Posts

Showing posts from 2009

Begitu Banyak Cerita ...Ada suka ada duka

Image
Assalamu'alaikum wrt. wbt Kehadapan yang diingati lagi dikasihi adik, kakak dan sahabat2 semua ..... erkkk cam surat cinta zaman sekolah rendah dulu ...hehehehe Perghhhhh lamanya aku tak apdet blog ... biziiiii .... macam2 program dan benda2 yang nak diuruskan .... Hari ni my adam tak der...suti, so aku pun mengambil kesempatan untuk menulis kat sini ... Bermula dengan balik kampung pada 2 minggu lepas aku, nasha, nawfal, kak ni, shu dan zakwan spend 3 hari kat kampung ... lepak2 ..pegi kenduri (aku tak pegi sebab aku hanya bawa balik baju kemban) kekekeke ... kita orang lepak kat the steak house, old town white coffee ..makan mee udang makan chicken chop....minum ice coffee ....perghhhhhh bahagianya hidup. Aku tak fikir langsung pasal keje ...and tu yang paling best. Kitaorang berpoya2 together2 menghabiskan duit dan membuntalkan badan.

Gambo Lawakkss

Image
Salam semua... Korang tengok gambo kat bawah nih...lawak siot .... makcik tu punya terharu dapat otograp Nasha Aziz cam dapat pegi Mekah buat haji... makcik kat sebelah lagi sorang tu pulak... muka ketat gilerzzz...cam bonzer xpired ... hehehehe ...

Detik Cemas Di Parliamen

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis. Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi. Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan. Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan. “Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini. Dalam ses

Sambungan Cerita Pukul Remy vs Ummi Nazira

Sumber dari Beautifulnara... wallahualam SEBENARNYA, sehari sebelum Remy kena pukul, si Remy ni dah belasah Ummi sampai pecah muka kena pukul dgn telefon. Kejadian berlaku di bawah rumah Ummi sendiri, barulah terbongkar cerita sampai ke pengetahuan keluarga Ummi.. Rupa-rupanya ni dah berkali2 Ummi kena belasah teruk sampai 2 kali terima rawatan di Ampang Puteri. Sudah lah Remy asyik bagi kenyataan tak mengaku, dayus betul…. Saya kenal keluarga gadis tersebut sejak dia kecil lagi, sampai sekarang. Memang keluarga dia berada, tapi tak pernah pulak mereka menghalang anak gadis mereka berkawan dengan sesiapa saja. Buktinya hampir 2 tahun apa Remy berkawan dengan gadis tersebut,dan sepanjang tempoh tersebut keluarga tak pernah menghalang… Tapi kalau dah terbongkar rupanya anak gadis mereka asyik kena kikis duit, kena pukul, memang la makbapak mana akan tahan…. Takkan dia orang nak duduk berpeluk tubuh tunggu anak masuk ICU baru nak bertindak?? Tapi yang pelik, walau asyik kena pukul dek si

Remy Ishak Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Ummi Nazeera

Inilah penerangan Remy Ishak tentang pembelasahan yang terjadi. Kes ini bertambah berat sebab Remy mengakui yang orang-orang yang datang membelasah dia diupah oleh keluarga Ummi Nazeera. Betul atau tidak, kita kena tunggu penjelasan dari Ummi Nazeera dan keluarganya. * 4 Disember – Malam selesai pementasan, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak * Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di’bawah. * Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut. * Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah. * Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku. * Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang di’rosakkan. * Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak. * Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera. * Cincin di’tangan Remy Ish

Akuarium Baru

Image
Assalamu'alaikum wrt wbt Korangggg... ingat tak lagi aku pernah sakap nak beli akuarium baru .... hari ni aku dah TERbeli satu...hehehhee.. Punya la excited aku...balik2 rumah terus bertungkus lumus menyiapkan rumah ikan yang baru ... Akuarium nih aku letak ikan guppy... lagi satu, aku letak ikan molly... air tu aku tak letak penuh lagi sebab simpanan yg ada (tanpa klorin) tak cukup.....so aku akan tunggu esok utk tambah kasi penuh. Lalalalala sejuk hati tengok ikan2 tu.

Lihat Perutku Yang Ramping

Image
Saja nak bagi Shu dgn Kak Ni meluat ...keh keh keh ... lihat perutku yang ramping... oh la laaaaaa. Jgn ditanya cemana aku boleh hsembunyikan keadaan sebenar...keh keh keh (3 harakat)

Gambo Kecederaan Kete

Image
Adessss.... adessss... adesssss (3 harakat)

Mimpi Itu Datang Lagi dan Lagi

Salam semua... Dah 2 malam jumaat mimpi itu datang lagi dan lagiiiii... benar2 membunuhku bila muka orang sama yang keluar... oh tidakkkkk... langsung tak terfikirkan muka dia yang akan keluar. Sebolehnya aku akan menjauhkan diri... seperti yang aku buat sekarang. Soal hati dan perasaan memang tak dapat nak dijangka, tapi jika menghindari adalah yang terbaik untukku, aku akan lakukan ...

Is That love

Image
Image

Suwey Suweyyy

Assalamua'alaikum wrt wbt.... Rasanya cam dah penat sangat aku nak go through ujian demi ujian yang datang. Tadi kat office, officer yang degki sangat dengan aku tu buat hal lagi ... hampir2 menjejaskan teamwork antara aku dgn boss. So aku terpaksa beri kata dua ... either boss keep ikut telunjuk dia and loosing me as your staff. i want to take leave and continue with my Master programme kalau i kept being foolish like this. Why u didnt see those things yang she has done to our office.. memburuk2 semua staff kat sini, menjaja cerita although she's no longer your staff??? Korang tau apa boss aku sakappp... Nurrr...aduhhh peningnya kepala saya....rasa cam ada isteri dua pulak ... erkkkk... bila pulak aku jadi bini dia... sengal punya boss... Nur cam ni ...bla bla bla... bla bla bla.... nasib kau la adam... ini nur suda sampai maximum limit... Petang tadi, masa aku tgh drive, dapat lak sms yang sangat2 menyakitkan hati... pesal lah org suka benar nak menyibuk hal aku nih.. puaka t

Kalau Awak Tanye Saya

Kalau awak tanye saya kenapa saya terima awak jadi sahabat jawapannya ...sebab persahabatan saya takde syarat Kalau awak tanye saya kenapa saya ketawa jawapannya...sebab awak, mak aiii lawaknya Kalau awak tanye saya kenapa saya diam aje jawapannya... sebab saya nak awak tegur le Kalau awak tanye saya kenapa saya merajuk jawapannya... sebab saya nak awak pujuk !!! Kalau awak tanye saya kenapa saya selalu comel jer jawapannya... jangan risau la, saya bukan nak goda ... Kalau awak tanye saya kenapa saya sentiasa ceria jawapannya ... kerana saya dan awak ada kita Kalau awak tanye saya Sampai bila saya akan jadi sahabat awak jawapannya ...sampai saya menutup mata Kalau awak tanya lagi .... saya lempang laju2 ...hahahahhaa Nukilan ... Nur

Tabahkan Hati

Image
Salam semua.... Malam tadi kan ... aku borak dgn adik aku tru ym ... dah lama tak borak dgn dia. rindu dah lama tak nyakat . Tapikan, dia cerita sesuatu yang menyedihkan aku. Aku simpati sangat2 kat dia .. Kalau aku kat tempat dia pun aku akan rasa terhina dan sedih. Aku tgh cari jalan cemana nak tolong dia ni and supaya benda2 tu tak terjadi pada yang lain2. Shu, ko banyak2 bersabar. Allah kan sayang pada orang yang sabar. Lagipun kau tak ada apa yang kurangnya. Jangan bersedih lama2 kalau orang menghina kita... bangun dan buktikan yang kau mampu berjaya dalam hidup dengan cara kau sendiri. Sebenarnya orang tu yang kena belajar bersyukur dan menghargai apa yang Allah beri pada dia selama ini. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk pada kita semua. InsyaAllah, kak cik akan fikirkan sesuatu .... Apa apa pun, kak cik sayang bangat kat kau ..... Jika halangan menduga perjalanan kita Janganlah kau putus asa Karena ku ada di sisi setia menemani Andai semangatmu gugur Genggamlah tanganku Kita ham

Puaka Niang Kopek Junior

Image
Adoi laaa..tetiba gambar ni ada kat dalam handphone aku..ntah bila la meke bikin penggambaran nih

Lempeng

Image
Salam semuaaa... Pagi semalam kan .. aku tetiba teringin nak makan lempeng. lepas ayah aku meninggal last year...aku tak pernah masak itu kuih .... kalau tak, tiap kali balik kampung, lempeng, kuih cara, cucur bilis, cucur udang memang jadi hidangan wajib untuk family. angkat dari kuali, belum sempat hidang, dah kena rembat.... tepung tu kalau tak 2 kilo, tak sah ... memang bestttt...and i really missed those moments. Mak aku lak..kalau nak buat kuih ni, memang la very2 traditional and aku pun terikut ikut dgn cara dia especially dalam hal memasak. Kalau nak masak kuih cara kan ... daun pandan tu ditumbuk2 sampai pecah ... pas tu di perah sama dgn santan supaya rasa pandan n warna ijou tu masyuk dalam bancuhan. Tepung tu lak... bila dah di campur dgn santan ... di kacau2 sampai sebati ... pastu, tapis lak, supaya tak ada yang berbutir kat dalam bancuhan tu. perghhh...mcm wanita melayu terakhir tawww...hehehehe. Kesimpulannya all natural ingredients .. tiada pewarna dan perisa tiruan. T

Weekend Mania

Assalamu'alaikum wrt. wbt Semoga semuanya sihat, ceria dan dirahmati Allah. Adesss, sepatnya dah hari ahad. malam lak tu .... aku rasa weekend nih memang best sebab aku betul2 melepak gabanz kat rumah. makan, lepak, main game, chatting, melayan ikan2 aku, susi akuarium ... tu jer la keje aku dua hari nih. Ikan guppy aku beranak lak... harap2 dia tak makan anak2 dia. aku teringin nak tengok anak2 dia membesar sebelum dimakan ... Aku dengki dgn kak ni...ikan2 guppy dia sekor haram pun tak mati...sihat gembira jer ...santek santek lak tu. Anak2 dah besar2 belaka ... Korang nak tau tak..dah 2 hari ni aku start erobik balik ...kununnnn...hehehehe.. tapi adik aku belikan nasi tgh2 malam n ajak aku makan..cissss, keciwa, keciwa. dari membazir, baik aku telan..kan membazir tu amalan syaitan ... ajenyer dengki la tu aku nak kurus... huhuhu..perut dah kedepan nih..cemana aku nak buat. Nanti org confuse aku dgn si ikan buntal...huhuhuhu.

Hampir Kesitu

Aku sadar bukan mudah Untuk mengejar mimpi indah Pernah suatu ketika dulu Ku punya harapan besar Kini aku tak pasti Dapatkah ku miliki Sudah jauh kita tempuh Kekalkanlah impian lalu Mungkin ada hikmat Yang akan menunggu Di penghujung jalan Biar nanti kecewa Setidak-tidaknya mencuba Jika halangan menduga perjalanan kita Janganlah kau putus asa Karena ku ada di sisi setia menemani Andai semangatmu gugur Genggamlah tanganku Kita hampir ke situ Adakala ku terasa Ketabahan tak setegar Tetapi apakan daya Berhenti separuh jalan Percayalah padaku Aku yakin kita mampu Biar orang katakan Rapuhnya harapan Bukan mereka tentukan lagi Kau ada aku dan aku punya kamu Amanlah akhirnya tetap bersama Oh… -mendua-

Hakikat Cinta

Image
Jika kau tak bisa melihat Bukan bererti ia tidak wujud Jika kau tidak dapat menyentuh Tak beerti kau tidak dapat merasa kelembutannya Jika kau tidak bisa melafazkan Bukan bererti kau harus membunuh perasaan itu Itulah hakikat CINTA Jika hanya berserah pada takdir Maka takdir itu sendiri akan membawa kepada sesalan Bagai sang pungguk merindu bulan Yang selamanya tak akan jatuh keribaan Nukilan: Nur

SAHABAT

Image
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar... SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan... SAHABAT sejati mnjd pendorong impian... SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln TUHAN... Nasihat dari imam Shafie... Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum wrt. wbt. Setiap aku baca khutbah terakhir Rasulullah ni, airmata aku pasti jatuh....semoga Allah akan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Ber

ooo la la

Image
Salam semua .... tengah2 aku berkemas..aku terjumpa the only gambar yang aku ada masa umur 8 tahun ..hehehe .. yg pakai baju penari hawaii tu aku lerrr ... The best moment in my life ialah masa zaman2 ni lah ... lasak cam jantan...sampai makcik2 kat situ tanya ..Nur, ko nih jantan ke pompuan ... risau nengoknya ...tapikan, bila aku dress up feminin abis. lol...

Sabda Hati

Aku ingin berlari Di tengah padang rumput hijau Aku ingin terbang sebebasnya Di langit luas tanpa batas Aku ingin merasakan Kebebasan sejati dunia ini Dan hati kecil yang ceria Tanpa lelah yang meraja duduk Biar kuharungi lautan Samudera luas yang terhampar Di bumi persada hidupku Biar kujelajahi Rahsia hikmah alam semesta Walau antartika tak berujung Karena aku ingin bersenandung Sabda hati Yang Agung nukilan: tasyamaiza

The Fence

There was a little boy with a bad temper. His father gave him a bag of nails and told him that everytime he lost his temper,to hammer a nail in the back fence. The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Then it gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold temper than to drive those nails into the fence. Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper. The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say I'm sorry,

Bukan Untuk Bersama

ada yang harus kuungkapkan tentang mimpi-mimpiku ini untuk melatihku di sana beban jiwa ini beban rasa ini haruskah aku melangkah menahan rasa perih ini ranting kering terpanggang di sini agungkan yang tak pasti ku tak ingin tanggalkan rasa untuk meraba hati kau hadir di dunia selamanya bukan untuk bersama tapi tulusnya hatiku hanya untukmu hanya padamu selalu milikmu Dygta

Ini Tidak Adillllll

- Nurrr... boss panggil .... - eiiii boss aku nih ..baru jer nak rehatkan bontot. - ya boss, panggil saya ke ? - ya Nur ..macamana dengan proposal untuk jemaah menteri yang saya suruh u and norma prepare? - my part done past few days boss. and saya dah pass semua pada norma untuk dia masukkan bahagian dia lak. - ok kalau cam tu, make sure norma siapkan part dia by tomorrow. I nak kena present kat KSU on Thursday. Nur, could you please initiate application untuk MSC status for our division. You aturkan meeting dgn pihak IT. Lagi satu, i ada terima draft format untuk report yang harus dilengkapkan oleh pelawat antarabangsa. You tengok benda tu, comment dan cadangkan format yang lebih bagus untuk di pakai seluruh jabatan. Esok ada lawatan dari wakil sekolah2 teknik. i nak u join sekali untuk bagi input pasal memorandum of understanding. - aku berkedip2 jer pandang boss aku nih...dalam hati, napa la dari dulu lagi aku tak sumpah dia jadi ATM machine?? kekekeke ..leh gak aku withdraw duit h

Sila la Makan

Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya." "Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami belum punya eletrik."

3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.. Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..." Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..." Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.." Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA' Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....." Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "

Aku Adalah Dirimu

Image
Kiranya ini namanya cinta Aku mencari maksudnya Di manakah permulaannya Di manakah pengakhirannya Aku terus tertanya…. Kiranya ini detik membahagiakan Biarlah aku menitis air mata Terus merindui dirimu Agar hati ini jujur Mengakui cinta yang hadir…. Aku tidak mahu menipu diri Menerima insan Yang hanya menguji keikhlasan Walau ada rasa gembira Namun tiada bahagia Mencari sesuatu yang tak pasti Ku hanya mampu berdoa Agar Yang Esa merestui Yang terbaik bagi diriku Adalah dirimu….... Nukilan: Diana

Seperti Yang Ku Jangka

Assalaaaaamu'alaikum wrt wbt Seperti yang kujangka... malam tadi puaka niang kopek telah mengamuk ...kahkahkah ..adoi shu...aku tergelak cam nak putus usus ..... Seronok tul sekali sekala dapat nyakat adik2 aku nih ... Ala shu, aku tak kisah dgn ugutan ko tu....nanti org mesti cakap...tu azizah mahzan ... kekekekeke Lagi satu ko kena ingat, lagi satu gambar ko versi Golum Lord of the Ring ada dalam simpanan aku ...kakakakak.... adoiiiii.... tolonnn tolonnnnn

Puaka Niang Kopek

Image
kahkahkahkah .... adoiiiii... weh koranggg...ni bukan aku ... ni adik aku ...kahkahkah (sure aku kena balun dgn dia lepas dia nampak posing maut dia nih kat blog aku)

Adoiii... sewelnya family nih

Image
salam semuaaa... aku lupa la nak citerrrr... ada satu hari tu kan ... kitaorang kuar ramai2 naik satu kete. korang nak tau berapa ramai makhluk kat dalam kete tu? ada 9 org termasuk aku ...kekekeke... mcm tin sardin nak expired dah kete aku..sib bek la kete aku tak leh berkata2 ..fuhhhhhh .... tapi kitaorg maintain heppi ...kakakaka

Dugong eh Duyung Yang Terdampar

Salam semua.... aisehhhh, cepatnya masa berlalu ...tak sukup rasanya nak menikmati masa suti2 dan makan2 kat rumah. Kak ni kalau masak, biasala...potong kaki punya rasa .... sedapppp... nasi minyak sampai 2 kali jerang..laku bisness beb... aku concentrate mengemas rumah ...kak ni pulak masakkkk, masakkkk and masakkkk. aku sampai lupa nak snap gambo makanan2 ..letak2 kat atas meja, semua serbu ..sedar2 tinggal tulang jer ..isk iskkk ... buruk lantak sungguh ...pas tu beramai2 terdampar kat atas sofa sambil tengok tv ...kekekeke... selang sejam ... jenguk2 balik kat atas meja... tarik kerusi, cedok makanan ...makan lagiiiiii ... tu la keje kitaorang 3 hari nih .. fuhhh fuhhh sib bek 3 hari jer ... kalau 30 hari, sah2 tak muat pintu nak jalan. Semalam lak, kitaorg wat cookies .... dapat la 4 bekas .... malam tadi tinggal 2 bekas jer ... rasanya malam ni gerenti abis...itu pun sebab aku keje hari nih. kalau suti dah selamat dahhhhh. Ni la raya yang kitaorg memang lepak kat rumah full time.

Salam AIdil Adha

Image
Asslamau'alaikum wrt. wbt ... Dear all.... aku ucapkan selamat menyambut aidil adha pada hari sumaat 27 November 2009. Harap korang berhati2 semasa pulang ke kampung and beraya nanti... enjoy the precious time with your family and enjoy the food as well. Bagi yang ada history BP problem ... makan ubat n pilih2 la benda yg korang nak makan tu. Aku tgh fikir2 lagi ni... nak balik kampung ke tak..hehehe..rasa2nya balik.. esok malam kut. Ok, again, salam aidil adha... maaf zahir batin

Mengapa Aku Terlalu Berhati2

Image
Assalamua'alaiukum wrt wbt Ada teman2 yang bertanya...mengapa aku terlalu berhati2, terutamanya untuk bercerita mengenai hal2 peribadi diri sendiri dan orang lain. Jawapannya mudah saja ... hati orang tidak sama dgn hati kita, jadi bukan sembarang orang yang kita boleh letak kepercayaan dan bercerita segala hal2 peribadi yang mungkin dijadikan senjata untuk mengenakan kita dikemudian hari. aku bukannya lokek untuk berkongsi perasaan.. semahunya aku ingin berkongsi keluhan jiwa dan hati aku.. segala kepayahan dan masalah2 yang aku lalui dalam hidup, lebih2 lagi dgn teman2 yang agak rapat, namun aku bimbang akan dugaan2 yang lebih besar akan datang menggugat kesabaran dan ketabahan aku. Perkara2 yang berlaku pada aku sejak kebelakangan ini benar2 mengiyakan telahan dan gerak hati aku dan menjadikan aku lebih berhati2. Mungkin, bila lelaki dalam mimpi aku dah turun ke bumi, aku akan punya sandaran hati dan ruang untuk berkongsi perasaan :)

Ketika Cinta Bertasbih... Lirik

Image
Bertuturlah cinta mengucap satu nama Seindah goresan sabda-Mu dalam kitab ku Cinta yang bertasbih mengutus hati ini Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu Bisikkan doaku dalam butiran tasbih Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Ketika cinta bertasbih

Hari-Hari Yang Sempurna

Salam semuaaa.... Adehhh adehh deh dehhhh ... seluruh badan ku udah sengal2 ...butuh istirahat. Weekend hari tu aku kena keje.. jadi emcee dgn event manager untuk pertandingan programming peringkat kebangsaan ... and again...hari nih ... jadi special task manager lak. aku rasa cam jadi labah2 lak...punya 8 kaki untuk buat macam2 keje..hehehehe Alhamdulillah..program berjalan lancar. Buat pertama kali semenjak 4 tahun pengalaman aku jadi emcee, aku tak salah sebut sepatah perkataan pun..alhamdulillah... mungkin masa tu jiwa tenang jer ...kalau tak, sebelum2 ni ada jer perkataan2 yang lawak bunyinya bila disebut... tapi kena pandai cover beb ... Aku nih kalau bab keje memang garang .... kalau dah cakap n explain terang2..masih nak main2 aku akan sound terus... no lapik2 ... tapi hal keje jer..after that kitaorang mesra n gurau2 cam biasa. Aku tanya budak2 tu..tak serik2 ke keje dgn aku yg garang ni..meke sakap.. memang kak Nur garang, tapi kami tau kak Nur garang hal2 keje n bila kami ma

Mengapa Kita DiUji ....

Setiap kali diuji... kita pasti tertanya2..mengapa dalam hidup ini terlalu banyak cubaan yang harus kita hadapi. Kadang2 rasa macam dah penat and tak sanggup nak berada dalam situasi itu. Selalunya dalam keadaan rapuh seperti itu kita tidak sedar sesungguhnya ALLAH menguji hambanya yang diyakini layak untuk menghadapi ujian.. yang utama jangan pernah berhenti daripada berharap dan bergantung kepada rahmat dan kasih sayang ALLAH.... KENAPA AKU DIUJI? Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Surah Al-Baqarah ayat 216 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat bur

Beautiful Scenery

Image
Salam... cantiknya tempat2 ni kan.. tenteram je hati tengok permandangan2 yang cantik cam ni

Ketika Cinta Bertasbih

Image
Ketika cinta bertasbih Diri ini hanya pasrah pada ketentuan yang Esa Kerana kuyakin, Dia hanya akan memberi yang terbaik......

Peter Pepper

Image
Ya Rabbi...lawak siottt la bentuk cili nih, Orang tu sakap, it can grow up to 18 inches long...kakakakkaka

Happy 6th Birthday Nawfal

Image
Assalamu'alaikum wrt wbt.... Hari ni besday Nawfal ... Happy Birthday my sweetest darling boy. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, penyabar, rajin dan berjaya dunia akhirat. I love you more and more everyday ..

Kerana Kusayang Kamu

Aku suka lagu ni sejak tengok citer bila cinta bertasbih. Zamarul berlakon memang best dan sangat sweet. Citer tu sad ending.... sedeyyy beb Seandainya kau ada disini denganku Mungkin ku tak sendiri Bayanganmu yang selalu menemaniku Hiasi malam sepiku Kuingin bersama dirimu Ku tak akan pernah berpaling darimu Walau kini kau jauh dariku ‘Kan slalu kunanti Karena ku sayang kamu Hati ini selalu memanggil namamu Dengarlah melatiku Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku Takkan pernah ada yang lain Adakah rindu dihatimu Seperti rindu yang kurasa Sanggupkah ku terus terlena, tanpamu di sisiku Ku ‘kan slalu menantimu Kan selalu ku nanti, karena ku sayang kamu **** LOVE IS WHEN YOURS AND MINE BECOME OURS*******

Congratulations Adam

Pagi ni Adam tersengih2 berjalan masuk ke opis. Mana tak tersengihnya, orang baru naik pangkat. Bukan calang2 pangkat pulak tu. Assalamualaikum, Morning boss, congratulations ... aku memulakan bicara .... Wsalam and Morning Nur ... thanks for your prayer all this while. And thanks for becoming my backbone ... I nak kena belanja you ni ... Perghhhh... dengar pasal belanja...giliran aku lak yg tersengih2... ok, just name the resoten which u prefer ... it's considered done ... Aku bersyukur punya boss yang baik hati, walau kadangkala baik hati dia tu menyusahkan both of us ... dari segi kerja.. ramai benar org yg dengki dgn chemistry antara aku dan boss aku dalam hal keje ... wehhh... no personal ok ...all about work. Aku berdoa supaya kitaorg sentiasa excel dalam bidang kerja. Aku mahu pergi sejauh mungkin dalam mengejar impian aku. Lelaki dalam mimpi? Yes, aku pasti, dia akan ada disitu, suatu masa nanti bersama2 aku berkongsi impian dan kejayaan. :) One of my best fren sekarang tgh

Tiring Weekend

Assalamua'alaikum wrt. wbt ... Adesss... lemah betul nak menghadapi hari isnin, especially dengan kerja2 yg menimbun. atas meja aku usah cakap la.. aku tak sanggup nak pandang timbunan kertas2 yang sangat2 menyakitkan mata. Hari ni lobang hidung aku dua2 tersumbat ...demam, selsema and sakit tekak. Hari sabtu hari tu aku mengemas rumah dgn jayanya..and aku ni allergic sangat pada habuk2 n air freshner... mesti demam punya. Balance Ubat yg hari tu masih ada lagi ..so aku telan yg tu ajer la.. tengok setakat mana prosess penyembuhannya. Kalau weekend and malam sekarang ni aku tak leh online. modem aku dah out..tunggu gaji nak angkat yang baru. tapi semenjak tak leh nak online malam2 nih, aku semakin rajin mengemas rumah ..heheheh ...

Cinta Dari Hati

Engkaulah kekasih yang menjadi inspirasi dan penghias mimpi malamku...Aura wujudmu benar-benar mempesona, jika matahari enggan terbit , cukuplah dirimu yang menggantikan sinarnya. Bila rembulan enggan datang dimalam hari, kelembutanmu sudah cukup untuk merebahkan bumi dipangkuan indahmu. Disaat jiwa kita merasa malu-malu menggapai cinta, lidah terasa kelu,dan tiada kata yang terucap dari bibir, disitulah cinta memandang dari kedalaman jiwa, ..disaat kita saling menatap, maka sabda jiwa kita ...tak mampu menyembunyikan cinta dari hati.

Jika Kau Bersedih

Image
Lirik Lagu ” Jika Kau Bersedih “ Artis ” Padi “ Jika EngKau Bersedih Pastilah ini Ada Maksudnya Andai EngKau Bisa Tertawa Seharusnya Bahagia dan Jika Karma itu Ada Berpeganglah Atas Hatimu Karna Kau tak Kan Bisa Mengabaikan Takdirmu Tak Usah Lagi EngKau Menangis Seperti Dulu Melemahkan Niatmu Semoga Bertemu Kembali Tetapkan Hati Berjuang Bersama Lagi Tahu Kah EngKau Bahwa Cinta itu Adalah Anugerah Sama Seperti Adanya Hidup Kita Hidup Ini Mengertikah EngKau Bahwasanya Gagal itu Bukanlah Kekalahan Selama EngKau Memahami Apa Yang Menguji Hatimu

Lawakkk

Salam sumerrrr Malam tadi aku ketawa keras perut dengan zakwan. Ekceli aku dalam proses membersihkan hp aku dari message2 lama, lagu2 and recording items yang tak relevant dah... aku tengok ada lebih dari 20 recording items yang tersimpan...so aku dengar la satu per satu ... Ada dua nih benda yang bikin kitaorg keras perut ketawa. Si Nawfal punya kerja ... Dia nyanyi cam nih ... (Ikut rentak lagu sembunyi) "Sembunyi, sebab kakak gemok, yang jelas diwajah..kita memang sarat merasakan cinta, bagaikan bintang dimalam cerah, kakak yang gemok, memang lah gemok dan sangat gemok .....Bertaubat ya ..." Yang kedua ... " hello ...hmmmm... hmmm (ejas sore)... assalaaaaaaaamualaikum wrt wbt ... janganlah kita dengar cakap syaitan, kita mesti dengar cakap Allah. Nawfal, bertaubat ye, Nasha, jom kita bertaubat. Saya akan bertaubat nanti. Kat sekolah agama. ok bye ..." Kekekkee... lawak siot la ... saja nak memenuhkan memori hp aku.

Kembali Erobik

Asslamau'alaikum semuaaaa... Fuhhhhhh... malam tadi aku kembali erobik selepas berbulan2 aku gantikan aktiviti tu dgn aktiviti makan2 membesarkan perut. Semput wehhhh, dah lama tak eksesais. Asalnya aku tak leh nak tido, so aku fikir2 dari aku buang masa berangan, bergolek2 atas katil, baek la aku senaman ... kol 12 pagi...kakakakaka.... Best giler lepas tu..rasa skru2 badan seme longgar...... Pagi ni otot2, pantet seme lenguh2 ... hahahaha... InsyaAllah, aku akan teruskan aktiviti ini tiap hari sebab kalau aku tak eksesais, hari2 rasa ngantuks and malas. Buat kerja pun rasa cam nak tolak2 jer bontot tu. So, sebelum aku jadi dugong yang tersadai, lebih baik aku sibuk2kan diri :P

Kenali Wanita - Tanah, Api, Air dan Angin

Salam semuaa... aku dapat info nih dalam satu blog ... untuk dikongsi bersama :) betul atau kebetulan, wallahualammm... WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Jul

Happy Birthday Mama

Image
Assalamua'alaikum wrt wbt Selamat Hari Lahir Mama yang sangat-sangat aku sayang. Semoga sentiasa sihat, gembira dan di lindungi Allah. Terima kasih atas segala pengorbanan yang Mama dah curahkan sepanjang membesarkan Nur yang super naughty nih. Wehhh shu, kak ni and lain2 ..dah wish besday kat Mama ke lum ... sepattttt.

Bila Rendah Hati

Image
Sikap rendah hati mampu menimbulkan kekuatan hati nurani. Kerana sikap rendah hati mengandungi 3 perkara...... 1. orang yg memiliki sikap rendah hati akan mampu melupakan hal-hal yang telah berlalu….. pengalaman2 buruk yg pernah menimpanya. Dgn kemampuan melupakan pengalaman buruk tsb akan membuat fikiran dan hati nuraninya bersih/tidak stress - tidak menjadi Pendendam. 2. Sikap rendah hati akan mampu menjalani serta menghadapi permasalahan dengan sabar. Bagaimanapun masalah yg kita hadapi, jalani dengan senang hati dan ikhlas, tdk banyak mengomel dan merungut. Pakar Psikologi mengatakan”Kekuatan berfikir seseorang mampu menimbulkan kenyataan”. Maka hadapi permasalahan dengan kekuatan berpikir yg positif, InsyaAllah Allah akan meredhai. 3. Sikap rendah hati dalam menghadapi permasalahan selalu semangat, dan Pasrah bagaimanapun outcomenya. Kerana kalah-menang, berhasil-tidak berhasil semua itu ditangan Allah, yg penting kita harus berusaha semaksimum mungkin. Bila tidak berhasil lepaska

Melawan Kesepian

Actually, aku tak pernah layan lagu ni sorang2 and masa drive... tapi, kak ni dah buat kompilasi CD untuk aku... so sejak ahad hari tu, aku duk layan lagu nih masa drive... sedih siott. baru aku dapat rasakan getarannnnya sampai bergenang air mataku .. Staf2 aku kat opis selalu tanya ... Kak Nur ni senyum and ketawa jer... tak pernah rasa sedih ke? Tak der perasaan ke? hehehehe.... kalau lah mereka tahu apa yang ada dalam hati aku ... sure meke takkan tanya lagi ... Apa2 pun ...layannnn Apapun yang terjadi Berjalanlah tanpa henti Air mata tertahan Waktu untuk dijatuhkan Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidup Sepahit apapun ini Pelajaran yang berarti Semoga kepergianmu Tak akan merubah apapun Semoga mampu kulawan Kesepianku Apapun yang terjadi Berjalanlah tanpa henti Actually kan... waktu yang paling melegakan dalam hidup ialah ...pertama...selepas berak ...kakakakka... dan kedua.. apabila kita mampu melepaskan apa yang bukan milik kita dengan rela hati ... life must go on.coz Allah

Hari Menjamu

Image
Salam semuaaa.. Minggu nih banyak tul aku meeting...hari ni jer ada 4 meeting. Sampai tahap otak aku tak leh nak compute dah action to be taken . penat wehhhh... tapikan...hari ni aku ada sessi menjamu kat opis... aku bawa pulut kuning, rendang ayam, sambal tempe (aku adalah orang bukan jawa yang amat cintakan tempe ...kekekek) sambal ikan bilis, ikan masin dgn bawang goreng ... perghhhh...aku pun tak sangka aku leh prepare menu tu sejak sebelum subuh tadi. Kat opis seme tanya aku... pasang niat apa nih ...aku tersengih2 and jawab...aku niat nak makan pulut hari ni ... ha, tu la niatnya ...ntah, tak reti la aku hal2 pasang niat... sebab aku ni jenis, kalau rasa nak makan, aku bedal jer ...tak yah nak tunggu pasang niat ...melambatkan proses makan dan penghadaman aku jer kekekeke. Sukanya aku tengok meke makan... maklumla, dah kol 11 pagi..dekat2 time lunch, perut pun lapar la. Masing2 menambah 2-3 kali ... i likeeeeeeeeee

Cinta Seorang Teman

Dulu engkau kukenali Tak pernahpun sedar Dari mata yang memandang Penuh pengertian Tapi saat itu telah berubah Dipersimpangan usia Antara kita tak mampu lagi Berselindung dengan alasan Telah kucantumkan semua Impan bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua Namun apakah erti bila Keinginan terlanjur Lalu menganggu kala dirimu selalu Agar disini Duhai teman bisakah kau fahami Sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mengujudkan kenyataan Tak sanggup kehilangan mu Telah ku cantumkan impian bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua Namun apakah erti bila keinginan telah terlanjur Lalu menganggu sanubariku Kucubakan bayangkan waktu dulu Gurau senda serta pujukkan mu Puisi indah yang nyatakan Kata dirnduku Masa yang berlalu meragui Seluruh harapanku kini Mengapakah bertanya dimana kesudahan kita Duhai teman bisakah kau fahami Sandiwara ini Sejak bila berputiknya cinta kita Menjadi rahsia yang tersimpan Mengujudkan kenyataan Ku tak sanggup kehilanganmu

Cak Cak cakkkk

Image
wehhh koranggg... ada kenal sama ini pokok????? bukan pokok muffin sinta ok ..plezzzz laaa .... tengok, ia hidup subur menghijou. Pokok yang makcik sarah bagi ni cayang bangat kat aku ... aku pun cayang bangat sama ini pokok.

Lucahhh????

Image
Assalamualaikum ... Hari Ahad lepas, aku gi melayan barang2 mekap kat jusco ... koleksi aku dah bertambahhh... eye shadow, foundation compact powder... ahakkk ... i likeee.. Tapikan, yang bikin aku geram, semua yg sesuai dgn aku.. namanya amatlah mengghairahkan.. kakakaka ... NUDE ler, NEKAD laaa .. yang terkini ... Maybelline Clear Smooth Extre NUDE BEIGE ... adoiiii... marah tul aku.. tapi apakan daya ... uhuk uhukkkk Silky Girl 01 Naked and Maybelline Nude Beige

Buat Kalian Yang Menceriakan Hati Ini

Image
The shortest word i know is "I" The sweetest word i know is "Love" The person that I will hold in my heart forever is "You" I LOVE YOU

CINTA

Image
Hargai cinta anda kerana cinta satu anugerah mahalkan sedikit harga cinta anda agar apabila anda merelakan ia diberi orang itu akan amat menghargainya Kecantikan seseorang wanita bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakannya susuk yang ditampilkannya, atau bagaimana ia menyisir rambutnya Kecantikan seorang wanita haruslah dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada Hidup tak selalu indah langit tak selalu cerah maka bersabarlah kerana semuanya ada hikmah Jangan bercinta hanya kerana rupa dan harta kerana itu cuma pinjaman dari Allah bercintalah dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah kerana hati ini milik Allah -missfafalovemryug-

Handbag Baruuuuuu

Image
Assalamua'alikum wrt. wbt .... Wehhhhh koranggg... Beg baru dah sampeiiiiii... I likeeeeeee :) ... erkkk, jap2 aku kira berapa beg aku dah ada ...1, 2,3, 8 .... wahhhhhhh .... meriah, meriah...aku kena beli bag hanger lepas nih .... tima kacih koranggg... aku amat2 menghargai hadiah korang ni. kan ku guna sampai diusia emasnya nanti :). Nasha sakap... berapa banyak handbag daaaaa ...hehehe. Sebenornya yang aku beli 1 jer...yg lelain tu semua aku dapat as hadiah ... yeaaa yeaaaa...

Mungkin

Image
Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu Biarkanlah aku merindu sekian lama Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata Terpisahnya kita kerana mengejar impian Mungkin kan bersama dua jiwa ini Dalam mencari cinta sejati Mungkinkah segala derita di jiwa Akan terubat kini Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata Terpisahnya kita kerana mengejar impian Mungkin kan bersama dua jiwa ini Dalam mencari cinta nan suci Mungkinkah segala derita di jiwa Akan terubat kini Hanya satu pintaku Sabarlah menanti Ku kan pulang bersama Cinta... ---- semalam dia datang berjumpa aku untuk ucapkan selamat tinggal... dia akan ke UK malam ini ... semoga dia gembira dan menemui kebahagiaan yang dicari selama ini --- :)

Bila la kain2 ni akan bertukar jadi baju

Image
Salam sumerrrr..... Fuhhh, lega, dah mandi..... kekeke....Malam yang indah ni aku nak citer pasal koleksi kain aku... alahaiii... bila aku kira2, ada 11 pasang kain yg aku lum hantar tempah. 3 daripadanya dah seperti outdated coraknya sebab aku dah peram 3-4 tahun...hehehee. Untuk pengetahuan korang, aku selalu dapat hadiah berupa kain.. jadinya koleksi2 tak sempat jahit ni 80% adalah hadiah dari org2 yg rapat dgn aku. Kelmarin gi Jakel, tangkap lagi 2 pasang...tapi yg ni aku nak terus tempah esok... baju sontoh dah ada... senang sket keje... Nak wat kebaya la...dah lama tak pakai kebaya.... semenjak perut membesar dgn jayanya ...hehehe. Ni lah antara yang aku sempat snap gambo... Nak tunggu kurus, takkan kurusnya..so aku akan segera2 hantar tempah bisukkkk.