Posts

Cabaran Membina Kehidupan

Selepas bernikah, kami seperti pasangan suami isteri yg lain... punya cabaran untuk membina kehidupan. keadaan kami yang berjauhan menjadikan kos idop semakin meningkat. kalau diberi pilihan, siapa yang nak duk berjauhan dgn suami kan. hari2 doa supaya suatu hari Allah beri kami rezeki untuk tinggal sebumbung tiap hari sehingga menutup mata. ada yang kata aku sayangkan keje. memang aku sgt sayangkan kerja aku, tapi itu bukan sebab utama. sebab utama ialah anak2 dan diri aku sendiri. suami aku pun tak bagi aku behenti keje. sebab kita takkan tahu ujian apa pula yg Allah nak beri nanti. kami ada anak2 untuk dijaga dan keadaan sekarang memerlukan kewangan yg mantap. so far kitaorg tetap bahagia bersama anak2. hari2 call, sms, whatsapp mcm org tengah kapel2 gtew. aku ada masa untuk diri sendiri dan begitu juga dia. dalam masa yg sama kitaorg terus merancang masa depan keluarga. ada benda penting yg kitaorg nak buat dalam masa terdekat ni tapi... biarlah rahsia dulu ok tama...

Makan-Makan Weekend

Image
Tadaaaaaaaa... ini adalah menu brunch family mizz N hari ni. ika teriyaki, sushimo mori n tah apa lagi nama makanan ni. janji sodappppp. lepas isi perut dgn gumbiranya, we all gi nonton movie sinistry. best dan seram siot. cuma ada beberapa persoalan yg berlegar diminda especially ending. nak kene pikir sendiri la pulak. hmmm ingat nak beli kasut, tapi ekonomoney tak mengijinkan. tengok dari jauh jer la. minggu depan nak tangkap sepasang alain delon punyer, insyaallah kalau ada rezeki.

meeting utk idop!!!

Meeting lagi.. yang ketiga untuk hari ni. samada aku ni bagus sgt atau boss pompuan meroyan tu bodo sgt. oh plez la, takat pandai meroyan kat belakang tapi bila bercakap pasal kerja, benda2 penting terus jadi mcm kene kancing gigi. so, bole tak aku wat kesimpulan bahawa org yg suka meroyanz n menyalahkan orang lain adalah LOSER dan banyak kekurangan dalam idop dia. Tak der dia pon kitaorg steady jer kat opis. Nak tahu samada kita ni liability atau asset, senang jer. Kalau kita tak der, org lain terkengkang2 tak leh nak buat apa, maknanya kita sgt2 diperlukan. Tapi, kalau kita tak der org wat kenduri pulut kunen, maknanya cepat2 la blah dari situ. Melainkan korang muka tak malu mcm boss pompuan meroyanz ni la. dengan aku dia tak berani cari pasal depan2, sebab aku bercakap ada fakta, bukan auta atau meroyanz hokeh. itu kekuatan aku. dgn relaxnya aku bole buat orang sakit hati sendiri atas perbuatan meke. pesanan aku pada kawan2, nak bercakap, biar berisi, menampak...

Sintamu Musik Dihatiku

Assalamualaikum semuaaaaa.. waaaa lama tak apdet blog. buat2 bizi lettewww. ekceli aku mmg bizi. baru tukar unit. belajar benda baru lagi dan lagi. alhamdulillah aku banyak fikir positif nak belajar benda baru bukan senang wooo. lagi2 dalam masa sama nak mengajar org baru. lagi2 masa ni la nak kene audit dan di audit. perghhhh hidupku sangat menarik kan kan kan. tapi one thing for sure... bila penat2 gini, kol 5.30 aku dah chow chin chow. maleh nak stay back. my another priority is waiting iaitu anak2ku dan masa berkualiti dgn suamiku skrg dah tak bawa balik laptop. no more office work at home. itu perubahan aku yg terkini. haha. money cant buy good health, time, love, happiness dan segala kebahagiaan yg aku ada. pagi2, aku akan pastikan my 2 cupids kenyang sebelum melangkah kuar utk kesekolah. breakfast for them is a must dari air tangan aku sebagai mama. paling best bila dengar ayat SEDAP GILER MAMA MASAK!!!!! masa hantar meke juga aku pastikan perkara terakhir se...

Segalanya Perlu Kekuatan Hati

Berpeluang untuk berbicara dengan seorang pesakit breast cancer tahap 4 ... melihat bagaimana tenangnya beliau menghadapi dugaan itu walau dalam hati tiada siapa yang tahu. Sangat2 menghargai setiap nafas yang masih Allah berikan kepada beliau. Aku bertanya, apa antara faktor yang membuatkan beliau kuat bertahan dan melawan ... kata2nya amat mengesan jiwa aku .. " Belajar maafkan diri sendiri dan orang lain ... belajar menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain .. fikir hanya yang positif dan perkara2 yang membahagiakan ... berusaha dan berjuang seperti hidup ni tiada penghujungnya" .... wowww ... bila difikir2kan, semuanya memerlukan kekuatan hati kan .. untuk menerima kekurangan diri dan org lain, untuk maafkan diri dan org lain, untuk terus berusaha .. semuanya bergantung kepada kekuatan hati kita ... seperti sabda Rasulullah SAW .. setiap dalam diri manusia ada seketul daging .. jika baik daging itu, maka baiklah segalanya .. dan jika busuk daging itu, maka busukla...

Terkebil-kebil

Sementara menunggu mata layu gosok baju - beressss kemas meja makan - separuh beress basuh baju - separuh beress hari2 biasa no mmg rasa letih dan kene virus M penat otak sgt hari ni tak abes2 lagi isu kat opis kerja usah dikata alhamdulillah masih ada rezeki bekerja ramai lagi org2 kat luar sana yg idop susah x de keje makanya aku mene sentiasa jadi manusia yg bersyukur kan kan kannnnn

2 Hari Full Sexercise ... Muahahaha

Image
Awwwww lucahnyerr tajukkkk ... ada sexercise gtewww ... Eniway, kejadiannya langsung tak lucah hokehh. Mizz N menghabiskan weekend dengan alam semulajadi yg indah ciptaan Allah. Follow inchik suami bawa pelancong kali ni dari England, France dan Holland. Phewwww sexcited sangat nak menakluk Bukit Teresek lagi dan lagi. Memori 2 minggu lepas yang tergeliat urat lengan masih segar, tapi langsung tak buat aku serikk. Day 1 Pepagi lagi dah dikejutkan dgn lagu you're my love song .. my love song... bersemangat nak gi trekking sampai lupa nak bawa stokin .. cissss... tapi Mizz N tetap gigihkan semangat ...huhuhu Pekena roti pisang (suka giler makan makanan india yang dah diadaptasi dengan makanan London sebab ada pisang) hahaha ... Nescafe o panazzzzz ... baru nak teguk air, pelancong sampai sudaaa... so tinggalkan gtew jer dengan penuh kesayuan memikirkan nak trekking 4 jam tak minum lansung. Beli mineral water !!! Aku suh inchik suami membelinya... Kali ni perjalannan sangat bes...

Pecah wall

Meeting untuk kali ke dua petang ni.. Kepala dah tepu sbb isu2 yg dibincangkan bukan isu2 ringan hokeh. Aku kene cepat2 amik supplement balik. Otherwise i'm goin to fall sick. walaupun hari2 aku doa supaya jgn diuji dgn ujian berat. kesian kat anak2 aku kalau aku sakit. malam tadi nawfal tido awal. dalam kol 9 dia terjaga ngadu mata pedih. Aku suh dia basuh muka. Tetiba mata kanan dia mcm tersembul adoiii panic giler tapi sempat bertenang. Aku letak eyemore (bukan amoi) pujuk2 dia ckp itu hanya gigotan serangga. gatal mama, gatal mama (fuhhh seb bek bukan mama gatal) aku kompiden kene geget serangga. aku pujuk dia suh sabar. alhamdulillah anak lelaki aku neh senang dipujuk. lepas sejam, baru nampak tempat yg kene geget tu. alhamdulillah aku syukur tu bukan serius. and by kol 11.30 mlm, bengkak surut sket. nasha dah balik nursery so aku suh meke berdua tido. alhamdulillah.. ujian kecik dari Allah. supaya kita sentiasa ingat kat DIA. (kagum tak kagum tak Mizz N sempat buat bnyk ...

Testing testing

adoyaiiiiii. akhirnya berjaya gak jumpa cara menghapdet blog dari tab neh. Tamak bin halobas kan . tab suami aku kebas, dgn beam nya lagi ... muahahaha (gelak setan) aku suka guna tab sebab screennya besorrrr .. mudah untuk berinternet tapi bila nak guna untuk call meme la hampeh sebab loud speaker nak buat bunyi2 manja pon syusyah ...hik hik hik alhamdulillah, tak der la aku rasa bodo sepanjang masa duk fikir. semalam masa meeting aku duk menggodek tapi tak berjaya... test! test! !!! alhamdulillah !!!! yippiiiiiiii...

Sumpah kekadang aku muak !!!

Posting ni patot masuk semalam. Tapi dek kelembapan aku dgn tab, tak menjadi nak buat posting neh. Aku muak dengan meeting2 almost everyday dan mengambil 3-4 jam dari waktu kerja aku Siyes pada aku some bosses ni sangat2 poor dalam time and meeting management Satu isu cakap meleret2 sampai berjam2, and akhirnya keje yg bole siap dalam masa 2-3 jam berlarutan sampai 2-3 hari. watdahell !!! Siyes aku cakap, kalau kami officer2 ni tak der, memang terkengkang, terkangkang terlingkuplah seme boss bukan nak cakap besar, tapi itulah hakikatnya bila banyak berlaku pembaziran masa dan tugas2 sepatotnya diserahkan pada para2 officer yg buat so who's da boss?? Makcik meroyan tu kalau ditanya apa pun Jawapan dia ... "Saya tatau" Aku dan member2 pandang dia dah macam kaldai tua jer sekarang (haishhhh tak baik wehhh) Aku jenis straight forward time buat keje.. Aku ada target masa .. bukan suka suki ikut bila aku nak siapkan Time merapu, aku tetap merapu  sebab aku come...

Gembira Happy

Semalam ada dua benda yang menggembirakan Mizz N ... Yeayyy Yeayyy Kepertama ... Astro kat rumah dah ok after kegigihan dan kesabaran dealing with maintenance office dan pihak astro sendiri .. Alhamdulillah ... after more than 3 months Mizz N malam tadi, lepas erobik duduk melepak kat sofa sambil nonton edisi khas... owhhhh hampir terlupa bagaimana cool and relaxnya perasaan itewww walaupon kat sofa sebelah bertimbun kain baju yang merayu2 untuk di lipat. Hasrat dihati nak pekena nescafe, tapi no no noooo... kene kontrol sebab dah too much caffeine dalam badan. no good, no good hokeh. Banyak benda yang aku nak ubah dalam hidup ni supaya things will be better mengikut peredaran usia .. Kedua ... tgh2 syiok menonton, tetiba adikku si Azam call .. kak cik, ada kat rumah tak ??? Adaaa.. adaaa.. Azam nak datang sekarang .. nak hantar galaxy beam Yippiiiiii!!!! Boleh bolehhhh Dalam 40 minit dia sampai membawa set galaxy beam futih gteww ... ooomaiigoddd I'm so happy. Impian na...

Finance yang tak Finance mana

Dokumen yang perlu verify ada lebey kurang sejengkal. Verify financial document ni sangat2 menjengkelkan taw dak kawan2. It's just becoz when u dun have any financial background and you still have to include that shit into your daily task. Dah la tu... matematik adalah subjek yg paling aku anti masa skolah.. Sampai kat unibersiti terpaksa gigih belajar untuk sekadar lulus. Amazingly aku dapat B+ which is equivalent to A kalau ikut level markah sekarang untuk semua subjek2 yg berunsur matematik. By the way, what u wanna do ?? nak makan gaji buta ke Mizz N??? suka tak suka itu adalah tanggungjawab ada fahammmmmm ? hokehh, hokehh saya gigih check document2 ni hokehhh tetiba panazzzz jerrr... Grilled chicken 5 plate X RM XXXXX Fresh orange 1 X RM XXXX Coffee 1 X RM XXXX Apple Juice 1 X RM XXXX Repair kasut RM XXXX Pensil Kaler RM XXXX arghhhhhhh ... bod.. nak mamp.... ingat ni bapak ko punya duit ker?? makan minum sendiri nak claim kat opis. Sangat tak ada integr...

Larangan Menghina Amat Tegas Dalam Al-Qur'an

Kawan-kawan ... Untuk Renungan Bersama ... Ayat al - Quran yang melarang daripada menghina orang lain ... Lebih baik kita takut memikirkan bagaimana pengakhiran hidup kita dari mencari2 dan menyebut2 keburukan orang lain.  Maksudnya: "Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ing...

Ohhhhh

Dah lebey kurang seminggu jiwa aku rasa resah Selalunya kalau aku rasa mcm ni maknanya sesuatu yang buruk nak jadi Dan setakat ni sixth sense aku tak pernah silap Dah la Sabtu hari tu mimpi geraham tanggal Then gigi berdenyut2 sampai la malam tadi Pas tu kan .. Rasa syahdu la pulak .. Rasa macam nak nanges mengadu pada Dia Cemana aku pernah buat masa aku hampir rasa letih  satu masa dulu ... Sampai kol 2 pagi kat sejadah berdoa ... Dan alhamdulillah ... Pagi ni aku rasa sangat berbeza Rasa tenang, cool dan ceria kembali Allah sentiasa mendengar dan takkan menghampakan Setuju dengan kata2 ni ... "Lebih baik menangis dari marah ... kerana marah akan melukakan hati sendiri dan orang lain, tapi menangis akan menyuci hati dan jiwa" owhhhhh... sudah2lah syahdu hokeh :-) so now, I'm back to normal ... Semoga tak der benda2 buruk yang terjadi pada aku, family dan kawan2 aku ....ameennn... nota kaki:  nak plan untuk family vacation lah :-)

Ting tang ting tang .. Alexanderrrr !!!!

Image
Semalam aku penat giler kat rumah. Dah lama tak eksesais, then tetiba eksesais dgn jayanya sabtu dan ahad.. so petang semalam aku rasa pinggang dan bontot mcm nak terpisah jer .. Makanya aku terbongkang dari kol 3.30 sampai 6 petang. Kol 6 petang tu anak2 aku merengek2 lapar .. tapi yang bestnyaaa meke mengoffer nak masak sendiri. Masak nasi and telur sweet sour. Aku rasa dah sampai masa meke dilatih untuk lebih berdikari ( sebenornya aku malas masak petang tu... muahahah).. Malas2 aku pon, aku duk kat dapur duk tengok meke masak supaya keadaan sentiasa terkawal.. Tak sempat snap gambor sebab meke dah lapor sangat and terus makan lepas masak ... huhuhu Minggu lepas, anak2 aku merengek sebab kad ASTRO rosak. So aku dgn gigihnya menelepon astro untuk report benda ni. punya la banyak benda dia suh aku buat, tekan, cabut kad, masuk kad .. tutup suis, on balik suis ... bla bla bla dan hasilnya memang kad ASTRO tu rosak. So meke janji nak antar dalam 3-5 hari bekerja. And hari ni ......

Happy Belated Besday Abah!!!

Ekceli besday arwah abah ialah pada 15 September hari tu. Aku tak leh nak wat posting sebab masa tu aku kat Taman Negara. Tak der line tepon n tenet sepanjang aku kat sana. Eniway, Happy besday abah. Semoga ruh abah bersama golongan yang beriman. Mizz N sayang abah... Cemana Mizz N tak kenal ibu dan bapa mertua Mizz N.. sama la macam menantu abah yg tak berpeluang kenal abah kalau abah ada lagi, mesti abah happy dgn jodoh mizz N kali ni Orang kampung, tak kaya duit, tapi kaya hati n kasih sayang  Sebab Mizz N dan anak2 sangat happy dgn hidup yang sederhana ni Lantak la apa orang nak kata ... Alhamdulillah setakat ni kami tak pernah tak cukup makan sampai kena meminta2 Sederhana tu terbaek ... Asalkan kitaorang satu family bahagia ... insyaAllah .. Terima kasih abah ... atas semua sifat2 yang baik Walaupon sepanjang hidup abah penuh dgn leteran, bebelan dan kutukan manusia Sabar abah tak pernah berganjak Sentiasa redha dgn apa yg terjadi Moga syurga balasannya nanti...

My First Day @ Twitter

Owhhhh sangat gedix kannn ... saja try2 sign up for twitter. Bukan ada member pon. huhuhu ... saja tetiba nak ber tweet2 ... Taper.. taperr.. leh mengikuti perkembangan retis2 dan sapa2 yg patot Setakat ni yg haku follow semenya retis .. we'll see ya Kelmarin mimpi gigi geraham atas belah kanan tanggal.. Sampai hari ni gigi yg aku mimpi tanggal tu berdenyut2.. Apakah petandanya? Ulat dah geget2 n kunyah2.. Kene gi dentistlah jawabnya.. coz i hate this sengal2 feeling.

Pilihan Mizz N ialah .....

Image
Samsung Galaxy Beam            Network HSPA 14.4/5.76 850/900/1900/2100 EDGE/GPRS 850/900/1800/1900 (mcm la aku paham)            Processor 1GHz Dual-core Processor (sikit2 je paham)            Display 4.0 WVGA (800x480) TFT (langsung tak paham)            Platform Android™ Gingerbread 2.3 (IceCreamSandwich version upgradable)( yg aku tau icecream tu sedap .. ginger i dun like)           Camera 5MP with Flash + 1.3MP (haaaa, yg ni paling paham)           Video MPEG4, H.263, H.264, WMV, DivX Recording/Playback: 720p@30fps (bidio pon paham la sket2, especially kalau ada perkataan blue ... kahkahkah)           Audio MP3, AAC, AAC+, ...

Penah Buat dan Masih Buat ... Muahaha

Kentut kat dalam toilet sambil pasang air paip kuat2. (kalau air tak leh cover, wat bunyi ehemmm     ehemm lak) Makan twisties satu peket besar sekali hadap Korek idong masa shopping groceries. Bila orang nampak, buat pandangan AAK ?? Bukak totop suis lampu masa ada orang lain kat dalam toilet .. Bila orang dalam toilet menjerit, ketawa sorang2 (mcm vodo jer kan :P) Nampak jer cicak, letak kapur kat ujung lidi, pas tu letak dekat cicak tu then dia makan kapur tu ..  gelak2 tengok kepala cicak tu mcm mabuk todi ... kihkihkih (jahat gilerzz) Kumpul sticker ( dari skolah rendah lagi) dan sekarang menurun kat anak aku lak ... huhuhu                               Agak2 bila la jiwa ni nak bertukar ke alam dewasa ekk !!!                  ...

Otak penat ... tapi sTill nak wat posting

Phewwww... Hari ni penat gilerz ... Meeting dah hari kedua ... bukan hanya memerah otak untuk hal meeting, tapi kene defend staf2 dalam unit gak. Some people memang tak boleh tengok orang senang dan tenang kan. Realitinya bukan lah meke yang nampak senang and tenang tu sebenarnya completely senang, tapi cara cool meke menghadapi dan melalui keadaan2 sukar tu yang menampakkan segalanya seperti mudah. Sepatutnya benda elok dicontohi, tapi untuk some people yang tak mampu nak menghadapi perjalanan hidup dengan cara yang helok, meke akan allergic bila tengok orang lain ada hidup yang lebih baek. Contohnya kat opis aku ni la.. aku dah story pasal makcik meroyanz tu kan .. So, selepas gigih mempertahankan unit kami, alhamdulillah, nampaknya makin sukar lah percubaan makcit iteww. Dan aku tau, org2 keji gtew takkan stop sampai meke mamp*& kan ... Meeting hari kedua akan bersambung hari ke tiga ... penat wehhhh ... ni la nasib para2 pegawai merangkap kuli  macam Mizz N .. meeting ber...