Otak penat ... tapi sTill nak wat posting

Phewwww... Hari ni penat gilerz ... Meeting dah hari kedua ... bukan hanya memerah otak untuk hal meeting, tapi kene defend staf2 dalam unit gak. Some people memang tak boleh tengok orang senang dan tenang kan. Realitinya bukan lah meke yang nampak senang and tenang tu sebenarnya completely senang, tapi cara cool meke menghadapi dan melalui keadaan2 sukar tu yang menampakkan segalanya seperti mudah. Sepatutnya benda elok dicontohi, tapi untuk some people yang tak mampu nak menghadapi perjalanan hidup dengan cara yang helok, meke akan allergic bila tengok orang lain ada hidup yang lebih baek. Contohnya kat opis aku ni la.. aku dah story pasal makcik meroyanz tu kan .. So, selepas gigih mempertahankan unit kami, alhamdulillah, nampaknya makin sukar lah percubaan makcit iteww. Dan aku tau, org2 keji gtew takkan stop sampai meke mamp*& kan ...

Meeting hari kedua akan bersambung hari ke tiga ... penat wehhhh ... ni la nasib para2 pegawai merangkap kuli  macam Mizz N .. meeting berhari2 .. kerja hakiki kene bawa balik rumah, kalu tak .. tak siap la jawabnya. Tapi aku semenjak dua menjak ni tak la rajin bawa keje balik rumah ... Bawa rumah kat tempat keje ada la ... muahahaha ... Masa kualiti bersama2 family tersayam lebih penting dari segala2nya ... And alhamdulillah, aku bahagia melihat orang2 kesayangamku bahagia n ceria sokmo. Mudah2an Allah memberkati kehidupan kami denagn kasih sayang, keceriaan, kesihatan yg baek dan rezeki yang berganda ... ameennn ... oppss tak lupa gak .. baby baru ...nak nak nakkk ....ngeh3

ok.. kene pen off dulu ... Siyes rasa penat sangat, tapi sebenornya nak balik pekena nasi kukus ayam dara (ye ke dara???) yummyyyy!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Sentuhan Listrikmu