KL - Terengganu - KL
Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah SWT. 🤍 Kenangan kecil dari Dungun, Terengganu. Minggu lepas, kami ke Dungun, Terengganu. Anak sulung kakak bertunang. Jauh juga perjalanan, tetapi kebetulan cuti Hari Kebangsaan bersambung pula dengan cuti negeri Selangor, jadi kami ambil kesempatan untuk berkumpul dan meraikan hari bahagia keluarga. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi hari Jumaat. Singgah di Temerloh untuk menunggu adik dan mak check out dari hotel, kemudian kami bergerak bersama-sama menuju ke Dungun. Alhamdulillah, cuaca baik. Panas memang panas, tetapi jalan raya masih belum sesak. Kami memang sengaja memilih untuk bertolak pagi kerana sudah boleh menjangka kesesakan yang mungkin berlaku sekiranya bergerak pada sebelah petang. Aku sewa homestay empat bilik. Besar ya ampun homestaynya! 😄 Alhamdulillah, sangat selesa. Semua bilik ada aircond, ruang tamunya besar gedabak, dapur pula luas dengan peralatan yang lengk...