Posts

Showing posts from June, 2014

Me .. Sepetang Bersama Suami, Bonda, Kakak dan Adik ..

Image
Weekend baru2 ni aku sefamily pulang ke kampung
Dapat berita pakcik kene strok and masuk icu ..
Walau demam, anak2 tak sihat, gagahkan diri demi keluarga.
Kalau arwah abah masih ada, pasti dia yang paling sibuk menguruskan ayah cik.
Walau macamana perangai dia sebelum ni, aku yakin arwah abah takkan abaikan dia
Tiada dendam, tiada ungkit mengungkit, tiada cacian yang akan keluar dari mulut dia ..
Betapa ikhlasnya kasih sayang seorang abang, seorang suami dan seorang ayah.
Yess, itulah abah aku dan aku juga cuba tanamkan sikap murni tersebut dalam diri aku.

Kat kampung, we all sempat celebrate birthday Adam ...
Dah besar anak2 sedara aku termasuk anak aku sendiri
Demam2 pun berselera makan kek secret recipe ... tapi lupa nak re load .. huhuhu


Tak dilupakan pizza hut dan mee jawa... nyum nyum nyum ..
Borak2 sambil makan sangat best ...
Baru 3 keluarga bersama, tapi riuhnya ngalahkan sekapal ..
Terbayang masa kecik2 dulu kami sangat rapat bersama ..
Cepat je masa berlalu kan .... Alha…

Me ... Bila di uji lagi...

Bila diuji dengan sakit demam ...
Aku memohon pada Allah, semoga ditetapkan hati ini untuk sentiasa bersyukur
supaya aku tidak mendustai segala nikmat2Nya..
Terasa agak payah bila kene uruskan sendiri dalam keadaan tak sihat..
Batuk, selsema, demam, sakit tekak.. Betul2 menguji ketahanan diri..
Encik suami tengah sibuk sangat dengan hal2 shooting kat sana.
Tapi tetap syukur kerana Allah permudahkan hampir semua urusan ..
Baby tak meragam sangat, tido awal ..
Abang dengan kakak tak de demand apa2 ...
Semoga Allah beri kesembuhan pada kami secepatnya.. ameenn

Me .. I Missed My Half ...

Disini kau dan aku terbiasa bersama .. menjalani kasih dan sayang ..

Huhuhu ... Aku rindu kat encik suami lorr
Tak sabor nak tunggu dia balik KL. And I believe dia pun sangat rindukan kami.
Hari2 duk wassap rindu ..rindu kat isteri dan anak2 ..

Aku sangat berterimakasih pada encik suami ..
Walaupun dia tak baca blog aku ni, tapi still aku nak expresskan penghargaan kat sini.
Bila dia ada, segala urusan jauh lebih mudah
Hal anak dia bantu, hal rumah dia bantu, hal beli2 barang pun dia bantu
Malam2 dia tak kejutkan akupun bila Nawra nak susu
Tau2, susu dah dipanaskan and Nawra tengah minum sampai kenyang.
Alhamdulillah, ada kerjasama antara kami,
Ada timbangrasa dan memahami ..

Walaupun everyday kami ucap terimakasih pada satu sama lain,
Still, aku nak ucapkan kat sini ... supaya aku tak lupa
Bahawa setakat ini aku punya suami yang bertanggungjawab dan penyayang..
Alhamdulillah....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ separuh diriku kamu ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~