Posts

Showing posts from 2018

From Kota Kinabalu With Love .. Throwback

Image
Assalamualaikum .. Gemokning and hai semuaa

Bila aku check handphone gallery .. banyaknya gambar dan cerita yg tak sempat nak update kat blog ni. Busy katakan .. Keje .. mengajar .. khidmat masyarakat .. family dan pelbagai urusan yg memenuhkan masa aku tiap hari.

Ok .. yg ni memory masa bawa anak2 ke Kota Kinabalu, Sabah. Time cuti sekolah seminggu kami pi merentan ke KK. Actually 4 hari sebelum tu aku baru je balik dari KK. Ada meeting urgent dgn KPT dan UMS masa tu utk program akan dtg. Tapi sebab yg ni cuti dgn family, dia punya seronok tu lain sgt.❤❤❤

Kami book MAS sbb kurang songel as compared to Air Asia. Tambang agak mahal .. almost RM1000 per head, but alhamdulillah ada rezeki utk kami pegi. Lagipun aku dah janji dgn anak2 nak bagi dorang rasa naik flight yg ada tv so dorang tak bosan.😎😎😎

Kami bertolak ke airport jam 9.30 pagi. Sampai dekat2 pukul 11 gitu. Flight pukul 2.20 ptg so kami ada bnyk masa sebelum depart. Biasalah kalau dgn anak2 .. hal makan dgn toilet jadi keut…

Raya Move On

Image
Assalamualaikum semua ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Raya 2018 move on seperti tiap tahun. Penuh dgn keseronokkan dan drama kebahagiaan
Alhamdulillah, yg penting anak2 seronok. Kita punya seronok akan bertambah bila dorang seronok.

Tahun ni aku sambut first raya kat Kampung Gusai, Pahang. Kampung pendalaman yg masih terpelihara dari pencemaran.. Masih serba serbi natural. Bila datang sini, kami belajar untuk jadi lebih bersyukur. Masih ramai lagi org2 yg hidup dalam kekurangan tapi dorang tak mengeluh dgn kekurangan tu. Cer tengok kita .. cuaca panas sikit dah bising, jakun sgt bila dapat ekon. Tak de ais pun bising .. mcm nak terbalik la dunia ni. Tapi kat sini, dorang hidup seadanya.
Alhamdulillah kami dapat duduk dirumah selesa. Atas bantuan kerajaan terdahulu, keluarga ni dapat satu rumah baru. So aku dan nasha tak de risau nak jaga aurat kat rumah. Kami sampai sini hari rabu 13hb June .. 2 hari sebelum raya. Stay sini sampai raya ke dua. Itupun budak2 ni tak nak balik. Aduha…

Sesungguhnya Aku ...

Just finished my late afternoon class ..
Tanggungjawab mendidik masih diteruskan .. even bertambah
Alhamdulillah, rezeki yg Allah nak bagi takkan aku sia2kan
Sesungguhnya aku berusaha untuk kehidupan sendiri
Atas kekuatan suami dan anak2.

Antara projek bersama student semester ini... berkhidmat kepada masyarakat
Projek yg aku bentangkan dihadapan wakil kementerian tahun lepas diluluskan
Bajet tiada masalah. Di waktu org lain bermasalah dgn bajet,
Kami mampu tersenyum hasil usaha bersama.
Makanya ramai yang dengki .. Perangai Melayu aku dah masak sangat
"Kalau aku tak dapat .. kau pun tak boleh dapat"
Cuma perangai aku pelik sikit. Aku tak peduli apa orang nak kata
Yg penting .. boss aku sayang gilerrr kat aku .. sebab aku dah buktikan pada dia 
my commitment and loyalty.
Katanya aku dah bukakan mata dia pada banyak perkara2 yg baik dan betul.
Alhamdulillah ..

But .. jangan ingat senang nak jadi aku.
Korang tak tahu apa yg aku dah lalui dalam hidup. 
Maybe sebab banyak kesusahan, kesedihan lam…

Jom ke Jannah

Image
Hidup dunia hanya sementara .. inilah jambatan kita ke akhirat. Jangan sia2kan kesempatan yang ada. Jom kita ke jannah bersama2