawan ... Untuk Renungan Bersama ...
Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain... Lebih baik kita takut memikirkan bagaimana pengakhiran hidup kita dari mencari2 dan menyebut2 keburukan orang lain.
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula
kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang
melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang
tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang
yang zalim. "
(Surah al-Hujurat ayat 11)
Firman AlIah lagi yang bermaksud:
"Wahai orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka
makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. "
(Surah al-Hujurat ayat 12).
Comments