Posts

Showing posts from June, 2013

Jerebu ohhh Jerebu

Malaysia dilanda jerebu ... Kuar2 rumah dah bau asap dan bau yang tak menyenangkan Idong mak buyung lebih sensitip so kuar kene pakai mask Semalam, sebab cuaca yang teruk, opis Mizz N declare suti So, we ollz duk rumah je mengabeskan masa togeder2 anak beranak Hari Sabtu belikan lauk2 basah utk ma Sebab tak larat nak drive, suh adik je datang amik kat rumah Ma sakap dia nak balik Kelantan hari Rabu malam Hmm.. lama dah dia tak balik Kelantan Harap2 dia sihat sepanjang kat sana Kak Long yang akan amik dia kat airport katanya Hari tu call Kak Long n borak2, dia tanya bila nak datang rumah Hmm memang rindu nak pegi kelantan, Insyaallah, ada kelapangan nanti, Mizz N akan kembali ke sana Last pegi tahun 2010 .. yeahh CNY drive sampai 14 jam baru sampai Berbalik pada citer jerebu ni ... Alahai geram lak Mizz N pada para2 Indon seberang yg membakar hutan ni tiap2 tahun meke buat keje bodoh ni yang kene tanggung akibatnya berjuta2 manusia yang tak de kene mengena Anak2 Mizz

Jumaat Memang Besttttt

Jumaat datang lagi. Yesss, Mizz N memang suka sgt hari Jumaat atas banyak sebab. Kepertama, sebab ia penghulu segala hari Kedua, jumaat hari last keje utk setiap minggu Ketiga, ada 2 hari suti lepas jumaat Keempat, hari utk berjimba dan aktiviti family Kelima, baby Mizz N bertambah minggu setiap jumaat Keenam, yg paling best.. Selalunya apa2 good news or rezeki akan dapat dihari yg mulia ni. Alhamdulillah, lagi doa kami dimakbulkan. Ada lagi peluang utk kami utk menambah rezeki. Peluang yg mmg tak patut ditolak. InsyaAllah, pelan2 kami akan kuatkan tapak disana. Dah jadi nanti baru aku akan update. Setakat ni Mizz N perhatikan, makin ada org yg cakap bukan2 pasal Mizz N, makin luas Allah buka rezeki untuk kami. Walau tak kaya skrg, peluang tu tak mustahil satu masa nanti. Matlamat bukan nak jadi kaya, tapi bekalan anak2 dan kehidupan kami seadanya. InsyaAllah. Doa org2 teraniaya Allah pasti makbulkan. Pintu rezeki makin luas dibuka, kehidupan lebih bahagia, alhamdulillah. Se

Happy Birthday Dato' ... Our Biggg Boss !!!!

Image
Jeng jeng jeng .... hari ni besday boss we ollz .. So dah siapkan surprise utk dia. Kompem dia pon lupa besday dia hari ni Maklumla dah atuk2 gtew, but dia memang best Sepanjang Mizz N keje, dah penah ada 13 org boss .. Ye la meke ni kan based on appointment Kadang2 sambung, kadang2 tak.. Setakat ni ada 3 boss paling bagus yg Mizz N penah keje Yang lelain tu bukan tak bagus, tapi yg 3 ni sangat2 bagus termasuk yg sekarang Senang keje dengan dia .. keje laju, so kalau nak buat keje slow2 pun sendiri akan malu Patot la berebut2 officer nak keje kat office ni Alhamdulillah, rahmat Allah, Mizz N yang terpilih  ------------- STOP JAP UNTUK NYANYI HEPI BESDAY ---------------- May you always have the strength to lead a happy and successful life always. Happy birthday boss!!!! Sedap kek yg my staff beli ..   Boss terharu gilerr .. Dia sakap ni la first time sepanjang dia keje ada besday celebration gini. Makan nasi lemak, kek n buah2an ... Staff buat teh tarik yg koww gile

Lihat ... Renung .. Ubah

Image
Lihat la sekeliling kita .. hubungan dgn ibu bapa, keluarga, rakan sekerja, ketua pejabat .. adakah semuanya ok atau kebanyakannya bermasalah ... Kalau kebanyakannya bermasalah, apa kata kita mula mengira keburukan diri sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit. Kadang2 merendahkan ego adalah jauh lebih baik dari membuat dan berkata2 perkara yang menunjukkan kehinaan diri sendiri ...

Karma

Time2 lepas maghrib gini ialah waktu utk landing sementara tunggu isya loya2 memang kuat dari tengahari sampai malam. Tak sabor Mizz N nak tunggu lepas bulan ke 3. Ramai yg sakap maybe bertambah ok.Tah la sbb masa pegnen sebelum ni alahan tak la seteruk gini. Petang ke pagi pulakk gayanya. Tadi Mizz N borak2 dgn sorang staff opis lain. Lama tak tanya perkembangan. Penah tau yg dia dulu ngorat suami org sampai cerai berai la org tu. Dia duk cerita2 kat orang yg ex wife org tu tak pandai jaga badan. gemukkk. So kisahnya 2 tahun lepas dan dia pon selamat la kawin dgn lelaki tu walaupon masa ngorat2 tu pun status dia isteri orang. uiiii jahatnya kamooo. isteri org sama suami org la ni buat keje. Haishhh .. Aku pon tanya dia soklan jujur, awak ni pegnen ke? Memandangkan fizikal dia yg berganda dari aku dan perut yg mcm org ngandung 7 bulan. Tersipu2dia jawab takkk. Badan saya memang naik gini. Hmmm .. terus aku teringat kata2 dia masa duk mengata ex wife husband dia dulu. Karma yang da

Kejahatan Lidah Berpunca dari Penyakit Hati ....

Kejahatan lidah adalah di antara wabak penyakit yang amat berbahaya. Ia terhasil daripada penyakit hati yang diharamkan di dalam Islam sebagai salah satu daripada kejahatan batin. Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 33 bermaksud: Katakanlah Wahai Nabi: Sesungguhnya Tuhan saya hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi, perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh tanpa alasan yang benar. Bentuk-bentuk kejahatan lidah adalah seperti memfitnah, mencaci maki, mengumpat, menghina, mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak secocok dengan adab Islam dan seumpama dengannya. Kesemua sifat-sifat buruk ini merupakan antara penyebab utama kepada perpecahan umat yang akhirnya menghancurkan kesatuan umat Islam serta memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuhnya melakukan serangan demi serangan. Terlalu banyak larangan dan ancaman Allah SWT dan Rasul SAW terhadap kaum-kaum yang menjadikan kejahatan lidah seperti memf

Rutin Yang Tak Membosankan

Image
Tet.. tet.. tet ..tet ... Kol 5.30 pagi alarm dah munyi .. Badan dah terbiasa bangun waktu ni, so terus capai towel and mandi Rutin Mizz N tiap pagi .. lepas solat, gosok baju anak2 and kejut depa mangun n mandi Then buat sarapan ... yeahh, tahun ni Mizz N tak pernah miss lagi buatkan sarapan and bekal meke ke sekolah. samada perut kenyang dari rumah or kenyang makan bekal Time lunch pulak ... org sedap tgh makan, Mizz N rush ke sekolah anak Hantar makanan.. Sambil menunggu tu main game kat hp .. huhuhu Balik keje lak lepak2 kejap and siap2 nak pegi hantar depa ngaji pulak .. Woww ... full schedule .. Alhamdulillah dah biasa sibuk dan berdikari dari dulu lagi Suami jauh .. rezeki kat sana .. nak buat guana. Kalau dia ada memang dia la yg ganti urusan hantar2 anak ni. Tak pe, redha dan doa ... mudah2an Allah beri kami rezeki untuk bersama someday ... mana tahu kan :-) Bila sembang2 dgn kawan2, rupa2nya ramai yang senasib dgn Mizz N Suami jauh, semua urusan kene handle se

Doa Dari Kekasih Untuk Kekasih ....

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...   Kuatkan hati-hati kami   Beramal soleh hanya kerana-Mu   Bukan untuk menunjuk-nunjuk   Tapi hanyalah semata kerana-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...   Satukanlah hati-hati kami   Sentiasa bersatu hati    Untuk menyebarkan kasih sayang    Dengan bahasa-bahasa yang Kau Redhai   Dan setiap kata-kata kami   Adalah mutiara-mutiara Syurga   Yang ada nilaian di Sisi-Mu   Yang akan dikira tika ditimbang Di Neraca Al-Mizan   Dan dapat menyelamatkan ketika meniti Titian Sirad..   Yang mana menentukan ke Syurga atau ke neraka...   Moga berkat kami saling berkasih sayang kerana-Mu   Tika di dunia ini   Tika nafas masih ada...   Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas    Masukkan kami Ke Syurga-Mu   Syurga Firdaus...   Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Perlukah Menghina?

 Perubahan diri adalah perubahan dari hati ... Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.” (HR. Tirmizi) “Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.” (Hamka) Ya, Mizz N faham ... orang yang suka menghina tu adalah manusia yang paling hina .... Mudah2an nyawa kita tak diambil masa kita seronok duk menghina dan mengata orang .. Na'uzubillah ....

Semoga Allah Berikan Balasan Yang Setimpal ...

Mengira dosa, silap orang mungkin menyeronokkan Membuka aib orang yang belum tentu betul atau tidak pun memang menghiburkan Menabur fitnah dan mencari2 kesalahan orang lain jadi hidangan harian untuk mengenyangkan dendam Tapi jangan lupa, bila tiba masa aib sendiri dibuka, Dosa dan silap sendiri menjadi sindiran orang, fitnah menjadi hidangan yang lain, Jangan salahkan mereka ... Jangan ditanya mengapa ... Renung diri sendiri ... Adakah selama ini kita menegur kesilapan dengan niat untuk perbaiki keadaan? Atau dengan sindiran dan cacian yang tak sudah2 Adakah selama ini hidup kita 100% bersih dari dosa? Atau terlalu sibuk mengira dosa orang lain sampai tertutup dosa sendiri Adakah kita sepenuhnya jujur ketika mengeluarkan kata2 yang tak elok kepada orang lain. Adakah ketika orang berkali2 memohon maaf, kita menerima dengan  kasih sayang Atau meletakkan ego di tempat paling atas dan bercerita pada orang lain seolah2 diri seperti malaikat Aku pasti, jika memang segala2nya

Minggu ke 7

Image
Hmm .. kalau dikira, minggu ni adalah week 7 pregnancy aku Setakat ni, loya memang kuat, alahan memang ada hari2 Makan tu tak kene, makan ni, tak kena ... Mulut rasa tawar je, tapi aku sumbat gak Kesihatan baby n mommy perlu dijaga And untuk pertama kalinya aku dapat tengok secara live cemana suami punya alahan ... hohoho terukkk lagi dari yg aku kene Memang lembik terus dibuatnya Tak lalu makan, demam, sakit tekak, sakit2 satu badan Rasanya kitaorg share 50-50 alahan tu Sebab two of us memang sgt rapat, seriously mcm best friend, best buddy and partner Alhamdulillah Allah bagi suami yg bertimbangrasa dan bertanggungjawab... Dan juga utk pertama kalinya kitaorang tak keluar mana2 minggu ni Seriously tak larattt Doktor sakap sebab gap yg lama tu akan buat alahan lebih teruk Macam baby sulung tapi morning sickness akan lebey .. Aku dgn suami redha je. Memang doa kami untuk ada baby this year Baby yg sihat, sempurna fizikal dan mental Korang seme doakan yer ...    

Patot la Mabokkk !!!!

Image
Balik dari Perhentian, mabuk tak hilang2 .. Jap rasa loya, jap rasa nak pitam .. Hari kedua dah ni, takkan mabuk laut lagi ... Pelikk la sangat ... Hari Jumaat 31.5.2013 Time lunch balik rumah, beli pregnancy test stick idang2 makan, sementara encik suami makan Mizz N masuk dalam toilet sebab dah tak sabar nak test Jeng jeng jeng ......... Nampak air kencing tu meresap ke atas Saspen, saspen ... Nampak satu line terang ... hmmmm tak pegnen ni kut Tetiba line satu lagi timbul seperti gambor dibawah ... Adehhhhh rasa mcm nak nanges Abanggg ... abanggg ... aku letak benda tu kat atas meja makan Nampak 2 line ke satu line??? Encik suami tengok ... 2 line, kenapa ??? huhuhu ... abang tengok ni ... kalo 1 line not pregnant kalo 2 line pregnant .... hohoho Adegan peluk memeluk bermula ... Berair mata encik suami ... Gumbira ... Tak sabor2 ajak gi check kat Klinik Malam tu gak gi klinik Still positive ... Alhamdulillahhh Banyaknya rahmat yang Allah bagi selepa

Happy Anniversary !!!

Image
Alhamdulillah .... Setahun dah berlalu ... Setahun yang menceritakan perhubungan kami sekeluarga yang rapat dan bertambah rapat setiap hari. So far, kami makin belajar mengenali satu sama lain .. belajar meneria dan menghargai kelebihan dan kekurangan masing2 ... Anak2 pon nampak sangat happy bersama kami. Alhamdulillah ... berkat doa yang tak putus2 ... 26.5.2013 anniversary kami yang ditunggu2... Dah plan lama untuk ke Pulau Cinta ... Pulau Perhentian. Tamau pegi jauh2 ... permulaan biarlah kat seberang sini je. Sabtu 25.5 bertolak ke Pahang ... selesai BBQ, tido, rehat .. kol 5 pagi dah mangun dan bersiap2. Perjalanan bermula pukul 7 pagi ... Sampai Kuala Besut kol 4.30 ptg. perghhhhh ... perjalanan yg panjang dan meletihkan. Encik suami sempat singgah beli buah salak ... memang sedappp, cuma kulitnya yg berduri tu mak tak sukerr ... Tunggu bot kat jeti kol 5 ... laporrr sebab tak makan dari pagi ...selamat sampai ke Pulau pada pukul 6 ptg. Terus mamam ... Cantikn