Posts

Showing posts from March, 2014

Kalau Aku Mati...

Tajuk agak menyedihkan buat aku.. Ni la ayat yang mak aku selalu cakap sepanjang dia kat sini. Nampak sangat dah tua dan tak larat mak aku tu. Tapi dia masih cuba bantu aku dgn hal2 rumah dan anak2 sepanjang dia kat sini. Alhamdulillah. Yang merisaukan aku, kekadang waktu kami borak2, dia akan membuat pesanan and amanah. Kalau aku mati.. kau amik.. kau buat.. kau simpan.. kau pastikan.. details aku x leh nak taip kat sini.. Kadang2 aku rasa amanah ni agak berat, agak sensitif, tapi bila tiba masanya aku kene gak laksanakan. cuma aku mohon pada Allah semoga mama aku dipanjangkan umur dgn kesihatan yang baik. ameenn sepanjang aku berpantang, dia mmg sgt particular menjaga. aku yg banyak beno ngelat, especially hal2 makan. hmmm, cemana la body nak lawa kalo degil tamo jaga makan kann.. huhuhu. bila dia tak de ni, sunyi rumah rasanya. kalau tak, ada je syarahan pada anak2 aku yg kekadang buat aku gelak sorang2. hmm, dah dia gotu, terimalah seadanya. aku sendiri pun bnyk kele

Kebahagiaan dari Suatu Pemberian

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~ Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas. Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang. Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he” Guru yang alim dan bijak itu menjawab: "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaa