Posts

Showing posts from September, 2013

Tulis jerrr

Image
Melalui hari2 yang meletihkan .. berkursus di Jalan Duta Keadaan sekarang tak berapa suka nak drive lama2 Lebih suka duk ofis dan paling suka duduk kat rumah dengan suami n anak2 Virus kemalasankah ini ??? Ramai yang baru tau aku pegnen Ramai yang cakap perut tecik, tak nampak mcm pegnen Maybe cutting baju kot.. aku tak de beli langsung baju pegnen Semua baju2 sedia ada masih boleh dipakai So, napa nak membazir kan :-) Tapi aku tengok perut aku neh membesarr gak Saiz baby normal, itu yg lebih penting Tak kira la pewut besor ke tecik My gurl n boy hari2 cium pewut ..sayang sangat kat adik Alhamdulillah, aku dikurniakan anak2 dan suami yang sangat penyayang Tak perlu nak cakap or puji lebih2 ... totally bersyukur pada Allah Tak kaya tapi bahagia ... Kami cintakan keluarga ini kerana Allah Minggu lepas beli 2 pasang flat shoes .. warna pink n biru Kasut yg sedia ada dah lunyai dan koyak Aku ni memang jenis loyal pada kasut n handbag Pakai sampai koyak, then baru beli

Sekiranya Ini Sujud Terakhirku

Malam ni rasa agak syahdu Memikirkan diri sendiri sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang anak, seorang pekerja, seorang hamba yang banyak kekurangan. Apakah sudah cukup segala yang aku lakukan untuk membahagiakan orang2 yang aku sayang? Rasanya terlalu banyak lagi yang harus aku lakukan.. Melihat wajah suci anak2 yg sedang tidur, buat aku rasa sangat2 sedih.. Bahagiakah kalian dengan mama? Cukupkah segala kasih sayang dan perhatian yang mama dah beri selama ini. Ya Allah, aku manusia yang lemah. Berikanlah kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kepada diriku. Penuhilah hatiku dengan rasa cinta, kasih dan sayang atas dasar amanah dan tanggungjawab kepadaMu.. Sekiranya malam ini merupakan sujud terakhirku, ampunkanlah diriku, kau peliharalah keluarga kami, iman kami dan amalan kami yang membawa kami je syurga. Ameenn...

Our Jimba2 Day Again and Again

Image
Sesungguhnya kitaorg ni mmg tak leh duk kat rumah kalau cuti or weekend Dalam kepala mula la mereka benda2yg nak dibuat.. By consensus, semua setuju untuk pegi ke wangsa walk. My boy nak main game kat Cobay. Tiap hari Sabtu, kalau nak kuar, we akan ready by 10.30 pagi. Time tu org tak ramai, parking boleh pilih location yg best dan less kecoh kat dalam mall. Lagipun bole stay lelama kalau dtg awal. Memula we ollz gi Cobay, tempat favourite my boboboi. Layan la dia main game animal kaizer. Mahal gak game tu sampai telan 6 token sekali main. Then aku ajak meke gi kat movie, mana tau ada citer best. Ringan molot mengajak, ringan juga la jawapan meke. Yeayyy, seronok sangat letteww. Aaaa ada lak citer vikingdom. Mmg nak tengok citer ni pon. Alhamdulillah, tiket ada kol 1.30, so tak de la lama nak menunggu. Sebelum we ollz pegi TGV, singgah makan kat Pak John Steamboat. Huhuhu, sangat mengecewakan sbb tak sedapp L epas tengok movie, makan kat Secret Recipe.  Ni menu a

My Besteess ....

Image
Kita flashback sket ... Masa my gegerl sit for UPSR Aku menghabiskan 3 hari kat skolah, temankan dia dan borak dengan cikgu2 Yang tak kenal jadi kenal ... Aku salute cikgu2 skolah ni .. memang sangat amik berat pasal student dan tahap kerajinan yang tinggi. Kelas tambahan dari awal tahun ... latihan 30 minit sebelum mula kelas Majlis solat hajat dan macam2 aktiviti untuk bantu student Terbukti .. my gegerl dari 3 A masa first test, dapat 4 A untuk second test dan 5 A for trial.. Alhamdulillah dan terima kasih cikgu2 semua .. Day 1 aku sembang dengan guru kelas, sambil2 tolong dia prepare makanan utk students of course borak pasal my gegerl, bukan org lain punya gegerl Cikgu cakap my girl agak pendiam kat kelas, banyak buat hal sendiri Semenjak best fren dia tukar skolah .. dia tak de best fren baru .. Yeahh .. aku memang akui tu. dia upset sangat masa bestfren dia tukar skolah ke kelantan and of course, best fren mana leh senang2 tukar kan. yang dah sejiwa, sehati, sat

My Stomach Is Very Upset!!!

Image
Malam kelmarin, tengah jadi chekgu matematik my boy Tetiba rasa nak termuntah dan terus muntah ... OMG, dah la tak dinner, keluar air2 warna merah2 yang sangat memedihkan tekak Lepas tu perut rasa bergelora and membuang Out of sudden ... Memulas pon datang Arramakkk, ketahian apakah ini ?? Opsss ... maybe aku tersalah makan petang tadi Mee Goreng ... sebab dah lapar sangat, padahal aku tak suka mee goreng Melalui malam hari dengan rasa tak selesa dan perut yg bergelora Esok paginya dengan gigih menyiapkan anak2 kesekolah Dan aku pon drive ke opis Memula ingatkan nak rest kat rumah, tapi aku fikir2 dibuatnya terpengsan ke hapa So, baikla aku pengsan kat opis dari sensorang kat rumah Kol 10 dah menggigil2 .. nak jugak siapkan keje dulu Degilkan aku ni .. sakit2 pon ingatkan keje ... ye la, kalau keje tak siap, idop aku tak tenteram lagi memulas perut aku nanti Minta driver big boss antarkan ke klinik .. Kat klinik punya la ramai manusia ... Adoiii la nak menunggu ...

Berangan lagiii ....

Image
Baby kenit kat dalam pewut ni so very active ... Minggu ni, masuk minggu yg ke 21 .. alhamdulillah gini la gambaran baby 21 weeks kat dalam pewut mommy Siang malam duk prektis karate and kickboxing kat dalam tu Tah bila masa dia tido .. bila mama jaga, dia pon jaga Maknanya serupa la macam abg dan kakaknya dulu Tak reti duduk diam dari dalam pewut sampai la kuar melihat donia .. So mama and papa, bersedialah untuk pengalaman pengembaraan yang sangat2 mengujakan ye Mudah2an sihat, sempurna dan diberi keindahan akhlaq dan rupa paras ... ameennn Hari ni kerja .. soooo ngantuk. Rasa nak gi surau dan tido je But, aku tak penah buat keje gitu ok .. tido time opis hour kat surau. Kalau meronda ke tempat staf2 ada la .. Tadi my staff bawa lauk rendang .. pekena dengan acar n nasi beriani yg aku bawa Mana la tak ngantuk oiii ... Dah la sampai rumah lepas isya" .. Actually sampai awal .. tapi singgah kat masjid dolu dalam misi pencarian Alhamdulillah lepas isya' dah se

Cuti-Cuti Hari Malaysia

Image
Berehat seketika selepas bizi dengan skolah my cupids. Semalam ikut encik suami ke Taman Negara coz duduk sensorang kat rumah. My cupids ada event dgn opah mereka. Relax santai la petang ni sambil melepak kat kedai. Ramainya pelancong weekend ni coz cuti v3 hari sampai senin. Cuaca syahdu2 bikin mata nak pejam je. Sekali sekala tertanjat bila ada customer dtg nak membeli. Alhamdulillah kedai kami sederhana jualannya, tapi konsistent. Cuma bila encik suami balik kl, kedai tutup sementara. Pekerja baru berenti sbb nk sambung belajar. sebahagian barang2 kedai   Ice cream dah abes, tak sampai lg stok baru. Hmm, ni la benda sambilan yg kitaorg buat utk menabung. sikit -sikit je. ada rezeki lebih,  adalah nanti, insyaAllah.  Printing akan aktif semula lepas pelancong2 reda. tak terkejar beb! Dengan chenta jarak jauh lagi. Phewww... hanya org2 yg tak emo je bole melalui kehidupan yg bizi mcm kami  dgn tenteram. Alhamdulillah, kami bahagia dengan rezeki dan cara kami. Tak ada be

Yang Ditunggu Dah Tiba

10.9.2013 ... Bermula peperiksan UPSR. Seawal 7 pagi kami dah berada disekolah. My girl, muka risau campur excited nak melalui pengalaman peperiksan. Masa untuk doa, doa dan doa Masa untuk tawakkal pada Allah atas segala usaha, doa dan segala kemungkinan. Walaupun sentiasa mengharapkan yang terbaik, perancangan dan pemberian Allah pasti jauh lebih baik. Semoga my baby girl mendapat kejayaan yang cemerlang, 5 A dalam peperiksaan ini. Setelah semua usaha, apa2 yg Allah beri aku pasti redha, insyaAllah.. My boy pula akan periksa akhir tahun next week. so minggu ni aku akan temankan dua2 cupids study memandangkan aku amik cuti. Semoga keluarga kami diberikan rezeki yg berganda dan barakah setiap hari, iman yg bertambah, imamyg benar serta kejayaan dunia akhirat. ameenn.

Boboi or Gegerl??

Soalan paling hot sekarang... Boboi or gegerl baby ni?? Jumpa je kawan2 atau yg aku kenal, mesti akan ditanya. Tah la yunk, tak nampak lagi masa akak scan ritu. Tunggu akhir bulan ni ekk. Sebenarnya aku pon seksaited nak tahu walaupon tak kisah sebenarnya samada boboi atau gegerl. Doa aku dan suami agar mama dan baby sihat, dipermudahkan urusan bersalin nanti dan tak sakit bnyk. Terkesima aku bila kawan yg baru bersalin 2 hari lepas cakap tak sakit n tak de jahit pun. OMG, lucky of her. Maybe sebab dia bersalin rapat2 and yg ke empat, so perjalanannya lebih smooth n steady. Frankly speaking aku ada rasa nervous sbb dah lupa sakit tu cemana. Tapi yg pasti sakit contraction tu buat rasa mcm nak tendang je nurse yg duk dtg check bukaan dah berapa. Phewwww.. agak scary nak mengulangi saat2 itteww. By the way, alahan aku dah hilang sepenuhnya. Alhamdulillah.. So skrg ni masa utk memboolatkan badan. Tapi idak la beria aku makan. Badan aku mmg senang naik. Dan kalau nak kurus. kene

3 (Tiga) ...

My Favourite no is 3 .. dari dulu mmg sgt suka ini nombor ... ada sebab yg tersendiri .. Biarlah rahsia ... :-) 3 HAL   Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan.   Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang: 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang: 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran Ada 3 Hal yang paling berharga: 1. Kasih sayang 2. Cinta 3. Kebaikan Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti: 1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. mimpi Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang: 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras Ada 3 Hal yang membuatkan kita berjaya: 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu: 1.Rezeki 2.Umur 3. Jodoh Tapi ada 3 hal dalam hidup yang PASTI, iaitu: 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian

One and Two .. Two and Three...

This blog ada ramai silent reader ... Thanks to all .. Cemana bole tahu?? Yeahh .. ada tulih kat page view admin .. My sajak pon dah merebak ke banyak blog .. Sajak dolu2 time2 feeling extra .. Haha Aku tulis semua ni untuk diri aku sendiri ... Sebagai kenang2an di hari tua Dan utk mengingatkan aku tentang perkara2 yg mungkin aku terlupa Sikit tak de tujuan nak menunjuk atau riak.. ada ke pun?? Rasanya tak de. Bak kata Saidina Ali R.A .. Jangan buka aib orang dan jangan buka aib sendiri .. Cakap benda2 yg elok sahaja :-) So, kita cakap pasal yg indah2 dan kehidupan ... Kehidupan aku ... bukan kehidupan orang lain ... Second ... Aku sangat bersyukur jadi rakyat Malaysia Tinggal di Malaysia .. Rezeki di Malaysia .. Keluarga di Malaysia Kalau kat China, anak lebih dari 1 kene bunuh .. campak dari gunung Kalau mak amik pil kesuburan, kene hukuman mati .. tembak saja .. Adoiii, kejam sungguh ... Sebab tu ramai pendatang suka duk kat Malaysia n tamau balik2 Kat sini masih