Posts

Showing posts from 2014

Me .. 10 months Nawra

Image
My baby dah 10 bulan .. Dah boleh panggil tatakk (kakak), mama , ei ei (abang) and sekali sekala papa .. Dah pandai tata .. sebut sambil lambai2 tangan Dah pandai angkat tangan kalau tanya siapa nama Nawra .. Dah pandai tepuk2 tangan sambil goyang2 badan.. Dah pandai panggil orang kalau dia penat berdiri .. Alhamdulillah, dah banyak pandainya dalam umur 10 bulan ni. Penat .. memang penat sebab anak2 aku semuanya lasak .. Sama je tiga2 dari kecil sampai la besar. Cuma kakak dan abang dah boleh diminta tolong... Alhamdulillah anak2 aku dua2 jenis suka duduk kat rumah, Senang aku nak minta tolong. Mekela yang banyak bantu jaga adik time aku nak solat n uruskan hal2 rumah. Alhamdulillah, aku masih steady melalui hari2 yang sukar menjaga 3 anak yang sedang membesar Suami masih kerja jauh ... Kami masih sms, whatsapps tetiap malam mcm remaja yg tengah bercinta.. Kadang2 tertidur dgn hp kat tepi bantal ... awwww .. feeling remaja gitteww So, kami tazzavar nak ke Langkawi ..

Me .. Terasa Dekatnya Mati

Hmmm... Semakin hari semakin dekat rasanya dengan kematian.. Setiap minggu mendapat perkhabaran mengenai kematian.. Sesungguhnya mati itu pasti, janji Allah itu benar. Tapi, bersediakah kita ?? Sebak sangat bila memikirkannya .. Ya Allah, banyaknya dosa selama ni .. Tertanya2 adakah amalan baik yg sedikit selama ni diterima? Ya Allah, ampunkan hambamu ini .. Sekiranya umurku masih panjang, kau penuhilah ia dengan keberkatan, dengan kebaikan Hidup aman, tenang, penuh kasih sayang Jauhilah dari sebarang fitnah, kebencian, dendam dan segala yang tidak baik.. “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya

Me .. Sambal Hitam Pahang

Image
Lama terbiar blog aku ni .. lately agak kebizian .. Otak duk ligat sokmo fikir dan rancang .. Ada je benda nak dibuat .. Ye la, orang duk menjana pendapatan, aku ni duk menghabiskan pendapatan sokmo .. Sekarang ni hti aku terbuka untuk biz sambal .. Atas nama Sambalicious ... my first product is ... Sambal Hitam Pahang Dah batch kedua .. alhamdulillah, habis dijual .. Nak buat batch ketiga, order dah masuk, tapi masih menunggu stok belimbing yang memang payah nk dapat musim2 gini. Hmm.. dah skill aku memang condong ke masakan, nampak gayanya memang kena fokus area ni. Menjahit .. no no no ... Mendeko .. no no no gakk Sambal ni patutnya aku dah biz dari dulu. Napa la lambat sgt baru nak buat.. Sedap siot sambal ni.. Ni aku dan orang2 lain yg kata.. muahahaha So, sapa2 nk order, boleh contact daku .. FB - Sambalicious Aku akan pelbagaikan produk2 sambalicious lepas ni, insyaAllah ...

Me .. Niat Baik .. Balasan Pun Baik

Image
Cuti 3 hari, dimanafaatkan bersama anak2 dan suami tersayang. Tak lupa juga aktiviti menjenguk ibuku untuk bertanya khabar. Hari Sabtu malam, anak2 dan encik suami ke Dataran Merdeka for Merdeka Celebration. Bonding time with kakak n abang. mama dengan sikenit duk rumah je sebab sikenit kalau nak tido mesti nak katil empuk dia tu jugak. Bukan main seronok lagi abang dengan kakak dapat merasa sambutan merdeka first time in life. Kebetulan ada pulak live concert dengan retis2 yg meke minat. Lagi la berganda seronok. Hari Ahad, keluar lagi ..makan2 .. beli2 barang rumah .. and balik rumah bergotong royong mengemas. As usual yang paling beria2 ialah mama dan papa. Kakak dengan abang angat2 taik ayam. Sampai hari ni tak siap kemas bilik. Hari Isnin, keluar lagi. Bonding time for the whole family. We all pegi KL Festival City je. Tempat favourite tu. Makan kat BBQ Korean Food ... Kakak dgn abang nak tengok wayang ..mama dengan papa nak bercinta .. kikiki.. Sambil2 makan tu sikenit nak tido

Me .. Home Made Jamu..

Image
Encik suami bawa balik madu lebah ori sebab isteri dia gedik2 tak sabar nak buat jamu home made. ekekeke ... Member opis yang makan jamu tu nampak makin kuruzz n muka glowing2 gittew. Tu yang tazzabar2 nak try. Kebetulan, kawan dia baru dapat sarang lebah tualang yg penuh madu (dapat 2 balang) .. so rezeki kami la dapat yg ori. Memula ingat nak beli madu biasa kat giant tu je, tapi kalau nak buat jamu ni sebenornya sangat elok guna yg ori. Nak tau sebesedikit pasal Madu lebah tuang ni .. jom baca ok. Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah Asli “Natural” bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan di olah menjadi madu lebah oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari sat

Me .. Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya ...

How I wish aku punya pekerti mulia seperti Luqman Al Hakim ... Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan memberikan lebih daripada 50 nasihat kepada anaknya. Di antaranya: . 1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.” 2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT .” 3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” 4.  “Wahai anakku

Me ... Missed My Family

My little princess dah menyulur since last week ... Cepatnya masa berlalu kan.. My girl bizi dengan choral speaking wakil sekolah. She is very2 active and suka dengan aktiviti My prince charming ... masih dalam dunia fantasinya But makin rajin membantu dari hari ke hari. Minta tolong apa saja, tak pernah menolak. My lovely hubby ... bizi dgn kerja dan urusan tanah.. Mudah2an Allah permudahkan semua urusan kami dan buka pintu rezeki yang luas kepada kami. Tak sabar nak balik rumah .. Nak sembang2 dgn my boy Mesti ada cerita gulai kawah yang sedap tu .. And my gurl pasal pertandingan hari ni .. And mengejar my bam bam gurl yg suka merayap sana sini .. Missed my hubby ... :-)

Me .. Berlapang Dadalah ...

Image
Ayuh .. berlapang dadalah. Aku masih disini .. masih diberi rezeki oleh Allah ..kisah hidupku sebagai single mother dulu dah aku jelaskan pada rakan2.. Even sebenarnya aku tak perlu jelaskan pun. Alhamdulillah .. tak jadi isu pun, tak ada yang menokok tambah ceritapun.. sebab kawan2 aku kebanyakannya tahu aku macamana. Bukan kaki opera .. bukan kaki mengumpat .. bukan suka hina2 org lain. Dulu ada yang cakap kalau orang tahu pasal ni, mesti aku akan berenti kerja .. As if dia tu Tuhan.. boleh tentukan rezeki dan nasib seseorang. Nyata salah 500%... Orang macam tu memang kategori jahat dan busuk hati. Kompang apa orang cakap pada dia, manipulate ayat2 orang tapi sorok benda buruk yang dia buat and cakap pada orang lain. Aku happy dan puas hati ... Selepas segala kutukan, cacian ... aku masih punya orang yang menyayangi aku disekeliling .. masih punya rezeki .. masih punya kawan2 yang bukan dekat dengan aku hanya masa senang atau nak menumpang. Terima kasih Allah kerana menjadikan a

Me .. Sepetang Bersama Suami, Bonda, Kakak dan Adik ..

Image
Weekend baru2 ni aku sefamily pulang ke kampung Dapat berita pakcik kene strok and masuk icu .. Walau demam, anak2 tak sihat, gagahkan diri demi keluarga. Kalau arwah abah masih ada, pasti dia yang paling sibuk menguruskan ayah cik. Walau macamana perangai dia sebelum ni, aku yakin arwah abah takkan abaikan dia Tiada dendam, tiada ungkit mengungkit, tiada cacian yang akan keluar dari mulut dia .. Betapa ikhlasnya kasih sayang seorang abang, seorang suami dan seorang ayah. Yess, itulah abah aku dan aku juga cuba tanamkan sikap murni tersebut dalam diri aku. Kat kampung, we all sempat celebrate birthday Adam ... Dah besar anak2 sedara aku termasuk anak aku sendiri Demam2 pun berselera makan kek secret recipe ... tapi lupa nak re load .. huhuhu Tak dilupakan pizza hut dan mee jawa... nyum nyum nyum .. Borak2 sambil makan sangat best ... Baru 3 keluarga bersama, tapi riuhnya ngalahkan sekapal .. Terbayang masa kecik2 dulu kami sangat rapat bersama .. Cepat je masa berla

Me .. It's Us ... Thank you Boss

Walau sekadar ucapan ... Bos aku yang susah sangat nak puji orang .. Semalam, masa kami borak dia cakap .. Sr. Nur, you are a super efficient staff ... bagi kerja cepat siap, tanya soalan sentiasa boleh jawab dgn betul ... Syukur I ada staff macam you... My respond ...Ooomaigadd .. thank you boss .. thank you for seeing me that positive. If I may add .. it's not ME .. but US ... all of us in the office make things always on the right track. Thank you boss!! -------

Me ... Merawat Baby Batuk dan Selsema

Image
My baby dah sebulan lebih kat nursery. Aku hantar awal dari tarikh aku start keje supaya dia ada masa untuk adapt dengan surrounding dan untuk dia bina immune system better. Kat nursery since 2 minggu lepas semua budak2 idung tengah meleleh hingus hijau ...batuk2 Aku memang la risau dgn Nawra. Baru 3 bulan kuttt ... Mampu ke dia jadi lebih kuat dari abangnya dulu yang selalu keluar masuk hospital. Last week, ada satu malam dia bersin 3 kali .. bunyi hingus dalam hidung .. Pagi esoknya bersin lagi and  kuar hingus yang bikin aku risau. Well, mommies out there ..  Aku nak share cemana penjagaan aku pada baby yang kena selsema and batuk ni. nak prevent memang la susah sebab kat nursery tu semuanya selsema. ok .. yang pertama .. kenalpasti samada bersin tu sebab hidung gatal ke atau memang selsema. Kalau setakat bersin biasa, no harm, malah sangat bagus. same goes to batuk. kadang2 kita orang dewasa ni pun sekali sekala ada batuk2 biasa... Nasihat doktor, antara selsema dan batuk,

Me ... From Fraser With Love ... Mwahhhh ...

Image
Posting yang agak outdated .. dek kebizian dgn family Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk cuti2 Malaysia lagi. Tak jauh mana pun.. Fraser Hill je. First time jejakkan kaki kat sini. Suka sangattttt, sebab tempat cantik, tak crowded dan sejukkk. Bertolak dari KL pukul 11, ikut hiway plus.. keluar kut rawang then terus ke Kuala Kubu Bharu.. Lalu kat empangan Kuala Kubu Bharu. Sadisnya tengok level air yg sangat kronik. Masa tu dah start catuan air kat Selangor.. Actually tak de la jauh sgt nak ke Fraser, tapi disebabkan ikut jalan biasa yg banyak traffic light dan lori2, so jadi slow.. Bila sampai kat atas, benda pertama yg nampak ialah encik jam roundabout. Hotel kami pun dekat roundabout ni je. yippiiiiieeee..... Sampai2 je, semua kepenatan kecuali anak2 aku termasuk sikenit tu... Meke ajak aku jalan2 kat luar sambil menikmati cuaca yg amboi2 enak, amboi2 enak ... Layankan ajer permintaan dorang. Papa kepenatan sebab marathon drive Tmn Negara - Kuantan-Taman Negara-KL

Me .. Panggilan Umrah ...

Image
Semalam adik lelakiku bersama isteri dan ibu mertuanya bertolak menunaikan umrah ... Seronoknya dalam hatiku dan agak sedih kerana tak dapat pergi sama. Dulu kami pernah bincang untuk buat umrah sama2 .. tapi since aku ada sikenit tu, kena la postpone buat seketika. Cuma dalam hati memang melonjak2 nak pegi. ku gugel pasal couple yg bawa baby kecil pegi umrah. Rupanya ramai je yang bawa and mereka semua bagi komen yang positive .. tak susah pun kata mereka. Siap ada yang share checklist untuk baby kat sana. Kata mereka, fikir positive dari awal, insyaallah, yg datang juga positive. Ni yg buat perasaan bergelora sangat. Memang aku tak sabar nak kesana. Kalau aku pegi, hajat dihati nak bawa semua. Ya Allah, kau telah buka hati kami untuk menjejakkan kaki kami disana. Aku doa semoga kau beri rezeki yang berganda dan kelapangan kepada kami untuk menunaikan umrah sekeluarga. Aku tak rasa excited nak berjalan ketempat lain selagi hajat utama aku masih belum tertunai. Bila ku gugel, baby

Terima Kasih Suami dan Anak-Anakku ...

When a child is born, a new mother will also born .... Yup, so true indeed. Anak pertama, fasa belajar, anak kedua, fasa memahami, anak ketiga dan seterusnya fasa menjadi yang jauh lebih baik. Setiap kelahiran anak2 akan melahirkan a new version of motherhood. A better version ... My kids are my strength. Mereka juga guru dan cinta hati yang tak pernah pudar dalam hati aku. Indeed aku memang banyak belajar dari anak2 aku. Belajar dari kesilapan2 lalu dalam mendidik dan memberikan kasih sayang kepada mereka. Menatap wajah mereka, membuat aku merasa sangat bertuah kerana punya mereka, pinjaman Allah yang sangat bernilai. Umur macam ni .. aku dah tak perlu berperang dengan perasaan sendiri untuk masa dan keadaan yang aku idamkan, sebab semua yang aku mahu dalam dunia aku yang sederhana ni kebanyakannya dah tercapai. Aku tak impipun nak jadi jutawan, cukuplah sekadar makan minum terjaga, bole bercuti2 dgn family, ada simpanan sedikit untuk diri sendiri dan anak2, pendidikan dan hal2 kea

Baby Nawra First Day at School

Image
Pejam celik.. dah lebih 2 bulan aku bersalinkan Nawra. Alhamdulillah, so far, so good even kene berjaga malam especially time menyusu. Normal routine for a mom. Badan sakit2 sket kalau kene dukung baby lama.. Tapi syukur sangat sebab body clock baby dah bertukar normal. Alhamdulillah.. Sesungguhnya memang benar, nak minta sesuatu, minta lah dari Allah, especially masa2 sukar. Kalau kita redha dan ikhlas dgn sesuatu ujian, Allah pasti makbulkan. Hari ni first day Nawra pegi school. Berdebar2 sangat, berat hati sangat, sedih sangat nak lepaskan tuan puteri ke tangan orang lain. But, its good for her. Bole berkawan dan lebih berdikari. Taska yang aku hantar tu pun bukan yg asing. Sorang teachernya aku dah kenal since Nasha darjah 1, so kene yakin pada Allah. Dia akan jaga anak aku sebaiknya. Teringat zaman2 kakak n abang baby dulu. Pepagi bawa beg, susu bagai. And history repeats. Aku kene manage time betul2. First day agak kekok. Alhamdulillah aku masih cuti, so bole melenggang ske

Kalau Aku Mati...

Tajuk agak menyedihkan buat aku.. Ni la ayat yang mak aku selalu cakap sepanjang dia kat sini. Nampak sangat dah tua dan tak larat mak aku tu. Tapi dia masih cuba bantu aku dgn hal2 rumah dan anak2 sepanjang dia kat sini. Alhamdulillah. Yang merisaukan aku, kekadang waktu kami borak2, dia akan membuat pesanan and amanah. Kalau aku mati.. kau amik.. kau buat.. kau simpan.. kau pastikan.. details aku x leh nak taip kat sini.. Kadang2 aku rasa amanah ni agak berat, agak sensitif, tapi bila tiba masanya aku kene gak laksanakan. cuma aku mohon pada Allah semoga mama aku dipanjangkan umur dgn kesihatan yang baik. ameenn sepanjang aku berpantang, dia mmg sgt particular menjaga. aku yg banyak beno ngelat, especially hal2 makan. hmmm, cemana la body nak lawa kalo degil tamo jaga makan kann.. huhuhu. bila dia tak de ni, sunyi rumah rasanya. kalau tak, ada je syarahan pada anak2 aku yg kekadang buat aku gelak sorang2. hmm, dah dia gotu, terimalah seadanya. aku sendiri pun bnyk kele

Kebahagiaan dari Suatu Pemberian

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~ Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas. Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang. Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: "Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he” Guru yang alim dan bijak itu menjawab: "Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaa

Sharing Is Caring

Assalamualaikum ollzs.. Hari ni dah 33 hari berpantang.. haha, selalu pantang nampak sebenarnya. Aku nak share sumthing yang mmg nak dishare dari sebelum bersalin dulu. Tak semua couple yg da kawen nak anak. Yup, memang reality. A friend of mine ada beberapa org gitu. Sampai ke tua tak de anak sebab mmg tak nak. Pelikkan manusia ni. Yang x de anak, nak sgt anak. Yg maybe bole ada anak, tak nak pulak. Yg hubungan luar nikah, senang je beranak n campak anak sana sini. Tak termasuk mendera n bunuh anak. Yg dah nikah lama, tak dapat anak.. Bila tengok baby org, rasa mcm best je, mcm comey je kalau ada baby kan. Yup, itu yg aku rasa. Seriously, nak ada sorang anak perlu kesabaran, kekuatan, kesihatan dan kewangan yg seadanya. Aku ibu pada 3 anak. Pernah besarkan 2 org anak kecik sendiri beberapa tahun.. Dah kawen duduk jauh dgn suami. Membesarkan 3 org anak dgn rezeki dan kekuatan yang Allah beri. so apa yg aku taip kat sini bukan sekadar meroyanz semata2.. Nak mengandung?? Nak an

Anak Itu Datang Bersama Rezeki

Image
Assalamualaikum ollz.. Waktu relax2, selepas zohor setelah berjaga malam. Baby masih terbalik body clocknya. Bilik 24 jam terang, so x leh nak train baby utk bezakan siang dan malam. After sebulan maybe dah boleh off lampu waktu malam. Penatnyaa berjaga malam waktu org lain lena diulik mimpi indah. Tapi itulah salah satu pengorbanan seorang ibu kann :-) Baby Nawra, secantik namanya, secomel mimik mukanya, sebaik perangainya. Hanya bising kalau nak nenen n diaper basah. Lain2 tak de ragam so far. Tapi suara, mak aiii. x yah pakai microphone. Dia punya jerit sekali pun dah bikin satu rumah tetanjat. Memang high note giler. Macam kene cubit kalau nak susu. Semenjak lahir, bole dikatakan every week ada org datang ziarah. Alhamdulillah. Baby itu rezeki, membawa rezeki. Tetamu yg datang pun bawa rezeki dan keberkatan. Hadiah2, duit.. alhamdulillah. Rezeki baby Nawra sangat baik. Susu badan pun setakat ni masih banyak. Sekali pam dapat la 300ml, hampir2 12 oz. Alhamdulillah. Aku buat st

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah selamat melahirkan baby girl yang sihat dan sempurna dimata kami.. Hadiah tahun 2014 yang sangat2 bermakna buat kami. Maknanya kami dah ada 3 cinta hati amanah dari Allah. Sambungan cerita posting lepas.. bila pegi check up n doktor sakap dah buka 2 cm, aku sdapat seminggu mc. doktor suh duk diam2 kat rumah je. Maunya aku nak duk diam. Nehi, nehi.. Ada je aktiviti memenuhkan masa week 37 tu. Yg bestnya, lepas dr check, contraction hilang and langsung x de rasa sakit taw. Cuma sakit celah peha tu la yg melampaunya. So, the next week aku dapat mc lagi. Berdebor2 bila la si kenit ni nak kuar. Life mcm biasa, cuma sikit slow dek perut yg membesar dgn jayanya. Masuk minggu 38, aku gi checkup lagi. Owh, lupa lak, perancangan awal nak bersalin kat Tunku Azizah medical Centre, tapi hospital kene renovate lak. So, tumpang di Gombak Medical Centre dengan Dr. yg sama. Memula agak terkejut n frust sbb x dpt nak bersalin kat hospital baru, but then redho