Posts

Showing posts from May, 2023

Raya .. Raya .. Raya .. 2023

Image
Assalamualaikum kawan2 ... Syukur kita masih diberi nafas hingga ke hari ini untuk berfikir yg baik2, becakap yg baik2 dan hidup dengan baik2 😍😍😍😍😍 .. Raya 2023 .. aduhai, makin meningkat umur makin seronok berhari raya, melayan anak2 yang juga enjoy the raya. First of all, rezeki raya aku luar biasa tahun ni. Syukur, syukur dan syukur. Sangat betul ya, bila kita serahkan hidup kita sepenuhnya pada Allah setiap hari, Allah akan uruskan dan aturkan dengan sebaiknya. Allah akan hantar orang yang baik2 untuk bersama2 kita tanpa kita jangka. Tahun ni aku balik Teluk Intan. Lepas sahur Khamis terus masak rendang ayam dan daging. In case raya mengejut Jumaat, rendang dah ada untuk sarapan. Kemas2 rumah ala kadar, sempat tu pegi keluar beli barang dulu. Lepas terawikh baru kami gerak balik. Lewat gak dalam pukul 11 mcm tu tak silap. Tapi jalanraya meriah subhanallah. Tak takut pun nak drive tgh2 malam kalau meriah gitu. Sampai rumah bonda pukul 3 pagi. Mata dah rabak since tak tido dari