Posts

Showing posts from November, 2009

Sila la Makan

Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya." "Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami belum punya eletrik."

3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.. Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..." Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..." Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.." Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA' Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....." Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "

Aku Adalah Dirimu

Image
Kiranya ini namanya cinta Aku mencari maksudnya Di manakah permulaannya Di manakah pengakhirannya Aku terus tertanya…. Kiranya ini detik membahagiakan Biarlah aku menitis air mata Terus merindui dirimu Agar hati ini jujur Mengakui cinta yang hadir…. Aku tidak mahu menipu diri Menerima insan Yang hanya menguji keikhlasan Walau ada rasa gembira Namun tiada bahagia Mencari sesuatu yang tak pasti Ku hanya mampu berdoa Agar Yang Esa merestui Yang terbaik bagi diriku Adalah dirimu….... Nukilan: Diana

Seperti Yang Ku Jangka

Assalaaaaamu'alaikum wrt wbt Seperti yang kujangka... malam tadi puaka niang kopek telah mengamuk ...kahkahkah ..adoi shu...aku tergelak cam nak putus usus ..... Seronok tul sekali sekala dapat nyakat adik2 aku nih ... Ala shu, aku tak kisah dgn ugutan ko tu....nanti org mesti cakap...tu azizah mahzan ... kekekekeke Lagi satu ko kena ingat, lagi satu gambar ko versi Golum Lord of the Ring ada dalam simpanan aku ...kakakakak.... adoiiiii.... tolonnn tolonnnnn

Puaka Niang Kopek

Image
kahkahkahkah .... adoiiiii... weh koranggg...ni bukan aku ... ni adik aku ...kahkahkah (sure aku kena balun dgn dia lepas dia nampak posing maut dia nih kat blog aku)

Adoiii... sewelnya family nih

Image
salam semuaaa... aku lupa la nak citerrrr... ada satu hari tu kan ... kitaorang kuar ramai2 naik satu kete. korang nak tau berapa ramai makhluk kat dalam kete tu? ada 9 org termasuk aku ...kekekeke... mcm tin sardin nak expired dah kete aku..sib bek la kete aku tak leh berkata2 ..fuhhhhhh .... tapi kitaorg maintain heppi ...kakakaka

Dugong eh Duyung Yang Terdampar

Salam semua.... aisehhhh, cepatnya masa berlalu ...tak sukup rasanya nak menikmati masa suti2 dan makan2 kat rumah. Kak ni kalau masak, biasala...potong kaki punya rasa .... sedapppp... nasi minyak sampai 2 kali jerang..laku bisness beb... aku concentrate mengemas rumah ...kak ni pulak masakkkk, masakkkk and masakkkk. aku sampai lupa nak snap gambo makanan2 ..letak2 kat atas meja, semua serbu ..sedar2 tinggal tulang jer ..isk iskkk ... buruk lantak sungguh ...pas tu beramai2 terdampar kat atas sofa sambil tengok tv ...kekekeke... selang sejam ... jenguk2 balik kat atas meja... tarik kerusi, cedok makanan ...makan lagiiiiii ... tu la keje kitaorang 3 hari nih .. fuhhh fuhhh sib bek 3 hari jer ... kalau 30 hari, sah2 tak muat pintu nak jalan. Semalam lak, kitaorg wat cookies .... dapat la 4 bekas .... malam tadi tinggal 2 bekas jer ... rasanya malam ni gerenti abis...itu pun sebab aku keje hari nih. kalau suti dah selamat dahhhhh. Ni la raya yang kitaorg memang lepak kat rumah full time.

Salam AIdil Adha

Image
Asslamau'alaikum wrt. wbt ... Dear all.... aku ucapkan selamat menyambut aidil adha pada hari sumaat 27 November 2009. Harap korang berhati2 semasa pulang ke kampung and beraya nanti... enjoy the precious time with your family and enjoy the food as well. Bagi yang ada history BP problem ... makan ubat n pilih2 la benda yg korang nak makan tu. Aku tgh fikir2 lagi ni... nak balik kampung ke tak..hehehe..rasa2nya balik.. esok malam kut. Ok, again, salam aidil adha... maaf zahir batin

Mengapa Aku Terlalu Berhati2

Image
Assalamua'alaiukum wrt wbt Ada teman2 yang bertanya...mengapa aku terlalu berhati2, terutamanya untuk bercerita mengenai hal2 peribadi diri sendiri dan orang lain. Jawapannya mudah saja ... hati orang tidak sama dgn hati kita, jadi bukan sembarang orang yang kita boleh letak kepercayaan dan bercerita segala hal2 peribadi yang mungkin dijadikan senjata untuk mengenakan kita dikemudian hari. aku bukannya lokek untuk berkongsi perasaan.. semahunya aku ingin berkongsi keluhan jiwa dan hati aku.. segala kepayahan dan masalah2 yang aku lalui dalam hidup, lebih2 lagi dgn teman2 yang agak rapat, namun aku bimbang akan dugaan2 yang lebih besar akan datang menggugat kesabaran dan ketabahan aku. Perkara2 yang berlaku pada aku sejak kebelakangan ini benar2 mengiyakan telahan dan gerak hati aku dan menjadikan aku lebih berhati2. Mungkin, bila lelaki dalam mimpi aku dah turun ke bumi, aku akan punya sandaran hati dan ruang untuk berkongsi perasaan :)

Ketika Cinta Bertasbih... Lirik

Image
Bertuturlah cinta mengucap satu nama Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku Cinta yang bertasbih mengutus hati ini Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu Bisikkan doaku dalam butiran tasbih Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Ketika cinta bertasbih

Hari-Hari Yang Sempurna

Salam semuaaa.... Adehhh adehh deh dehhhh ... seluruh badan ku udah sengal2 ...butuh istirahat. Weekend hari tu aku kena keje.. jadi emcee dgn event manager untuk pertandingan programming peringkat kebangsaan ... and again...hari nih ... jadi special task manager lak. aku rasa cam jadi labah2 lak...punya 8 kaki untuk buat macam2 keje..hehehehe Alhamdulillah..program berjalan lancar. Buat pertama kali semenjak 4 tahun pengalaman aku jadi emcee, aku tak salah sebut sepatah perkataan pun..alhamdulillah... mungkin masa tu jiwa tenang jer ...kalau tak, sebelum2 ni ada jer perkataan2 yang lawak bunyinya bila disebut... tapi kena pandai cover beb ... Aku nih kalau bab keje memang garang .... kalau dah cakap n explain terang2..masih nak main2 aku akan sound terus... no lapik2 ... tapi hal keje jer..after that kitaorang mesra n gurau2 cam biasa. Aku tanya budak2 tu..tak serik2 ke keje dgn aku yg garang ni..meke sakap.. memang kak Nur garang, tapi kami tau kak Nur garang hal2 keje n bila kami ma

Mengapa Kita DiUji ....

Setiap kali diuji... kita pasti tertanya2..mengapa dalam hidup ini terlalu banyak cubaan yang harus kita hadapi. Kadang2 rasa macam dah penat and tak sanggup nak berada dalam situasi itu. Selalunya dalam keadaan rapuh seperti itu kita tidak sedar sesungguhnya ALLAH menguji hambanya yang diyakini layak untuk menghadapi ujian.. yang utama jangan pernah berhenti daripada berharap dan bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH.... KENAPA AKU DIUJI? Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Surah Al-Baqarah ayat 216 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat bur

Beautiful Scenery

Image
Salam... cantiknya tempat2 ni kan.. tenteram je hati tengok permandangan2 yang cantik cam ni

Ketika Cinta Bertasbih

Image
Ketika cinta bertasbih Diri ini hanya pasrah pada ketentuan yang Esa Kerana kuyakin, Dia hanya akan memberi yang terbaik......

Peter Pepper

Image
Ya Rabbi...lawak siottt la bentuk cili nih, Orang tu sakap, it can grow up to 18 inches long...kakakakkaka

Happy 6th Birthday Nawfal

Image
Assalamu'alaikum wrt wbt.... Hari ni besday Nawfal ... Happy Birthday my sweetest darling boy. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, penyabar, rajin dan berjaya dunia akhirat. I love you more and more everyday ..

Kerana Kusayang Kamu

Aku suka lagu ni sejak tengok citer bila cinta bertasbih. Zamarul berlakon memang best dan sangat sweet. Citer tu sad ending.... sedeyyy beb Seandainya kau ada disini denganku Mungkin ku tak sendiri Bayanganmu yang selalu menemaniku Hiasi malam sepiku Kuingin bersama dirimu Ku tak akan pernah berpaling darimu Walau kini kau jauh dariku ‘Kan slalu kunanti Karena ku sayang kamu Hati ini selalu memanggil namamu Dengarlah melatiku Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku Takkan pernah ada yang lain Adakah rindu dihatimu Seperti rindu yang kurasa Sanggupkah ku terus terlena, tanpamu di sisiku Ku ‘kan slalu menantimu Kan selalu ku nanti, karena ku sayang kamu **** LOVE IS WHEN YOURS AND MINE BECOME OURS*******

Congratulations Adam

Pagi ni Adam tersengih2 berjalan masuk ke opis. Mana tak tersengihnya, orang baru naik pangkat. Bukan calang2 pangkat pulak tu. Assalamualaikum, Morning boss, congratulations ... aku memulakan bicara .... Wsalam and Morning Nur ... thanks for your prayer all this while. And thanks for becoming my backbone ... I nak kena belanja you ni ... Perghhhh... dengar pasal belanja...giliran aku lak yg tersengih2... ok, just name the resoten which u prefer ... it's considered done ... Aku bersyukur punya boss yang baik hati, walau kadangkala baik hati dia tu menyusahkan both of us ... dari segi kerja.. ramai benar org yg dengki dgn chemistry antara aku dan boss aku dalam hal keje ... wehhh... no personal ok ...all about work. Aku berdoa supaya kitaorg sentiasa excel dalam bidang kerja. Aku mahu pergi sejauh mungkin dalam mengejar impian aku. Lelaki dalam mimpi? Yes, aku pasti, dia akan ada disitu, suatu masa nanti bersama2 aku berkongsi impian dan kejayaan. :) One of my best fren sekarang tgh

Tiring Weekend

Assalamua'alaikum wrt. wbt ... Adesss... lemah betul nak menghadapi hari isnin, especially dengan kerja2 yg menimbun. atas meja aku usah cakap la.. aku tak sanggup nak pandang timbunan kertas2 yang sangat2 menyakitkan mata. Hari ni lobang hidung aku dua2 tersumbat ...demam, selsema and sakit tekak. Hari sabtu hari tu aku mengemas rumah dgn jayanya..and aku ni allergic sangat pada habuk2 n air freshner... mesti demam punya. Balance Ubat yg hari tu masih ada lagi ..so aku telan yg tu ajer la.. tengok setakat mana prosess penyembuhannya. Kalau weekend and malam sekarang ni aku tak leh online. modem aku dah out..tunggu gaji nak angkat yang baru. tapi semenjak tak leh nak online malam2 nih, aku semakin rajin mengemas rumah ..heheheh ...

Cinta Dari Hati

Engkaulah kekasih yang menjadi inspirasi dan penghias mimpi malamku...Aura wujudmu benar-benar mempesona, jika matahari enggan terbit , cukuplah dirimu yang menggantikan sinarnya. Bila rembulan enggan datang dimalam hari, kelembutanmu sudah cukup untuk merebahkan bumi dipangkuan indahmu. Disaat jiwa kita merasa malu-malu menggapai cinta, lidah terasa kelu,dan tiada kata yang terucap dari bibir, disitulah cinta memandang dari kedalaman jiwa, ..disaat kita saling menatap, maka sabda jiwa kita ...tak mampu menyembunyikan cinta dari hati.

Jika Kau Bersedih

Image
Lirik Lagu ” Jika Kau Bersedih “ Artis ” Padi “ Jika EngKau Bersedih Pastilah ini Ada Maksudnya Andai EngKau Bisa Tertawa Seharusnya Bahagia dan Jika Karma itu Ada Berpeganglah Atas Hatimu Karna Kau tak Kan Bisa Mengabaikan Takdirmu Tak Usah Lagi EngKau Menangis Seperti Dulu Melemahkan Niatmu Semoga Bertemu Kembali Tetapkan Hati Berjuang Bersama Lagi Tahu Kah EngKau Bahwa Cinta itu Adalah Anugerah Sama Seperti Adanya Hidup Kita Hidup Ini Mengertikah EngKau Bahwasanya Gagal itu Bukanlah Kekalahan Selama EngKau Memahami Apa Yang Menguji Hatimu

Lawakkk

Salam sumerrrr Malam tadi aku ketawa keras perut dengan zakwan. Ekceli aku dalam proses membersihkan hp aku dari message2 lama, lagu2 and recording items yang tak relevant dah... aku tengok ada lebih dari 20 recording items yang tersimpan...so aku dengar la satu per satu ... Ada dua nih benda yang bikin kitaorg keras perut ketawa. Si Nawfal punya kerja ... Dia nyanyi cam nih ... (Ikut rentak lagu sembunyi) "Sembunyi, sebab kakak gemok, yang jelas diwajah..kita memang sarat merasakan cinta, bagaikan bintang dimalam cerah, kakak yang gemok, memang lah gemok dan sangat gemok .....Bertaubat ya ..." Yang kedua ... " hello ...hmmmm... hmmm (ejas sore)... assalaaaaaaaamualaikum wrt wbt ... janganlah kita dengar cakap syaitan, kita mesti dengar cakap Allah. Nawfal, bertaubat ye, Nasha, jom kita bertaubat. Saya akan bertaubat nanti. Kat sekolah agama. ok bye ..." Kekekkee... lawak siot la ... saja nak memenuhkan memori hp aku.

Kembali Erobik

Asslamau'alaikum semuaaaa... Fuhhhhhh... malam tadi aku kembali erobik selepas berbulan2 aku gantikan aktiviti tu dgn aktiviti makan2 membesarkan perut. Semput wehhhh, dah lama tak eksesais. Asalnya aku tak leh nak tido, so aku fikir2 dari aku buang masa berangan, bergolek2 atas katil, baek la aku senaman ... kol 12 pagi...kakakakaka.... Best giler lepas tu..rasa skru2 badan seme longgar...... Pagi ni otot2, pantet seme lenguh2 ... hahahaha... InsyaAllah, aku akan teruskan aktiviti ini tiap hari sebab kalau aku tak eksesais, hari2 rasa ngantuks and malas. Buat kerja pun rasa cam nak tolak2 jer bontot tu. So, sebelum aku jadi dugong yang tersadai, lebih baik aku sibuk2kan diri :P

Kenali Wanita - Tanah, Api, Air dan Angin

Salam semuaa... aku dapat info nih dalam satu blog ... untuk dikongsi bersama :) betul atau kebetulan, wallahualammm... WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Jul

Happy Birthday Mama

Image
Assalamua'alaikum wrt wbt Selamat Hari Lahir Mama yang sangat-sangat aku sayang. Semoga sentiasa sihat, gembira dan di lindungi Allah. Terima kasih atas segala pengorbanan yang Mama dah curahkan sepanjang membesarkan Nur yang super naughty nih. Wehhh shu, kak ni and lain2 ..dah wish besday kat Mama ke lum ... sepattttt.

Bila Rendah Hati

Image
Sikap rendah hati mampu menimbulkan kekuatan hati nurani. Kerana sikap rendah hati mengandungi 3 perkara...... 1. orang yg memiliki sikap rendah hati akan mampu melupakan hal-hal yang telah berlalu….. pengalaman2 buruk yg pernah menimpanya. Dgn kemampuan melupakan pengalaman buruk tsb akan membuat fikiran dan hati nuraninya bersih/tidak stress - tidak menjadi Pendendam. 2. Sikap rendah hati akan mampu menjalani serta menghadapi permasalahan dengan sabar. Bagaimanapun masalah yg kita hadapi, jalani dengan senang hati dan ikhlas, tdk banyak mengomel dan merungut. Pakar Psikologi mengatakan”Kekuatan berfikir seseorang mampu menimbulkan kenyataan”. Maka hadapi permasalahan dengan kekuatan berpikir yg positif, InsyaAllah Allah akan meredhai. 3. Sikap rendah hati dalam menghadapi permasalahan selalu semangat, dan Pasrah bagaimanapun outcomenya. Kerana kalah-menang, berhasil-tidak berhasil semua itu ditangan Allah, yg penting kita harus berusaha semaksimum mungkin. Bila tidak berhasil lepaska

Melawan Kesepian

Actually, aku tak pernah layan lagu ni sorang2 and masa drive... tapi, kak ni dah buat kompilasi CD untuk aku... so sejak ahad hari tu, aku duk layan lagu nih masa drive... sedih siott. baru aku dapat rasakan getarannnnya sampai bergenang air mataku .. Staf2 aku kat opis selalu tanya ... Kak Nur ni senyum and ketawa jer... tak pernah rasa sedih ke? Tak der perasaan ke? hehehehe.... kalau lah mereka tahu apa yang ada dalam hati aku ... sure meke takkan tanya lagi ... Apa2 pun ...layannnn Apapun yang terjadi Berjalanlah tanpa henti Air mata tertahan Waktu untuk dijatuhkan Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidup Sepahit apapun ini Pelajaran yang berarti Semoga kepergianmu Tak akan merubah apapun Semoga mampu kulawan Kesepianku Apapun yang terjadi Berjalanlah tanpa henti Actually kan... waktu yang paling melegakan dalam hidup ialah ...pertama...selepas berak ...kakakakka... dan kedua.. apabila kita mampu melepaskan apa yang bukan milik kita dengan rela hati ... life must go on.coz Allah

Hari Menjamu

Image
Salam semuaaa.. Minggu nih banyak tul aku meeting...hari ni jer ada 4 meeting. Sampai tahap otak aku tak leh nak compute dah action to be taken . penat wehhhh... tapikan...hari ni aku ada sessi menjamu kat opis... aku bawa pulut kuning, rendang ayam, sambal tempe (aku adalah orang bukan jawa yang amat cintakan tempe ...kekekek) sambal ikan bilis, ikan masin dgn bawang goreng ... perghhhh...aku pun tak sangka aku leh prepare menu tu sejak sebelum subuh tadi. Kat opis seme tanya aku... pasang niat apa nih ...aku tersengih2 and jawab...aku niat nak makan pulut hari ni ... ha, tu la niatnya ...ntah, tak reti la aku hal2 pasang niat... sebab aku ni jenis, kalau rasa nak makan, aku bedal jer ...tak yah nak tunggu pasang niat ...melambatkan proses makan dan penghadaman aku jer kekekeke. Sukanya aku tengok meke makan... maklumla, dah kol 11 pagi..dekat2 time lunch, perut pun lapar la. Masing2 menambah 2-3 kali ... i likeeeeeeeeee

Cinta Seorang Teman

Dulu engkau kukenali Tak pernahpun sedar Dari mata yang memandang Penuh pengertian Tapi saat itu telah berubah Dipersimpangan usia Antara kita tak mampu lagi Berselindung dengan alasan Telah kucantumkan semua Impan bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua Namun apakah erti bila Keinginan terlanjur Lalu menganggu kala dirimu selalu Agar disini Duhai teman bisakah kau fahami Sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mengujudkan kenyataan Tak sanggup kehilangan mu Telah ku cantumkan impian bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua Namun apakah erti bila keinginan telah terlanjur Lalu menganggu sanubariku Kucubakan bayangkan waktu dulu Gurau senda serta pujukkan mu Puisi indah yang nyatakan Kata dirnduku Masa yang berlalu meragui Seluruh harapanku kini Mengapakah bertanya dimana kesudahan kita Duhai teman bisakah kau fahami Sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mengujudkan kenyataan Ku tak sanggup kehilanganmu

Cak Cak cakkkk

Image
wehhh koranggg... ada kenal sama ini pokok????? bukan pokok muffin sinta ok ..plezzzz laaa .... tengok, ia hidup subur menghijou. Pokok yang makcik sarah bagi ni cayang bangat kat aku ... aku pun cayang bangat sama ini pokok.

Lucahhh????

Image
Assalamualaikum ... Hari Ahad lepas, aku gi melayan barang2 mekap kat jusco ... koleksi aku dah bertambahhh... eye shadow, foundation compact powder... ahakkk ... i likeee.. Tapikan, yang bikin aku geram, semua yg sesuai dgn aku.. namanya amatlah mengghairahkan.. kakakaka ... NUDE ler, NEKAD laaa .. yang terkini ... Maybelline Clear Smooth Extre NUDE BEIGE ... adoiiii... marah tul aku.. tapi apakan daya ... uhuk uhukkkk Silky Girl 01 Naked and Maybelline Nude Beige

Buat Kalian Yang Menceriakan Hati Ini

Image
The shortest word i know is "I" The sweetest word i know is "Love" The person that I will hold in my heart forever is "You" I LOVE YOU

CINTA

Image
Hargai cinta anda kerana cinta satu anugerah mahalkan sedikit harga cinta anda agar apabila anda merelakan ia diberi orang itu akan amat menghargainya Kecantikan seseorang wanita bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakannya susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana ia menyisir rambutnya Kecantikan seorang wanita haruslah dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada Hidup tak selalu indah langit tak selalu cerah maka bersabarlah kerana semuanya ada hikmah Jangan bercinta hanya kerana rupa dan harta kerana itu cuma pinjaman dari Allah bercintalah dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah kerana hati ini milik Allah -missfafalovemryug-

Handbag Baruuuuuu

Image
Assalamua'alikum wrt. wbt .... Wehhhhh koranggg... Beg baru dah sampeiiiiii... I likeeeeeee :) ... erkkk, jap2 aku kira berapa beg aku dah ada ...1, 2,3, 8 .... wahhhhhhh .... meriah, meriah...aku kena beli bag hanger lepas nih .... tima kacih koranggg... aku amat2 menghargai hadiah korang ni. kan ku guna sampai diusia emasnya nanti :). Nasha sakap... berapa banyak handbag daaaaa ...hehehe. Sebenornya yang aku beli 1 jer...yg lelain tu semua aku dapat as hadiah ... yeaaa yeaaaa...

Mungkin

Image
Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu Biarkanlah aku merindu sekian lama Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata Terpisahnya kita kerana mengejar impian Mungkin kan bersama dua jiwa ini Dalam mencari cinta sejati Mungkinkah segala derita di jiwa Akan terubat kini Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata Terpisahnya kita kerana mengejar impian Mungkin kan bersama dua jiwa ini Dalam mencari cinta nan suci Mungkinkah segala derita di jiwa Akan terubat kini Hanya satu pintaku Sabarlah menanti Ku kan pulang bersama Cinta... ---- semalam dia datang berjumpa aku untuk ucapkan selamat tinggal... dia akan ke UK malam ini ... semoga dia gembira dan menemui kebahagiaan yang dicari selama ini --- :)

Bila la kain2 ni akan bertukar jadi baju

Image
Salam sumerrrr..... Fuhhh, lega, dah mandi..... kekeke....Malam yang indah ni aku nak citer pasal koleksi kain aku... alahaiii... bila aku kira2, ada 11 pasang kain yg aku lum hantar tempah. 3 daripadanya dah seperti outdated coraknya sebab aku dah peram 3-4 tahun...hehehee. Untuk pengetahuan korang, aku selalu dapat hadiah berupa kain.. jadinya koleksi2 tak sempat jahit ni 80% adalah hadiah dari org2 yg rapat dgn aku. Kelmarin gi Jakel, tangkap lagi 2 pasang...tapi yg ni aku nak terus tempah esok... baju sontoh dah ada... senang sket keje... Nak wat kebaya la...dah lama tak pakai kebaya.... semenjak perut membesar dgn jayanya ...hehehe. Ni lah antara yang aku sempat snap gambo... Nak tunggu kurus, takkan kurusnya..so aku akan segera2 hantar tempah bisukkkk.

Alahaiiii Nur Baiyyinah

Image
Assalamlaikum wrt wbt Weekend baru nih memang amat best. Aku meronda sana sini dari pagi sampai la ke malam. Nak wat cemana..aku ni memang suka meronda dari tecik sampai la besar. Nasha dgn Nawfal pun mengikut sejibik perangai aku nih. Panasss jer ponggong kalau duduk rumah. salah satu destinasi aku ialah melawat anak sedara sitecik tomei tu... Baru 10 hari umur dia..tapi cam dah sebulan jer... lawa orangnya nih bila besar nanti.. Bila tengok baby...memang terasa sangat miraclenya ciptaan Allah ni. Boleh create satu makhluk yg perfect... subhanallah ....

Bizzi Bizzi Bee

Assalamualaikum wrt wbt... Adehhhhhh...sepatnya masa berlalu.. sehari rasa cam sejam jer sekarang nih... seharian aku full dgn meeting... Sian kat aku... Lum lagi campur keje2 routine .. Memang memenatkan, tapi, itulah punca rezeki aku kann...Aku latih diri supaya tak banyak komplen... banyakkan usaha Nur... ku pujuk-pujuk hati ni hari-hari. Komplen banyak2 pun, keje tetap kena buat, kan. Tengahari tadi boss aku belanja makan. Mana taknya, aku duduk dgn dia semak bajet untuk tahun depan dari pagi sampai kol 2 non stop. Besok nak kena defend supaya apa yg kitaorg minta tu diluluskan. Kol 2.30 lak meeting dengan kontraktor untuk electrical rising untuk bangunan baru. kena ngadap plan yang menyakitkan jiwa tu... Lusa nak bincang pasal final layout...perabot..bla, bla, bla....Menarik sungguh keje aku ni kan... tak der fix dgn satu2 benda... actually aku ni jenis tak suka buat benda yg sama jer..aku sukakan pembaharuan dan adventerous dalam keje...sebab tu la aku terjebak dgn benda2 nih.. H

Kembaluuuuuu

Image
Assalamu'alaikum wrt wbt.... Aku sudah kembaluuuuu... Minggu ni still bizi, tapi ada sikit ruang untuk aku update blog. Last week memang minggu penyeksaan. dgn demamnya, banyak kejenya..meeting nya ..tapi alhamdulillah, aku survive and masih disini :). Banyak yang berlaku minggu lepas, walau rasa tersiksa, tapi banyak yang manisnya. Pertama... projek galleri aku ... alhamdulillah ... usaha aku selama beberapa bulan ini. Dengan jayanya galeri tersebut telah dirasmikan oleh the biggest boss. Aku syukur sangat2 pada Allah semuanya berjalan lancar. Walau penat siottttt, berbaloi baloi hasilnya. Satu perubahan yg besar untuk office aku ... Korang nak tengok gambar galeri kitaorg yg somel tu .... Gambar ni kitaorg amik masa final touch... petang sebelum perasmian tu ..... sib bek la ada 2-3 org staff aku yg rajin menolong. Nampak cam simple jer kan...tapi nak siapkannya...adoiiii...penat sehhh... bila kena minta kerjasama orang lain, bukan satu perkara mudah. Ramai yang attitude cincai2