Posts

Showing posts from 2012

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark

Image
Assalamualaikum ... Hai semuaa ... kisahnya Taman Negara baru lepas banjir .. abes seme tenggelam seperti biasa setahun sekali. air naik setinggi rumah 3 tingkat gteww ... ya sangat tinggi dan arus super laju. Alhamdulillah hari ni dah beransur surut dan sururt. Mudah2an keadaan kembali normal. Masa2 agak bizi ni, tak banyak yang sempat untuk diceritakan, walau banyak kejadiannya. Alhamdulillah kejadian yang molek2 belaka. Minggu ke dua dengan kedai printing .. really a great start. Tak sangka lak permintaan melebihi stok. Hmm, ye la kita ni kadang2 rasa tak berapa confident ...nanti ada stok banyak2 tak laku cemana?? macam2 la kat dalam kepala tu. Tapi realitinya, alhamdulillah. Memang keputusan kami ni tak der silapnya. Sedih sangat terpaksa tolak order dek stok yang dah abeshh. So minggu ni kita shopping untuk restok ok. Ok, aku pon sekarang dah menjinakkan hati dalam bidang craft. Bermula yang paling simple dulu. Ye la orang Malaysia ni perangai membeli mesti nak yang MURAH k

Tahap Seterusnya ....

Image
Assalamualaikum .. Alhamdulillah ... masih dipanjangkan umur untuk menulis. Banyak kejadian yang tak sempat nak direkodkan disini sebab sekarang Mizz N sedang bizi dengan bisness baru iaitu HEAT PRESS SOUVENIR iaitu decorative mugs, tiles, mousepad, flask, t-shirt, jigsawpuzzle, photoshoot, etc ... Impian untuk ada kedai sendiri tercapai gak akhirnya... syukur pada Allah yang telah memberi ilham dan membuka peluang untuk kami... Tulah kalau dah rezeki, apa cara pun dia akan datang juga dan aku mengambil pelung ni sebaiknya... Hari Sabtu lepas aku ke Taman Negara untuk bantu cuci dan setting kedai. Penyewa lama... errr nak panggil penyewa ke kalau duh berbulan2 tak bayar sewa then lari ... sangat tak bertanggungjawab kan ... tinggal kedai bersepah2 dgn barang2 yang tak dihangkut... ikut hati aku, nak jer jual bundle barang2 tu sebab mnyusahkan kitaorang nak mengemas... tu la dugaan ke pertama ... Then lepas sapu2, susun2, aku terima call mengatakan ma masuk spital hi bp .. dugaan k

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Assalamualaikum semua ... Pagi ni Mizz N rasa malass sangat pegi office. Nak cuti!! Nak cuti!! Actually minggu ni yang malas sangat. Weekend lepas berjimba abes, and minggu ni dgn macam2 hal kat opis. Bos berkonflik sesama bos .. haiyyaa ... staff2 yg pening ... Bila ego tinggi, memang payah la nak cakap molek2 sesama mereka. Lantok lahh .. Yang penting bukan aku yang berkonflik .. i love peace, love and harmony ... awwwww.... So minggu ni we've plan for sumthing .. weekend yang best definitely. Mudah2an Allah permudahkan dan terus memberi rezeki pada kami. Ok .. tajuk posting kali ni adalah salah satu peribahasa Melayu. Indah kan maksudnya.. Kehilangan yang berganti ... Cuma, apakah yang berganti tu sama atau jauh lebih baik. Kalau lebih baik, alhamdulillah, syukur ... tapi kalau sama atau lebih teruk .. haishhh. sendiri mau ingatlah kan .. Mizz N dah beberapa kali mengalami kehilangan dalam idop .. kehilangan yang besar and tak semua orang boleh menghadapi saat2 yang sukar

Best yang Sangat Best

Image
Assalamualaikum semuaaa Weekend baru ni memang antara weekend yang best !!!! Errrr ... buka tiap2 weekend memang best ker ??? Hmmm ... yezzaaa memang betoii !!! Cuma weekend baru ni padat, sendat dan melimpah ruah dengan aktiviti2 keluarga. Dari Khamis malam .. dinner bersama suami, anak2, bonda dan adik2 Mizz N masak special taww ... menu orang kaya lagi walaupon makanannya tak la sekaya mana saja nak propa ... Sabtu ke Genting satu family dari pagi ke malam Kitaorang gi main salji kat Snow World Suhu -6 ok ... Tak dibenarkan amik gambor. Kalau nak bergambor, satu gambor RM40 mahal rabakk!!! Then gi bawak budak2 kat indoor theme park Kene jadi bijak time2 gini.. Cuaca sekarang hari2 ujan.. so kalau main yg outdoor punya takat abeskan duit beli tiket aje la. Makan pon voley tahannn Nasi sepinggan dgn lauk dalam RM25 seorang ...fuhhhh Nasib bek opah tak ikot, kalo idak.. mesti opah marah sebab membazir.. ekekeke Ahad gi nonton movie and jalan2 cari makan ... B

Akhirnyeee .....

Akhirnya sessi mengaudit pon selesai ... Masing2 ucapkan tahniah pada aku Sebab utk tahun kedua aku di opis ni Tak berlaku non comformance dari proses kerja Alhamdulillah, syukur sangat2 Aku masih percaya, bila kita mudahkan urusan orang dengan ikhlas, Allah pasti akan mudahkan urusan kita. Tak perlu nak canang satu dunia apa kita ada dan apa yang kita buat, Benda yang baik akan terbukti dengan sendirinya Terima kasih Allah !!!! Rasa penat sangat otak dan badan Berhari2 stress memikirkan audit Bila ketua auditor di audit, maka level of stressnya sangat2 tinggi Tapi cemanapon, alhamdulillah aku masih bole ketawa, senyum kat opis tak der gaduh dgn sapa2 tak perlu nak mengutuk atau marah sesiapa cuma kadang2 ngadu manja dgn encik suami bila dah terlalu penat and kadang2 kerjasama tu tak seperti yang aku harapkan manusia ni macam2 kerenah kat mana2 pon keadaannya sama hari ni masih sambung diet makan oat sahaja .. 3 sudu pagi dan 3 sudu tengahari tak kurus ponn .

Gosok Jgn Tak Gosok!!!

Pepagi lagi dah parrrking kar carwash. Untong la kat sini ada 24 hours carwash. Kete aku dah macam lori pasir berdebu luarannya dan sangat sakit mataku memandang so. walaupon akan sampai sikit lambat aku tetap nak transform kete ni jadi berkilat n bersinar bak lantai dirumahku Tahap kerajinan aku maintain sekarang. Alhamdulillah Seronok tengok keadaan yg kemas dan bersih Tapi mmg perlu effort dan kerajinan yg lebih Sementara dalam usaha menurunkan berat badan Bagus sangat mengeluarkan peluh dgn cara gini Rumah bersih, badan cergas! ok, berbalik pada citer car wash ni rupanya dah berderet kete menunggu utk mandi kete aku yg kelima. phewww pekerja 2 orang je maknanya kene tunggu lama banyak hmmm tak per, janji berkilat n bersinar mesti pagi ni meke kat opis tanya sebab aku jarang sangat sampai lepas kol 8

Kejujuran: Nilainya

Bercakap soal kejujuran Kita semua ingin orang jujur dengan kita, namun persoalan utamanya, adakah kita jujur dengan diri kita? Jujur dengan orang di sekeliling kita? Jujur dalam setiap perkara yang dilakukan? kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada tapi kita tidak melakukannya. What you give you get back. Kejujuran boleh mengubah hidup. Kejujuran boleh mengolah keadaan. Hidup ni adalah sekolah bagi kita semua. Tak semestinya bila Mizz N menulis pasal kejujuran maknanya Mizz N pompuan paling jujur di alam maya ni. Oh tidakkkk. Mizz N tidak lah begitu berhemah Tapi juga bukan pengkhianat hati dan perasaan orang lain Nak sangat jadi manusia yang jujur tanpa henti. walau kata orang kejujuran tu ada kalanya menyakitkan ya, mungkin menyakitkan sebab cara penyampaian dan perkataan yang digunakan tak sesuai atau kita tidak bersikap jujur dari awal Pernah baca cemana nak latih diri supaya bersifat jujur Mesti mulakan dengan diri sendiri. Jujur pada diri, pad

Genting Highland Aku Datang

Image
Perghhh.. Dah 15 tahun aku tak jejak tempat ni Last pegi masa zaman student dulu Banyak sangat perubahan and definitely perubahan yang positif kepada pengunjung dolu2 tak der jalan terus ke theme park. tapi sekarang. parrking kete kat sebelah taman tema luar je. Mizz N dan suami just redah jer. tak der menda nak buat, so kitaorang pon dtg sini alhamdulillah perjalanan ok, cuaca ok masa sampai. jalan2, explore. memang sangat syiokk!!!! Tak banyak gambor yg bole diupload sebab banyak gmbo kitaorg je haishhh sangat2 tak sabar nak datang balik dgn anak2. hari ni meke balik kampung ada kenduri kat rumah opah sebelah sana bajet untuk satu family dah kira dahhhh mudah2an Allah beri kami rezeki tak sabarrrrrr nak dtg semula.

Ahlan Wasahlan 1434 Hijriah

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut tahun baru 1434 Hijriah. Yang istimewanya tahun ni, aku dan anak2 bersama2 membaca doa akhir tahun iaitu selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib. Since perlu dibaca 3 kali, kitaorang gilir2 baca. Rasa tenang dan bahagia dapat bersama2 dgn insan tersayang pada waktu2 yang barakah gini. Kandaku akan sampai esok. Yeaa yeaaa!!! Rindu gilerzz wehh So disini nak wish rakan2 semua Salam Maal Hijrah. Semoga kita teeus berhijrah kearah kebaikan. Semua manusia buat silap. Takder sorang yg sempurna, yang penting kita punya kekuatan untuk memperbaiki diri. Masing2 ada kisah silam, keburukan dan kekurangan. Belajar menerima kelemahan diri, appretiate kekuatan kita dgn sikap syukur. Then baru kita boleh punya hubungan baik sesama manusia. Tutup buku lama, buka buku baru. Rugi lah mereka yang merelakan diri trperangkap dalam kisah2 silam yang menyakitkan hati dan jiwa. Hidup mesti kehadapan!!! Aku doakan kita semua diberi kesihatan yang b

Day 4 - Hari Pepeluhan dan Pemelewapan

Assalamualaikum... Hari ketiga dah berlalu, demam, pening, lapar melampau semuanya menyerang Hari keempat alhamdulillah, demam kurang since subuh tadi aku berpeluh dgn jayanya mcm jogging 5km rasanya still menten tak amik nasi, tak amik minuman manis tak makan roti n biskut perghhh menggigil2 gak nak melepaskan seminggu ni nak mendisiplinkan diri untuk makan sebetulnya kali ni nekad sungguh2. nak turunkan at least 8 kg masih gigih di hari ke empat walau perjalanan masih jauh masa ni la ngidam nak melantak beriani kamben, sate, masak lemak ketam dan KOPI oiiiii dugaan dasattt. kalo tak kuat semangat mmg akan kelaut cuma hari ni selera makan amat kurang makan sayuran dgn rendang ayam tgahari dan selebihnya minum susu soya tu je. Tengok cemana hari ke lima esok. Mudah2an misi tetap lanchorr ameeen

Day 3.... Adehhhh Kedemaman Kemanjaan

Image
Assalamualaikum.. Bila semua baju dah muat2 and ada yg masih tak muat2 Lampu otomen didaderku pon vervunyi. Danger¡ Danger¡¡¡ Kene vuat sesuatu supaya keadaan menjadi norrrmal Aku bukannya nak kurus melampau, cuma berat aku awal tahun lepas dgn skrg dah beza berkg kg OMG!!!!! Untongg la orang yg semulajadi kurus n makan banyak mana pon menten kurus. Mcm Mizz N ni tak payah tunggu makan lebih. Makan mcm viasa pon berat bole naik dgn jayanya Mmg nak kene jaga mcm retis gteww Tapi umur dah meningkat ni tak larat la nak diet2 gtew Dgn kerja mcm buruh kasar, anak2 yg membesar suami yg jaoh.. musti haruss bertenaga sokmo Tak per, redha jer la Usaha tetap diteruskan. So vermulalah episod dalam hidupku Hari ni hari ketiga minum susu untuk menggantikan nasi,nescafe, rotiboy, biskut2 Yang masih banyak stok kat rumah muahahaha.. permulaan ok masuk hari kedua, badan aku rasa panas, sakit2 urat gtew and mlm td demam tarussss perghhhh sesi penyesuaian ni mmg menguji sungg

11-11-12

Image
Happy Birthday ma!!!! Pepagi tadi dah wish Rupanya ma dah kat TI Bole la Mizz N dan suami balik kampong nanti yeaa yeaa rindu nak ziarah kubur abah nak minta maaf kat abah sebab tak mampu nak buat apa yang dia pesan dalam mimpi Aku sorang memang tak mampu maafkan Nur abah biarlah mereka dgn hidup mereka Tak nak get involve dgn org2 mcm tu. no more. sampai satu masa bila mereka belajar apa yg sepatutnya --+-----------+--------+------------- Petang ni mood mengolam dgn 2ns dalam2 ujan lebat menggedik terjun kolam asalkan semuanya happy oiiii rindunya kat suami Mizz N kalau kitaorang dekat asyik bincang pasal idop, anak2 plan untuk seterusnya.. mula2 je la, pastu ke laut sudahnya. muahahaha encik suami pon dah start baca blog ni dari minggu lepas sebab aku gtaw dia, apa2 update mengenai aku dan anak2 akan masuk kesini semuanya berekod sebab memori aku sangat limited maksunya limited edition. hikhikhik ngantukkkk tapi anak2 mcm tak reti2 nak naek ke darat. gu

10-11-12

Image
Aduyaiii cantetnya tarikh. Kalo enibesari ke besday ke, curlasss gtewww. ingatkan nak duk rumah je hari ni, tapi anak2 ajak kuar lak. alhamdulillah, my boboiboy dah aktif n sihat seperti sediakala. dan start nakal kembali. ngusik kakaknya sokmo. ingat nak beli barang2 basah gak, stok cuti skolah. meke skrg makan memang kussss smangat. ngalahkan Mizz N. sekarang ni we all meronggeng kat kl festival city. pekena yong tow foo pak john. sangat sedappp. puas hati dapat menggembirakan org2 tersayang. berbaloi2 tawww. mudah2an sentiasa ada rezeki untuk kami sekeluarga. lepas makan2 kat kl festival, kitaorg gi carrefour nak beli nrg2 dapir lamb, sayur2, ikan, kepah.. bekalan seminggu balik rumah nasha terus suh masak lamb, tambah ikan goreng sambal untuk nawfal BAPAKK SEDAPPP kata meke. alhamdulillah, semua tersadai kekenyangan malam ni kitaorg tgk drama hantu marathon memula tu drama sedih lakonan fauziah nawi Mizz N mmg tak suka kalau dia yg blakon mcm nyampah gtew

Kennot Sleep

Image
Tonite mizz n kennot sleep. My boboiboy demam. badan panas so kene sentiasa alert and monitor. Anak2 Mizz N bulan jenis suka merengek or nanges. kalau demam meke akan diam je tido. Tu lebih merisaukan and selalu kene monitor. sekarang kol 2.09 pagi. baru lepas lap kepala dan suap ubat. alhamdulillah juga anak2 mizz N tak susah nak makan ubat. Allah tu Maha adil. Dia bagi kurang disana, tapi lebih disini. Dengan suami jauh, Allah permudahkan sesetengah perkara. syukur sangat. ni la antara pengorbanan seorang mama besar ganjarannya asal jgn merungut, mengungkit n marah2 kalau tak, semua jadi sia2 insyaAllah Mizz N menten gini anggap semuanya cabaran hidup Semoga my boboiboy cepat sembuh. ameen. Sambil2 tu mengemas rumah. buka hamper2 yg dapat masa lucky draw Perghhhh berbungkus2 biskut n jajan tersusun kat atas meja ni hanya separuh sebab separuh lagi dah dibedal semalam. huhuhu ni la namanya rezeki. mana leh tolak benda free gini. Bukannya mencuri pon kan, cuma se

Meeting @ UKM

Meeting lagi dan lagi.Kali ni kat ukm lak. Drebar ni sesat barat, tapi aku senyap jer tempat ni sangat2 familiar sebab satu masa dulu pernah berulang alik kat sini. bos pompuan ni mmg bunguk. arrange meeting pon tak betul sokmo. tu la, org yg bnyk komplen n suka mengata org ni mmg takkan ada perubahan dlm hidop dia. sebab semua masa hidop meke dihabiskan dgn komplen, kutuk dan sebok hal org. bila org lebih dengki n sakit hati pulak. ish ish ishhh sangat tak bagos kannn. lama lak meke ni menceceh. however, mmg dpt manyak info aku kene balik cepat nak kejar meeting satu lagi. terkengkang2 nak mengejar hal2 opis. tapi aku puas hati selepas 3 hari bersuti n berjimba dgn incik suami n anak2. muahaha... mmg sgt2 best bila x payah nak fikir hal2 opis next destination mungkin PD dlm masa terdekat. mudah2an ada rezeki. ameenn. selesai suda meeting ke dua. jam dah kol 6 ptg. penat sangat katil.. i'm coming. x sabar nak meletakkan badan n bontot zzzzzzz bestnyaaaa.paling b

Sepi Itu Indah

Assalamualaikum, Duduk sendirian sambil pekena kopi panazzz .. Anak2 sedang lena .. penat bermain siang tadi Suami baru pulang ke sana selepas 3 hari bersuti together2 Rasa sangat2 sunyi ... Masa bersama sentiasa dipenuhi dgn gelak ketawa usik mengusik satu keluarga Tapi sunyi yang indah dan best Bila mengenangkan saat2 happy bersama Alhamdulillah, so far, kami sentiasa happy dgn anak2 Tak pernah bergaduh or bersedih depan anak2 Jalan hidup kami tak semudah mana, Tapi kami hadapi segalanya dengan cara terbaik Terimakasih suami ku sebab sentiasa cool and steady Dalam membina keserasian dan mencari persamaan Dan sentiasa berpesan2 untuk memperbaiki diri Sepi ini mengingatkan aku pada segala kebaikan Rasa sepi juga mengajar aku erti kesabaran Seronok bila satu keluarga yang lengkap hidup dalam keceriaan sentiasa look forward untuk .. what's next ?? what's next ?? Aku bersyukur bila anak2 kami cakap .. Mama ... kitaorang sangat2 happy sekarang Biar tak kaya

Ini betul2 ... bukan cobaan

Kebahagiaan aku dengan mereka bukan dibuat2.... terlalu banyak dugaan.... tapi atas dasar kasih sayang ini, kitaorang tetap melangkah dan membina kehidupan bersama Ya Allah..permudahkan lah jalan kehidupan kami Penuhilah kehidupan kami sekeluarga dengan kasih sayang, keceriaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berganda Bawalah kami ke arah kebaikan dan keimanan Jauhilah kami dari khianat dan penganiayaan manusia Cekalkan hati kami untuk menghadapai ujian2 kehidupan Tambahkanlah senyuman pada wajah kami dan biarkan senyuman itu merubah dunia kami Aku bahagia mendengar suaranya setiap hari... Sangat bahagia melihat wajah2 kegembiraan anak2ku.. walau kadangkala jarak memisahkan kami tapi hati kami terasa tersangatlah dekat.... Mereka insan yang terlalu istimewa untuk aku... terasa diri ini begitu disayangi dan dihargai... Cinta yang ikhlas akan sentiasa mengundang keikhlasan ... Tak der plastik plastik .... Love papa, nasha & nawfal dunia akhirat :-)

Azimat Cinta ...

Image
Cahaya cinta menyinar Berkilauanlah selautan kasih Bercahaya Bagaikan butiran permata Seolah-olah terapung Dipermukaannya Daku menjejaki pantai rindu Mengutip kasih yang terdampai Kau merantaikannya satu demi satu Dengan kasih sayang mu Kini menjadi kalungan azimat cinta Walau tidak dibasahi hujan Namun tempiasnya menyegarkan Biarpun rembulan tidak di ribaan Namun cahayanya cukup menerangi bayangan Harumlah cinta duniawi Sewangi kasturi syurgawi Semoga bahagia jadi milik kita Nan abadi selama-lamanya Daku menjejaki pantai rindu Menyaksikan rintihan berlalu Ombak resah yang menghempas diri Hanyutkanlah kedukaan Bawalah jauh daripada bayangan Andai sinar mentari Terlindung di balik redupan awanan Yang berlabuh Singkaplah tirai kasihmu Agar bisa ia menyinarkan cahayanya Untuk kita berdua

Aidil Adha di Kampung Gusai

Image
Alhamdulillah, tahun ni raya aidiladha mencipta kelainan dari sebelum ni. Yess, hidup kami sentiasa ada kelainan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Semua yang baik ni dari Allah, alamdulillah. So tahun ni kitaorang raya di kampung kelahiran suami Mizz N. Terletak jauh di pendalaman. so kitaorang semua excited sangat nak merasa pengalaman beraya dan tinggal di kampung yang masih terpelihara dari pencemaran dan kekotoran. Tak semua yang suka dan boleh menyesuaikan diri dgn life dikampung kan, tapi untuk Mizz N dan anak2, kitaorang anggap tu perkara yang sangat2 adventure. Bertolak ke Taman Negara Khamis petang ... jem jem sampai lepas isya .. Solat aidiladha kat Masjid Kuala Tahan. Dah lama aku tinggalkan dulu dek anak kecil dan masa tu kene piyed. Bertolak ke Kampung Gusai lepas solat Jumaat ... Perjalanan hampir 5 jam kerana mudik melawan arus. phewwww... lepas isya' baru kita orang sampai.alhamdulillah, semua ok walaupun rasa letih sangat. malam tk le

Happy Belated Birthday Nasha !!!

Image
Assalamualaikum, Terlalu busy dgn kerja, suami, anak2 .. sedar tak sedar dah seploh hari tak apdet blog. Banyak perkara2 sweet yang dilalui tak sempat nak diceritakan .. tak per, tak per .. memori2 yang baik dan indah tu tetap dalam kenangan. Ada masa nanti akan ditulis satu persatu :-) My gurl dah membesar dan meninggi. dah lebih paras telinga Mizz N. Badan lansing ala2 model gteww . Pakai apa pon nampak sangat chantek. Dgn rambut panjang ikalnya, kulit lebih kepada cerah, muka masih baby face .. Se busy mana pon aku dan suami, kitaorg sempat celebrate birthday gurl walau sekadar kek dan coklat2 yang dimakan togeder2. Happy birthday my dear. Mama dan Papa sayang Nasha dan Nawfal dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang penuh dgn sifat2 mulia dan baik, berjaya dunia akhirat. Mudah2an kasih sayang kita sampai ke syurga... ameennnn.

Cabaran Membina Kehidupan

Selepas bernikah, kami seperti pasangan suami isteri yg lain... punya cabaran untuk membina kehidupan. keadaan kami yang berjauhan menjadikan kos idop semakin meningkat. kalau diberi pilihan, siapa yang nak duk berjauhan dgn suami kan. hari2 doa supaya suatu hari Allah beri kami rezeki untuk tinggal sebumbung tiap hari sehingga menutup mata. ada yang kata aku sayangkan keje. memang aku sgt sayangkan kerja aku, tapi itu bukan sebab utama. sebab utama ialah anak2 dan diri aku sendiri. suami aku pun tak bagi aku behenti keje. sebab kita takkan tahu ujian apa pula yg Allah nak beri nanti. kami ada anak2 untuk dijaga dan keadaan sekarang memerlukan kewangan yg mantap. so far kitaorg tetap bahagia bersama anak2. hari2 call, sms, whatsapp mcm org tengah kapel2 gtew. aku ada masa untuk diri sendiri dan begitu juga dia. dalam masa yg sama kitaorg terus merancang masa depan keluarga. ada benda penting yg kitaorg nak buat dalam masa terdekat ni tapi... biarlah rahsia dulu ok tama

Makan-Makan Weekend

Image
Tadaaaaaaaa... ini adalah menu brunch family mizz N hari ni. ika teriyaki, sushimo mori n tah apa lagi nama makanan ni. janji sodappppp. lepas isi perut dgn gumbiranya, we all gi nonton movie sinistry. best dan seram siot. cuma ada beberapa persoalan yg berlegar diminda especially ending. nak kene pikir sendiri la pulak. hmmm ingat nak beli kasut, tapi ekonomoney tak mengijinkan. tengok dari jauh jer la. minggu depan nak tangkap sepasang alain delon punyer, insyaallah kalau ada rezeki.

meeting utk idop!!!

Meeting lagi.. yang ketiga untuk hari ni. samada aku ni bagus sgt atau boss pompuan meroyan tu bodo sgt. oh plez la, takat pandai meroyan kat belakang tapi bila bercakap pasal kerja, benda2 penting terus jadi mcm kene kancing gigi. so, bole tak aku wat kesimpulan bahawa org yg suka meroyanz n menyalahkan orang lain adalah LOSER dan banyak kekurangan dalam idop dia. Tak der dia pon kitaorg steady jer kat opis. Nak tahu samada kita ni liability atau asset, senang jer. Kalau kita tak der, org lain terkengkang2 tak leh nak buat apa, maknanya kita sgt2 diperlukan. Tapi, kalau kita tak der org wat kenduri pulut kunen, maknanya cepat2 la blah dari situ. Melainkan korang muka tak malu mcm boss pompuan meroyanz ni la. dengan aku dia tak berani cari pasal depan2, sebab aku bercakap ada fakta, bukan auta atau meroyanz hokeh. itu kekuatan aku. dgn relaxnya aku bole buat orang sakit hati sendiri atas perbuatan meke. pesanan aku pada kawan2, nak bercakap, biar berisi, menampak

Sintamu Musik Dihatiku

Assalamualaikum semuaaaaa.. waaaa lama tak apdet blog. buat2 bizi lettewww. ekceli aku mmg bizi. baru tukar unit. belajar benda baru lagi dan lagi. alhamdulillah aku banyak fikir positif nak belajar benda baru bukan senang wooo. lagi2 dalam masa sama nak mengajar org baru. lagi2 masa ni la nak kene audit dan di audit. perghhhh hidupku sangat menarik kan kan kan. tapi one thing for sure... bila penat2 gini, kol 5.30 aku dah chow chin chow. maleh nak stay back. my another priority is waiting iaitu anak2ku dan masa berkualiti dgn suamiku skrg dah tak bawa balik laptop. no more office work at home. itu perubahan aku yg terkini. haha. money cant buy good health, time, love, happiness dan segala kebahagiaan yg aku ada. pagi2, aku akan pastikan my 2 cupids kenyang sebelum melangkah kuar utk kesekolah. breakfast for them is a must dari air tangan aku sebagai mama. paling best bila dengar ayat SEDAP GILER MAMA MASAK!!!!! masa hantar meke juga aku pastikan perkara terakhir se

Segalanya Perlu Kekuatan Hati

Berpeluang untuk berbicara dengan seorang pesakit breast cancer tahap 4 ... melihat bagaimana tenangnya beliau menghadapi dugaan itu walau dalam hati tiada siapa yang tahu. Sangat2 menghargai setiap nafas yang masih Allah berikan kepada beliau. Aku bertanya, apa antara faktor yang membuatkan beliau kuat bertahan dan melawan ... kata2nya amat mengesan jiwa aku .. " Belajar maafkan diri sendiri dan orang lain ... belajar menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain .. fikir hanya yang positif dan perkara2 yang membahagiakan ... berusaha dan berjuang seperti hidup ni tiada penghujungnya" .... wowww ... bila difikir2kan, semuanya memerlukan kekuatan hati kan .. untuk menerima kekurangan diri dan org lain, untuk maafkan diri dan org lain, untuk terus berusaha .. semuanya bergantung kepada kekuatan hati kita ... seperti sabda Rasulullah SAW .. setiap dalam diri manusia ada seketul daging .. jika baik daging itu, maka baiklah segalanya .. dan jika busuk daging itu, maka busukla

Terkebil-kebil

Sementara menunggu mata layu gosok baju - beressss kemas meja makan - separuh beress basuh baju - separuh beress hari2 biasa no mmg rasa letih dan kene virus M penat otak sgt hari ni tak abes2 lagi isu kat opis kerja usah dikata alhamdulillah masih ada rezeki bekerja ramai lagi org2 kat luar sana yg idop susah x de keje makanya aku mene sentiasa jadi manusia yg bersyukur kan kan kannnnn

2 Hari Full Sexercise ... Muahahaha

Image
Awwwww lucahnyerr tajukkkk ... ada sexercise gtewww ... Eniway, kejadiannya langsung tak lucah hokehh. Mizz N menghabiskan weekend dengan alam semulajadi yg indah ciptaan Allah. Follow inchik suami bawa pelancong kali ni dari England, France dan Holland. Phewwww sexcited sangat nak menakluk Bukit Teresek lagi dan lagi. Memori 2 minggu lepas yang tergeliat urat lengan masih segar, tapi langsung tak buat aku serikk. Day 1 Pepagi lagi dah dikejutkan dgn lagu you're my love song .. my love song... bersemangat nak gi trekking sampai lupa nak bawa stokin .. cissss... tapi Mizz N tetap gigihkan semangat ...huhuhu Pekena roti pisang (suka giler makan makanan india yang dah diadaptasi dengan makanan London sebab ada pisang) hahaha ... Nescafe o panazzzzz ... baru nak teguk air, pelancong sampai sudaaa... so tinggalkan gtew jer dengan penuh kesayuan memikirkan nak trekking 4 jam tak minum lansung. Beli mineral water !!! Aku suh inchik suami membelinya... Kali ni perjalannan sangat bes

Pecah wall

Meeting untuk kali ke dua petang ni.. Kepala dah tepu sbb isu2 yg dibincangkan bukan isu2 ringan hokeh. Aku kene cepat2 amik supplement balik. Otherwise i'm goin to fall sick. walaupun hari2 aku doa supaya jgn diuji dgn ujian berat. kesian kat anak2 aku kalau aku sakit. malam tadi nawfal tido awal. dalam kol 9 dia terjaga ngadu mata pedih. Aku suh dia basuh muka. Tetiba mata kanan dia mcm tersembul adoiii panic giler tapi sempat bertenang. Aku letak eyemore (bukan amoi) pujuk2 dia ckp itu hanya gigotan serangga. gatal mama, gatal mama (fuhhh seb bek bukan mama gatal) aku kompiden kene geget serangga. aku pujuk dia suh sabar. alhamdulillah anak lelaki aku neh senang dipujuk. lepas sejam, baru nampak tempat yg kene geget tu. alhamdulillah aku syukur tu bukan serius. and by kol 11.30 mlm, bengkak surut sket. nasha dah balik nursery so aku suh meke berdua tido. alhamdulillah.. ujian kecik dari Allah. supaya kita sentiasa ingat kat DIA. (kagum tak kagum tak Mizz N sempat buat bnyk

Testing testing

adoyaiiiiii. akhirnya berjaya gak jumpa cara menghapdet blog dari tab neh. Tamak bin halobas kan . tab suami aku kebas, dgn beam nya lagi ... muahahaha (gelak setan) aku suka guna tab sebab screennya besorrrr .. mudah untuk berinternet tapi bila nak guna untuk call meme la hampeh sebab loud speaker nak buat bunyi2 manja pon syusyah ...hik hik hik alhamdulillah, tak der la aku rasa bodo sepanjang masa duk fikir. semalam masa meeting aku duk menggodek tapi tak berjaya... test! test! !!! alhamdulillah !!!! yippiiiiiiii...

Sumpah kekadang aku muak !!!

Posting ni patot masuk semalam. Tapi dek kelembapan aku dgn tab, tak menjadi nak buat posting neh. Aku muak dengan meeting2 almost everyday dan mengambil 3-4 jam dari waktu kerja aku Siyes pada aku some bosses ni sangat2 poor dalam time and meeting management Satu isu cakap meleret2 sampai berjam2, and akhirnya keje yg bole siap dalam masa 2-3 jam berlarutan sampai 2-3 hari. watdahell !!! Siyes aku cakap, kalau kami officer2 ni tak der, memang terkengkang, terkangkang terlingkuplah seme boss bukan nak cakap besar, tapi itulah hakikatnya bila banyak berlaku pembaziran masa dan tugas2 sepatotnya diserahkan pada para2 officer yg buat so who's da boss?? Makcik meroyan tu kalau ditanya apa pun Jawapan dia ... "Saya tatau" Aku dan member2 pandang dia dah macam kaldai tua jer sekarang (haishhhh tak baik wehhh) Aku jenis straight forward time buat keje.. Aku ada target masa .. bukan suka suki ikut bila aku nak siapkan Time merapu, aku tetap merapu  sebab aku come

Gembira Happy

Semalam ada dua benda yang menggembirakan Mizz N ... Yeayyy Yeayyy Kepertama ... Astro kat rumah dah ok after kegigihan dan kesabaran dealing with maintenance office dan pihak astro sendiri .. Alhamdulillah ... after more than 3 months Mizz N malam tadi, lepas erobik duduk melepak kat sofa sambil nonton edisi khas... owhhhh hampir terlupa bagaimana cool and relaxnya perasaan itewww walaupon kat sofa sebelah bertimbun kain baju yang merayu2 untuk di lipat. Hasrat dihati nak pekena nescafe, tapi no no noooo... kene kontrol sebab dah too much caffeine dalam badan. no good, no good hokeh. Banyak benda yang aku nak ubah dalam hidup ni supaya things will be better mengikut peredaran usia .. Kedua ... tgh2 syiok menonton, tetiba adikku si Azam call .. kak cik, ada kat rumah tak ??? Adaaa.. adaaa.. Azam nak datang sekarang .. nak hantar galaxy beam Yippiiiiii!!!! Boleh bolehhhh Dalam 40 minit dia sampai membawa set galaxy beam futih gteww ... ooomaiigoddd I'm so happy. Impian na

Finance yang tak Finance mana

Dokumen yang perlu verify ada lebey kurang sejengkal. Verify financial document ni sangat2 menjengkelkan taw dak kawan2. It's just becoz when u dun have any financial background and you still have to include that shit into your daily task. Dah la tu... matematik adalah subjek yg paling aku anti masa skolah.. Sampai kat unibersiti terpaksa gigih belajar untuk sekadar lulus. Amazingly aku dapat B+ which is equivalent to A kalau ikut level markah sekarang untuk semua subjek2 yg berunsur matematik. By the way, what u wanna do ?? nak makan gaji buta ke Mizz N??? suka tak suka itu adalah tanggungjawab ada fahammmmmm ? hokehh, hokehh saya gigih check document2 ni hokehhh tetiba panazzzz jerrr... Grilled chicken 5 plate X RM XXXXX Fresh orange 1 X RM XXXX Coffee 1 X RM XXXX Apple Juice 1 X RM XXXX Repair kasut RM XXXX Pensil Kaler RM XXXX arghhhhhhh ... bod.. nak mamp.... ingat ni bapak ko punya duit ker?? makan minum sendiri nak claim kat opis. Sangat tak ada integr

Larangan Menghina Amat Tegas Dalam Al-Qur'an

Kawan-kawan ... Untuk Renungan Bersama ... Ayat al - Quran yang melarang daripada menghina orang lain ... Lebih baik kita takut memikirkan bagaimana pengakhiran hidup kita dari mencari2 dan menyebut2 keburukan orang lain.  Maksudnya: "Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), s

Ohhhhh

Dah lebey kurang seminggu jiwa aku rasa resah Selalunya kalau aku rasa mcm ni maknanya sesuatu yang buruk nak jadi Dan setakat ni sixth sense aku tak pernah silap Dah la Sabtu hari tu mimpi geraham tanggal Then gigi berdenyut2 sampai la malam tadi Pas tu kan .. Rasa syahdu la pulak .. Rasa macam nak nanges mengadu pada Dia Cemana aku pernah buat masa aku hampir rasa letih  satu masa dulu ... Sampai kol 2 pagi kat sejadah berdoa ... Dan alhamdulillah ... Pagi ni aku rasa sangat berbeza Rasa tenang, cool dan ceria kembali Allah sentiasa mendengar dan takkan menghampakan Setuju dengan kata2 ni ... "Lebih baik menangis dari marah ... kerana marah akan melukakan hati sendiri dan orang lain, tapi menangis akan menyuci hati dan jiwa" owhhhhh... sudah2lah syahdu hokeh :-) so now, I'm back to normal ... Semoga tak der benda2 buruk yang terjadi pada aku, family dan kawan2 aku ....ameennn... nota kaki:  nak plan untuk family vacation lah :-)

Ting tang ting tang .. Alexanderrrr !!!!

Image
Semalam aku penat giler kat rumah. Dah lama tak eksesais, then tetiba eksesais dgn jayanya sabtu dan ahad.. so petang semalam aku rasa pinggang dan bontot mcm nak terpisah jer .. Makanya aku terbongkang dari kol 3.30 sampai 6 petang. Kol 6 petang tu anak2 aku merengek2 lapar .. tapi yang bestnyaaa meke mengoffer nak masak sendiri. Masak nasi and telur sweet sour. Aku rasa dah sampai masa meke dilatih untuk lebih berdikari ( sebenornya aku malas masak petang tu... muahahah).. Malas2 aku pon, aku duk kat dapur duk tengok meke masak supaya keadaan sentiasa terkawal.. Tak sempat snap gambor sebab meke dah lapor sangat and terus makan lepas masak ... huhuhu Minggu lepas, anak2 aku merengek sebab kad ASTRO rosak. So aku dgn gigihnya menelepon astro untuk report benda ni. punya la banyak benda dia suh aku buat, tekan, cabut kad, masuk kad .. tutup suis, on balik suis ... bla bla bla dan hasilnya memang kad ASTRO tu rosak. So meke janji nak antar dalam 3-5 hari bekerja. And hari ni ...

Happy Belated Besday Abah!!!

Ekceli besday arwah abah ialah pada 15 September hari tu. Aku tak leh nak wat posting sebab masa tu aku kat Taman Negara. Tak der line tepon n tenet sepanjang aku kat sana. Eniway, Happy besday abah. Semoga ruh abah bersama golongan yang beriman. Mizz N sayang abah... Cemana Mizz N tak kenal ibu dan bapa mertua Mizz N.. sama la macam menantu abah yg tak berpeluang kenal abah kalau abah ada lagi, mesti abah happy dgn jodoh mizz N kali ni Orang kampung, tak kaya duit, tapi kaya hati n kasih sayang  Sebab Mizz N dan anak2 sangat happy dgn hidup yang sederhana ni Lantak la apa orang nak kata ... Alhamdulillah setakat ni kami tak pernah tak cukup makan sampai kena meminta2 Sederhana tu terbaek ... Asalkan kitaorang satu family bahagia ... insyaAllah .. Terima kasih abah ... atas semua sifat2 yang baik Walaupon sepanjang hidup abah penuh dgn leteran, bebelan dan kutukan manusia Sabar abah tak pernah berganjak Sentiasa redha dgn apa yg terjadi Moga syurga balasannya nanti ...

My First Day @ Twitter

Owhhhh sangat gedix kannn ... saja try2 sign up for twitter. Bukan ada member pon. huhuhu ... saja tetiba nak ber tweet2 ... Taper.. taperr.. leh mengikuti perkembangan retis2 dan sapa2 yg patot Setakat ni yg haku follow semenya retis .. we'll see ya Kelmarin mimpi gigi geraham atas belah kanan tanggal.. Sampai hari ni gigi yg aku mimpi tanggal tu berdenyut2.. Apakah petandanya? Ulat dah geget2 n kunyah2.. Kene gi dentistlah jawabnya.. coz i hate this sengal2 feeling.

Pilihan Mizz N ialah .....

Image
Samsung Galaxy Beam            Network HSPA 14.4/5.76 850/900/1900/2100 EDGE/GPRS 850/900/1800/1900 (mcm la aku paham)            Processor 1GHz Dual-core Processor (sikit2 je paham)            Display 4.0 WVGA (800x480) TFT (langsung tak paham)            Platform Android™ Gingerbread 2.3 (IceCreamSandwich version upgradable)( yg aku tau icecream tu sedap .. ginger i dun like)           Camera 5MP with Flash + 1.3MP (haaaa, yg ni paling paham)           Video MPEG4, H.263, H.264, WMV, DivX Recording/Playback: 720p@30fps (bidio pon paham la sket2, especially kalau ada perkataan blue ... kahkahkah)           Audio MP3, AAC, AAC+, eAAC+, WMA           Connectivity WiFi 802.11 b/g/n 2.4GHz BT 3.0+HS USB 2.0 MicroUSB 3.5mm Ear Jack (konek? apa konek2 haaa ???)           Projector features 15 Lumen @ 1W nHD resolution (640x360) Ambience Mode OHP Mode (projek pon aku pahamm)           Sensor Accelerometer, Digital Compass, Proximity, Light, Gyro (deri

Penah Buat dan Masih Buat ... Muahaha

Kentut kat dalam toilet sambil pasang air paip kuat2. (kalau air tak leh cover, wat bunyi ehemmm     ehemm lak) Makan twisties satu peket besar sekali hadap Korek idong masa shopping groceries. Bila orang nampak, buat pandangan AAK ?? Bukak totop suis lampu masa ada orang lain kat dalam toilet .. Bila orang dalam toilet menjerit, ketawa sorang2 (mcm vodo jer kan :P) Nampak jer cicak, letak kapur kat ujung lidi, pas tu letak dekat cicak tu then dia makan kapur tu ..  gelak2 tengok kepala cicak tu mcm mabuk todi ... kihkihkih (jahat gilerzz) Kumpul sticker ( dari skolah rendah lagi) dan sekarang menurun kat anak aku lak ... huhuhu                               Agak2 bila la jiwa ni nak bertukar ke alam dewasa ekk !!!                                  Cemanapon, aku suka cara aku yang tersendiri ni :P                                                                  Mwahhhhhh !!!!!

Otak penat ... tapi sTill nak wat posting

Phewwww... Hari ni penat gilerz ... Meeting dah hari kedua ... bukan hanya memerah otak untuk hal meeting, tapi kene defend staf2 dalam unit gak. Some people memang tak boleh tengok orang senang dan tenang kan. Realitinya bukan lah meke yang nampak senang and tenang tu sebenarnya completely senang, tapi cara cool meke menghadapi dan melalui keadaan2 sukar tu yang menampakkan segalanya seperti mudah. Sepatutnya benda elok dicontohi, tapi untuk some people yang tak mampu nak menghadapi perjalanan hidup dengan cara yang helok, meke akan allergic bila tengok orang lain ada hidup yang lebih baek. Contohnya kat opis aku ni la.. aku dah story pasal makcik meroyanz tu kan .. So, selepas gigih mempertahankan unit kami, alhamdulillah, nampaknya makin sukar lah percubaan makcit iteww. Dan aku tau, org2 keji gtew takkan stop sampai meke mamp*& kan ... Meeting hari kedua akan bersambung hari ke tiga ... penat wehhhh ... ni la nasib para2 pegawai merangkap kuli  macam Mizz N .. meeting berhari

Hujung Minggu Yang Membahagiakan

Image
Dating lagiiiiii!!!!!! Yezzaaaa, I loikeeeeee hari minggu yang panjangg. Sedey sebab my two stoberry shortcake tak dapat follow. Meke dah ada program dgn nenet meke, so memandangkan suti 3 hari, Mizz N dengan gedixnya menekan paddle minyak ke Taman Negara. Suamiku kerja, time pelancong ramai la time rezeki untuk kami .. alhamdulillah. Kol 8.15 p.m. hari Jumaat, aku dah parrrking kat depan chalet kat Taman Negara tu ... Mandi, tukar pakaian .. memula ingatkan nak terbongkang jap sementara tunggu suamiku abes keje, tapi ada member ajak melawat kawan kitaorang baru bersalin, so dengan izin suamiku, kitaorang keluar berjimba seketika dgn baby baru... Tengok muka baby tu ... huhuhuhu nak baby... nak baby !!! Rindu lak saat2 tu .. Suami Mizz N abes keje lebey kurang kol 10.20 malam .. dia ajak turun tepi sungai ... gi sauk anak ikan kelah ... yeayyyyyyyyy !!!!! Aktiviti yang membawa aku ke zaman kanak2 dolu ... seronok sangat .. berjalan berdua2an kat tepi sungai .. terkengkang2 la aku s