Posts

Showing posts from October, 2021

Teluk Intan With Love

Image
  Assalamualaikum ... Ahaa .. ya, ai balik kampung selepas berbulan2 tak balik. Punyala seksaited beli macam2 untuk dibawa balik. Paling seronok si boolat nilah. hari2 tanya dah kemas beg ke ? mama dah kemas beg ke? selagi tak kemaslah .. dah tiba jumaat tanya pukul berapa nak gerak .. ahahaha.. mama keje, so bertabahlah ya anak, kita gerak lepas mama abes keje ok. Perjalanan alhamdulillah smooth, cuaca pun cantik. Kami sampai rumah ma pukul 8.30 malam. Interesting balik kali ni tak de singgah mana2 utk beli jajan. Sebab dah siap2 beli. kalau tak, keluar pagar, singgah speed mart .. keluar simpang singgah petronas, kat hiway singgah RnR .. keluar tol singgah pulak mana2 kedai. Keje membeli aje.. kihkihkih.  Memandangkan perut tak selesa, aku minta tolong adik belikan makanan utk dinner. Supaya tak de susah2 nak masak. Makan pun siple2 ajer. Tom yam dgn chicken chop. Pukul 10.30 aku dah surrender .. ngantuk n lesu. Tak sedor pun pukul berapa kakak aku sampai dari Batu Gajah. Esok pagi b

Special Coffee for Special Wednesday

Image
 Assalamualaikum ... Mulakan hari dengan alhamdulillah .. Mulakan sesuatu dengan bismillah. Special Wednesday ke? Hari2 adalah hari yang special bagi aku. Bezanya harini aku dah start mengajar kelas ke dua. ok, semester ni aku ajar 2 subjects on top of heavy workload di ofis. So untuk kick off the day, aku minum coffee hadiah puteri sulungku ..  Kita hidu aroma kopi yang best, sambil2 cari ilham untuk menulis dan berkarya. Sedang menulis buku yang ke empat. Alhamdulillah, banyak benda baru yang aku dah buat in few years time. Menulis di akhbar sudah, menulis buku sudah, projek2 berimpak tinggi sudah .. Alhamdulillah. Semoga apabila tiba waktu bersara, aku boleh melihat pencapaian2 ini sebagai kenangan yang indah dalam tempoh hidup yg seterusnya. Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik, kebahagiaan yg berpanjangan dan umur yg berkat. Terima kasih Allah atas kehidupan yang sederhana dan penuh kecukupan ini.  NK with love

Happy Birthday 17 Oct

Image
 Alhamdulillah ... tak sangka Allah masih beri nikmat hidup hingga ke usia 47. Semoga menjalani umur yg barokah, insyaAllah. Doa tahun ni semoga sentiasa sihat, bahagia, digandakan rezeki dan boleh bersara awal. Kalau boleh umur 50 dah nak bersara. Temgok mcamana nanti. Aku cakap kat Nawra .. ada rm 2 juta mama dah boleh bersara cepat 😆😆😆. Angan2 yg free gituuu. Sebab lepas bersara nanti banyak benda nak buat utk diri sendiri pulak. So hari birthday aku .. kami pegi picnic. Ingatkan nak beli packed food, tapi dorang vote nak mama masak.    Sambaltumis sotong petai, kari ayam tanpa santan tan tan, ikan pais tempoyak & sayur Meriah juga makanan .. tambah sikit buah2 n kek. Lepas zohor terus ke sana. Rupa2nya dekat yakmat. Baru kentut2 aje dah sampai. Kalau ingat2 balik  dah bertahun2 aku tak mandi sungai. Lepak2 sambil berendam. Sikecik ni suka sgtlah.     Hadiah special dari my doter. Gambar aku dgn dia masa baby. 😍 En somi hadiahkan handbag. Alhamdulillah, masih sihat, bahagia