Posts

Showing posts from September, 2012

2 Hari Full Sexercise ... Muahahaha

Image
Awwwww lucahnyerr tajukkkk ... ada sexercise gtewww ... Eniway, kejadiannya langsung tak lucah hokehh. Mizz N menghabiskan weekend dengan alam semulajadi yg indah ciptaan Allah. Follow inchik suami bawa pelancong kali ni dari England, France dan Holland. Phewwww sexcited sangat nak menakluk Bukit Teresek lagi dan lagi. Memori 2 minggu lepas yang tergeliat urat lengan masih segar, tapi langsung tak buat aku serikk. Day 1 Pepagi lagi dah dikejutkan dgn lagu you're my love song .. my love song... bersemangat nak gi trekking sampai lupa nak bawa stokin .. cissss... tapi Mizz N tetap gigihkan semangat ...huhuhu Pekena roti pisang (suka giler makan makanan india yang dah diadaptasi dengan makanan London sebab ada pisang) hahaha ... Nescafe o panazzzzz ... baru nak teguk air, pelancong sampai sudaaa... so tinggalkan gtew jer dengan penuh kesayuan memikirkan nak trekking 4 jam tak minum lansung. Beli mineral water !!! Aku suh inchik suami membelinya... Kali ni perjalannan sangat bes

Pecah wall

Meeting untuk kali ke dua petang ni.. Kepala dah tepu sbb isu2 yg dibincangkan bukan isu2 ringan hokeh. Aku kene cepat2 amik supplement balik. Otherwise i'm goin to fall sick. walaupun hari2 aku doa supaya jgn diuji dgn ujian berat. kesian kat anak2 aku kalau aku sakit. malam tadi nawfal tido awal. dalam kol 9 dia terjaga ngadu mata pedih. Aku suh dia basuh muka. Tetiba mata kanan dia mcm tersembul adoiii panic giler tapi sempat bertenang. Aku letak eyemore (bukan amoi) pujuk2 dia ckp itu hanya gigotan serangga. gatal mama, gatal mama (fuhhh seb bek bukan mama gatal) aku kompiden kene geget serangga. aku pujuk dia suh sabar. alhamdulillah anak lelaki aku neh senang dipujuk. lepas sejam, baru nampak tempat yg kene geget tu. alhamdulillah aku syukur tu bukan serius. and by kol 11.30 mlm, bengkak surut sket. nasha dah balik nursery so aku suh meke berdua tido. alhamdulillah.. ujian kecik dari Allah. supaya kita sentiasa ingat kat DIA. (kagum tak kagum tak Mizz N sempat buat bnyk

Testing testing

adoyaiiiiii. akhirnya berjaya gak jumpa cara menghapdet blog dari tab neh. Tamak bin halobas kan . tab suami aku kebas, dgn beam nya lagi ... muahahaha (gelak setan) aku suka guna tab sebab screennya besorrrr .. mudah untuk berinternet tapi bila nak guna untuk call meme la hampeh sebab loud speaker nak buat bunyi2 manja pon syusyah ...hik hik hik alhamdulillah, tak der la aku rasa bodo sepanjang masa duk fikir. semalam masa meeting aku duk menggodek tapi tak berjaya... test! test! !!! alhamdulillah !!!! yippiiiiiiii...

Sumpah kekadang aku muak !!!

Posting ni patot masuk semalam. Tapi dek kelembapan aku dgn tab, tak menjadi nak buat posting neh. Aku muak dengan meeting2 almost everyday dan mengambil 3-4 jam dari waktu kerja aku Siyes pada aku some bosses ni sangat2 poor dalam time and meeting management Satu isu cakap meleret2 sampai berjam2, and akhirnya keje yg bole siap dalam masa 2-3 jam berlarutan sampai 2-3 hari. watdahell !!! Siyes aku cakap, kalau kami officer2 ni tak der, memang terkengkang, terkangkang terlingkuplah seme boss bukan nak cakap besar, tapi itulah hakikatnya bila banyak berlaku pembaziran masa dan tugas2 sepatotnya diserahkan pada para2 officer yg buat so who's da boss?? Makcik meroyan tu kalau ditanya apa pun Jawapan dia ... "Saya tatau" Aku dan member2 pandang dia dah macam kaldai tua jer sekarang (haishhhh tak baik wehhh) Aku jenis straight forward time buat keje.. Aku ada target masa .. bukan suka suki ikut bila aku nak siapkan Time merapu, aku tetap merapu  sebab aku come

Gembira Happy

Semalam ada dua benda yang menggembirakan Mizz N ... Yeayyy Yeayyy Kepertama ... Astro kat rumah dah ok after kegigihan dan kesabaran dealing with maintenance office dan pihak astro sendiri .. Alhamdulillah ... after more than 3 months Mizz N malam tadi, lepas erobik duduk melepak kat sofa sambil nonton edisi khas... owhhhh hampir terlupa bagaimana cool and relaxnya perasaan itewww walaupon kat sofa sebelah bertimbun kain baju yang merayu2 untuk di lipat. Hasrat dihati nak pekena nescafe, tapi no no noooo... kene kontrol sebab dah too much caffeine dalam badan. no good, no good hokeh. Banyak benda yang aku nak ubah dalam hidup ni supaya things will be better mengikut peredaran usia .. Kedua ... tgh2 syiok menonton, tetiba adikku si Azam call .. kak cik, ada kat rumah tak ??? Adaaa.. adaaa.. Azam nak datang sekarang .. nak hantar galaxy beam Yippiiiiii!!!! Boleh bolehhhh Dalam 40 minit dia sampai membawa set galaxy beam futih gteww ... ooomaiigoddd I'm so happy. Impian na

Finance yang tak Finance mana

Dokumen yang perlu verify ada lebey kurang sejengkal. Verify financial document ni sangat2 menjengkelkan taw dak kawan2. It's just becoz when u dun have any financial background and you still have to include that shit into your daily task. Dah la tu... matematik adalah subjek yg paling aku anti masa skolah.. Sampai kat unibersiti terpaksa gigih belajar untuk sekadar lulus. Amazingly aku dapat B+ which is equivalent to A kalau ikut level markah sekarang untuk semua subjek2 yg berunsur matematik. By the way, what u wanna do ?? nak makan gaji buta ke Mizz N??? suka tak suka itu adalah tanggungjawab ada fahammmmmm ? hokehh, hokehh saya gigih check document2 ni hokehhh tetiba panazzzz jerrr... Grilled chicken 5 plate X RM XXXXX Fresh orange 1 X RM XXXX Coffee 1 X RM XXXX Apple Juice 1 X RM XXXX Repair kasut RM XXXX Pensil Kaler RM XXXX arghhhhhhh ... bod.. nak mamp.... ingat ni bapak ko punya duit ker?? makan minum sendiri nak claim kat opis. Sangat tak ada integr

Larangan Menghina Amat Tegas Dalam Al-Qur'an

Kawan-kawan ... Untuk Renungan Bersama ... Ayat al - Quran yang melarang daripada menghina orang lain ... Lebih baik kita takut memikirkan bagaimana pengakhiran hidup kita dari mencari2 dan menyebut2 keburukan orang lain.  Maksudnya: "Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), s

Ohhhhh

Dah lebey kurang seminggu jiwa aku rasa resah Selalunya kalau aku rasa mcm ni maknanya sesuatu yang buruk nak jadi Dan setakat ni sixth sense aku tak pernah silap Dah la Sabtu hari tu mimpi geraham tanggal Then gigi berdenyut2 sampai la malam tadi Pas tu kan .. Rasa syahdu la pulak .. Rasa macam nak nanges mengadu pada Dia Cemana aku pernah buat masa aku hampir rasa letih  satu masa dulu ... Sampai kol 2 pagi kat sejadah berdoa ... Dan alhamdulillah ... Pagi ni aku rasa sangat berbeza Rasa tenang, cool dan ceria kembali Allah sentiasa mendengar dan takkan menghampakan Setuju dengan kata2 ni ... "Lebih baik menangis dari marah ... kerana marah akan melukakan hati sendiri dan orang lain, tapi menangis akan menyuci hati dan jiwa" owhhhhh... sudah2lah syahdu hokeh :-) so now, I'm back to normal ... Semoga tak der benda2 buruk yang terjadi pada aku, family dan kawan2 aku ....ameennn... nota kaki:  nak plan untuk family vacation lah :-)

Ting tang ting tang .. Alexanderrrr !!!!

Image
Semalam aku penat giler kat rumah. Dah lama tak eksesais, then tetiba eksesais dgn jayanya sabtu dan ahad.. so petang semalam aku rasa pinggang dan bontot mcm nak terpisah jer .. Makanya aku terbongkang dari kol 3.30 sampai 6 petang. Kol 6 petang tu anak2 aku merengek2 lapar .. tapi yang bestnyaaa meke mengoffer nak masak sendiri. Masak nasi and telur sweet sour. Aku rasa dah sampai masa meke dilatih untuk lebih berdikari ( sebenornya aku malas masak petang tu... muahahah).. Malas2 aku pon, aku duk kat dapur duk tengok meke masak supaya keadaan sentiasa terkawal.. Tak sempat snap gambor sebab meke dah lapor sangat and terus makan lepas masak ... huhuhu Minggu lepas, anak2 aku merengek sebab kad ASTRO rosak. So aku dgn gigihnya menelepon astro untuk report benda ni. punya la banyak benda dia suh aku buat, tekan, cabut kad, masuk kad .. tutup suis, on balik suis ... bla bla bla dan hasilnya memang kad ASTRO tu rosak. So meke janji nak antar dalam 3-5 hari bekerja. And hari ni ...

Happy Belated Besday Abah!!!

Ekceli besday arwah abah ialah pada 15 September hari tu. Aku tak leh nak wat posting sebab masa tu aku kat Taman Negara. Tak der line tepon n tenet sepanjang aku kat sana. Eniway, Happy besday abah. Semoga ruh abah bersama golongan yang beriman. Mizz N sayang abah... Cemana Mizz N tak kenal ibu dan bapa mertua Mizz N.. sama la macam menantu abah yg tak berpeluang kenal abah kalau abah ada lagi, mesti abah happy dgn jodoh mizz N kali ni Orang kampung, tak kaya duit, tapi kaya hati n kasih sayang  Sebab Mizz N dan anak2 sangat happy dgn hidup yang sederhana ni Lantak la apa orang nak kata ... Alhamdulillah setakat ni kami tak pernah tak cukup makan sampai kena meminta2 Sederhana tu terbaek ... Asalkan kitaorang satu family bahagia ... insyaAllah .. Terima kasih abah ... atas semua sifat2 yang baik Walaupon sepanjang hidup abah penuh dgn leteran, bebelan dan kutukan manusia Sabar abah tak pernah berganjak Sentiasa redha dgn apa yg terjadi Moga syurga balasannya nanti ...

My First Day @ Twitter

Owhhhh sangat gedix kannn ... saja try2 sign up for twitter. Bukan ada member pon. huhuhu ... saja tetiba nak ber tweet2 ... Taper.. taperr.. leh mengikuti perkembangan retis2 dan sapa2 yg patot Setakat ni yg haku follow semenya retis .. we'll see ya Kelmarin mimpi gigi geraham atas belah kanan tanggal.. Sampai hari ni gigi yg aku mimpi tanggal tu berdenyut2.. Apakah petandanya? Ulat dah geget2 n kunyah2.. Kene gi dentistlah jawabnya.. coz i hate this sengal2 feeling.

Pilihan Mizz N ialah .....

Image
Samsung Galaxy Beam            Network HSPA 14.4/5.76 850/900/1900/2100 EDGE/GPRS 850/900/1800/1900 (mcm la aku paham)            Processor 1GHz Dual-core Processor (sikit2 je paham)            Display 4.0 WVGA (800x480) TFT (langsung tak paham)            Platform Android™ Gingerbread 2.3 (IceCreamSandwich version upgradable)( yg aku tau icecream tu sedap .. ginger i dun like)           Camera 5MP with Flash + 1.3MP (haaaa, yg ni paling paham)           Video MPEG4, H.263, H.264, WMV, DivX Recording/Playback: 720p@30fps (bidio pon paham la sket2, especially kalau ada perkataan blue ... kahkahkah)           Audio MP3, AAC, AAC+, eAAC+, WMA           Connectivity WiFi 802.11 b/g/n 2.4GHz BT 3.0+HS USB 2.0 MicroUSB 3.5mm Ear Jack (konek? apa konek2 haaa ???)           Projector features 15 Lumen @ 1W nHD resolution (640x360) Ambience Mode OHP Mode (projek pon aku pahamm)           Sensor Accelerometer, Digital Compass, Proximity, Light, Gyro (deri

Penah Buat dan Masih Buat ... Muahaha

Kentut kat dalam toilet sambil pasang air paip kuat2. (kalau air tak leh cover, wat bunyi ehemmm     ehemm lak) Makan twisties satu peket besar sekali hadap Korek idong masa shopping groceries. Bila orang nampak, buat pandangan AAK ?? Bukak totop suis lampu masa ada orang lain kat dalam toilet .. Bila orang dalam toilet menjerit, ketawa sorang2 (mcm vodo jer kan :P) Nampak jer cicak, letak kapur kat ujung lidi, pas tu letak dekat cicak tu then dia makan kapur tu ..  gelak2 tengok kepala cicak tu mcm mabuk todi ... kihkihkih (jahat gilerzz) Kumpul sticker ( dari skolah rendah lagi) dan sekarang menurun kat anak aku lak ... huhuhu                               Agak2 bila la jiwa ni nak bertukar ke alam dewasa ekk !!!                                  Cemanapon, aku suka cara aku yang tersendiri ni :P                                                                  Mwahhhhhh !!!!!

Otak penat ... tapi sTill nak wat posting

Phewwww... Hari ni penat gilerz ... Meeting dah hari kedua ... bukan hanya memerah otak untuk hal meeting, tapi kene defend staf2 dalam unit gak. Some people memang tak boleh tengok orang senang dan tenang kan. Realitinya bukan lah meke yang nampak senang and tenang tu sebenarnya completely senang, tapi cara cool meke menghadapi dan melalui keadaan2 sukar tu yang menampakkan segalanya seperti mudah. Sepatutnya benda elok dicontohi, tapi untuk some people yang tak mampu nak menghadapi perjalanan hidup dengan cara yang helok, meke akan allergic bila tengok orang lain ada hidup yang lebih baek. Contohnya kat opis aku ni la.. aku dah story pasal makcik meroyanz tu kan .. So, selepas gigih mempertahankan unit kami, alhamdulillah, nampaknya makin sukar lah percubaan makcit iteww. Dan aku tau, org2 keji gtew takkan stop sampai meke mamp*& kan ... Meeting hari kedua akan bersambung hari ke tiga ... penat wehhhh ... ni la nasib para2 pegawai merangkap kuli  macam Mizz N .. meeting berhari

Hujung Minggu Yang Membahagiakan

Image
Dating lagiiiiii!!!!!! Yezzaaaa, I loikeeeeee hari minggu yang panjangg. Sedey sebab my two stoberry shortcake tak dapat follow. Meke dah ada program dgn nenet meke, so memandangkan suti 3 hari, Mizz N dengan gedixnya menekan paddle minyak ke Taman Negara. Suamiku kerja, time pelancong ramai la time rezeki untuk kami .. alhamdulillah. Kol 8.15 p.m. hari Jumaat, aku dah parrrking kat depan chalet kat Taman Negara tu ... Mandi, tukar pakaian .. memula ingatkan nak terbongkang jap sementara tunggu suamiku abes keje, tapi ada member ajak melawat kawan kitaorang baru bersalin, so dengan izin suamiku, kitaorang keluar berjimba seketika dgn baby baru... Tengok muka baby tu ... huhuhuhu nak baby... nak baby !!! Rindu lak saat2 tu .. Suami Mizz N abes keje lebey kurang kol 10.20 malam .. dia ajak turun tepi sungai ... gi sauk anak ikan kelah ... yeayyyyyyyyy !!!!! Aktiviti yang membawa aku ke zaman kanak2 dolu ... seronok sangat .. berjalan berdua2an kat tepi sungai .. terkengkang2 la aku s

Tolong ... Ada Orang Meroyan !!!! (Pinjam ayat twitter Zakwan)

Tolonggg... ada orang meroyan ... makcik tu meroyan lagi kat opis !!! Meroyan sebab boss marah dia tak wat keje, so dia cuba nak kenakan unit2 lain pulak. Yang paling teruk kena ialah unit aku. Siap nak amik sorang staf dari unit aku untuk masuk kat dalam unit dia. Buat pengetahuan korang .. Unit yg dia jaga ada 3 officers, 1 clerk, 1 technician dan 1 senior technician. So 7 oranglah termasuk dia ... Dan job spec mereka ialah buat keje hanya kalau ada komplen atau request.. ni yg realiti apa meke buat ... Sebab yg sekor officer tu memang datang office berborak chatting dari kol 8-5. Yang sepatutnya ialah manage seluruh administrative responsibilities, customer service, infrastructure dan human resource. Kesahnya ialah dia tak boleh nak mengawal mereka2 ini ... yg kuat melawan, kuat ponteng ...so dia tak nak pening2 kepala... solution bangang dia ialah nak tarik staf dalam unit aku untuk buat kerja yg sepatutnya 6 orang tu buat. Unit aku pulak ada 2 officer, 2 clerk dan 1 senior cler

Godai lah ... Godai lah ..

Image
Galaxy Note 2 Galaxy Tab 7.0 plus Galaxy S III Phewwwww .... lama dah impikan gadget neh .. Tapi memandangkan modal tak sukup, and dahulukan perkara2 lain yang lebih penting ... maka ku pendamkan hasrat di hati. Tapi, disebabkan hp anak aku kene curik dan aku terpaksa bagi dia pakai hp zaman gua tu, nampak gayanya kene la tangkap salah satu. Tak bayek tamak ... satu jer sukup .. Bak kata yg bijak pandai dalam money management ... If today you buy things you dont need, just to impress others, someday you will need to sell things that you need most ... Haaa tu dia kawan2 ... Kita bukan hanya perlu berfikir sebelum berkata2, menulis, bertindak tapi perlu juga berfikir sebelum berbelanja ... Itulah kuasa berfikir yang membezakan kita dengan veruk, vavi, viawak dan sebagainya. So, yang mana satukah idaman qolbu ??? Paling rendah antara 3 neh ialah Galaxy Tab 7.0 .. RM1200 . Still big investment bagi aku yang tak manyak duit neh ... huhuhu ... Godai lah ... godai lah

Cinta .. Sayang .. Rindu .. Semuanya Ada Pada Mama.. Papa .. Kakak.. Nopel

Image
Aku memang banyak menghabiskan masa dengan anak2 .. Sejak meke baby lagi ..sehinggalah aku memegang tanggungjawab sebagai mama dan papa dan sampai sekarang, portion besar hidup aku adalah untuk suami, family dan anak2. Macam tak percaya dah melaui saat2 itu lebih 10 tahun. Tak percaya dah melaui saat2 sukar membesarkan mereka, bekerja untuk menyara hidup mereka and yet, kami still survive and stick together as a loving happy family. Lebih meriah tahun ni bila kami jadi berempat. Anak2 kami dalam stage mengekorrr jer mana kami pegi. Terkinja2 bila tau nak gi jalan2 atau kuar makan kat tempat2 special. And bila kuar dari pintu rumah, start mengejek2 satu sama lain dan akhirnya bergaduh sampai la kat dalam kereta .. Havoc wehhhh ... And magicnya .. beberapa saat lepas tu meke leh ketawa balik mcm tak ada apa2 yang berlaku. Padahal aku dah stress n  kering2 tekak suh jangan gaduh ...wallaweiiii... Bila anak2 dah makin membesar ... sorang nak jadi anak dara ...sorang lagi nak jadi anak te

Raya Tak Abes Lagiiii

Anak2 aku begitu excited dengan jamuan raya skolah meke jumaat neh. Tiap2 hari duk remind aku suh masak macam2  ... siap tanya lagi ... mama nak masak mee goreng ker, meehoon goreng ker, ketupat ker, rendang ker, atau menu lain ... Jawapan ngusik aku ... hmmmm ... tahun ni tak yah bawak apa2... bawak perut jerrr... Nopel dgn coolnya sakap .. ok tu mama .. sokong .. buat apa nak malu kan kalau tak bawa apa2 ... orang lain selamba jerr.. wahhhh anak mama suda pandai wat muka tebal ekkk ... bagus2, lama2 jadi kebal n kalis dek kutukan mcm mama.. Last week utk skolah agama punya jamuan raya, aku masak sate kat kedai hj samuri .. haha. Punya la happy budak2 tu. Paling excited op kosss laa anak2 aku ... Balik2 jer dah terlompat2 dari jauh nak bagi laporan terkini ... mama, sate abesssss ... makanan kita jadi menu utama ... Seronok tengok meke happy ... Sebolehnya, cemana susah sekalipun, aku akan usahakan agar mereka sentiasa gembira dengan batasan2 yang ada. Yer la, kami bukan orang sena

Sama2lah Kita Jaga Ye Kawan2 .. Hidup Ni Sementara

Image

Rezeki, Kebahagiaan ... Semuanya Milik Allah Dan Dari Allah ..

Hari ni boss belanja makan lagii!!!! yeaaa yeaaa ... kitaorang ber lapan lunch togeder2 kat area belakang istana negara. Terbaekk sehhh ikan bakar kat situ ... Pilihan Mizz N ialah ikan terubuk, sotong dan pari ... yummyy!!!! Rezeki yang sentiasa datang, alhamdulillah. Jumaat makan free, semalam makan free, hari ni makan free .. Ada orang cakap Mizz N suka bebenor benda2 yang free .. Opp kossss suka sebab itu namanya rezeki. Tak perlu nak meminta dari orang, tapi Allah dah bagi. So jangan jelezz la ekk ...Rezeki tu bahagian masing2 dan dari Allah belaka. Lately Mizz N tak berasa sihat dek allergic habuk .. Oittt rumah Mizz N ersih hokehhhh walau tak secantik rumah korang ... Cuma construction di belakang rumah aku tu yg menyebabkan non stop habuk dan aku sangat2 terkesan ...Sensitip rupanya Mizz N ni .. huhuhu .. Incik suami yang baek hati balik ke KL menjaga aku yang kunun sakit ni untuk 3 hari ya. Alhamdulillah. Siapa lagi nak jaga kalau tak suami sendiri kan. Oittt ... masa dia de

Apa nak buat Weekend ni ..

Hmmm... memang seronok bila weekend tiba... Kunun leh tido and rehat sepuas2nya, jalan2 cari makan and buat benda2 yang kita selalu berangan nak buat masa weekdays. Bab tido ni aku fail sket .. sebab hari2 dah biasa tido lewat, and bangun awal .. So, sekarang ni aku duk terkebil2 mengupdate blog lepas solat subuh. Mata dah tak leh nak tido dah. Jap lagi kompem lapor lak ...huhuhu.. Badan dah memboolat dengan jayanya.. haha ... Esok ada dua jemputan open house, salah satunya ialah rumah adik aku kat Kota Damansara. InsyaAllah akan menghadirkan diri .. Aku memang suka attend majlis2 keluarga sebab bagi aku ukhuwah yg jujur tu sangat2 penting. Berbuat baik pada orang lain tanpa ada motif2 tertentu, memang atas dasar kasih sayang. Itu yang aku ajar pada anak2ku sebagaimana aku di ajar suatu masa dahulu. Anak2 aku ujung minggu ni mengabeskan masa dengan ayah mereka di sana .. So my weekend gonna be a lonely one .. Tak ada bunyi gelak and jerit meke ... and yang utama, tak der bunyi suara

Suka Buka Aib Orang .. Untunglah Bagi Mereka Yang Berfikir

Assalamualaikum semua ... Tua muda kakak adik makcik pakcik for sure setiap seorang dari diri kita ini ada kelemahan atau kekurangan yang tersendiri, namun manusia itu dilahirkan sudah cukup sempurna, kerana setiap kelemahan kita selalunya akan di imbang oleh kelebihan kita yang lain pulak…senang cerita kekurangan pasti ada tak kira dari segi apa sahaja namun kita janganlah terlalu takut untuk menerima kekurangan diri sendiri, mengakuinya dan cuba untuk berubah ... kita hendaklah sentiasa sedar akan kelemahan diri kita dan jangan sesekali mencari kelemahan orang lain dan cuba untuk membukanya atau dalam kata lain jangan suka cakap atau buka aib n kekurangan orang lah kan… Diri kita sendiri tentu-tentunya akan berasa malu sekiranya kelemahan atau kekurangan diri kita diperkatakan, jadi janganlah kita sesekali berbicara tentang kelemahan orang lain kerana roda itu sentiasa berputar, masa kita akan sampai dan ketika aib kita dibuka oleh orang lain, barulah kita rasa p

Count Down .. Lagi Seploh Hari

Aduhhhh... sangat2 tak sabor Mizz N... Lambatnya nak tunggu 10 hari baru voley check :P .. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang lebeyyy untuk menunggu seploh hari lagi ... huhuhu .. Gedixxx ya ampunnn !!!

Cuti Merdeka .. Mimpi Best Semalam

Image
Assalamualaikum .. Peace yawwww ... Malam tadi mimpi best .. Hmmm zaman kanak2 bersama adik beradik dan keluarga .. Bergurau senda, ketawa tanpa syarat .. Rasa macam tak nak mangun sebab zaman kanak2 aku memang best dengan aktiviti2 outdoor yang sentiasa meriangkan. Atau apakah aku ni semulajadi memang seorang periang?? mungkin gak .. Hari ni kembali bekerja selepas 2 minggu cuti2 malaysia .. Kebanyakan hari dihabiskan di rumah dan di Taman Negara .. Suamiku harus bekerja untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga .. Tak per, aku redha as usual dah nature keje dia gitu. Semalam kitaorang gi nonton 29 February dgn anak sedara aku dari Chini yg baru pertama kali datang ke rumah aku .. Ok la storynya ...“29 Februari” merupakan sebuah filem bergenre “biografi fantasi” di bawah arahan Edry Abdul Halim, dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penja