Posts

Showing posts from July, 2023

Eidul Adha - Bahagia Cara Kita

Image
 Assalamualaikum semua ..  Hari Jumaat, 10 Muharram .. hari yang penuh keberkatan, hari yang makbul doa, hari yang penuh kebaikan. Semoga kita semua mendapat hidayah dan kasihsayang Allah. Throwback Hari Raya Haji. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan orang yang asal kampung, antara himah dan keseronokannya ialah dapat menikmati suasana raya kat kampung yang sangat2 meriah. Asal balik kampung dah macam YB pulak rasa. Buat apapun sekampung datang support. Orang2 susah ni kebanyakannya baik2 dan sangat membantu. Jangan fikir orang2 kampung ni mundur ya kawan2 .. dorang ada access pada internet dan kemudahan2 .. bezanya nak ke bandar je jauh. Aku kalau rindu suasana kampung yang original, mesti ajak encik suami balik sana. Banyak lagi gambar dalam koleksi, tapi biarlah upload yg ni je. Hari Raya Haji ni pagi lepas solat banyak orang ajak datang rumah makan2 .. rezeki kami buat bbq, oden dan jemput semua orang kampung datang makan2 petang raya tu .. ya Allah seronoknya. Budak2 muda pun

Pencacai atau Pendamai

Image
Assalamualaikum semua.. Hari dah petang, kerja dah siap. So kita menulis sikit pengalaman harini dan sebelum2 ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal hari raya haji yg memang ohsemmm ... tapi ada kejadian2 dipejabat beberapa harini yang membuat aku rasa nak menulis topik ni sementara menunggu anak dara habis exam. Bila kita kerja dah lama .. jadi kakak2, makcik2  kat office, selalu ada yang datang meluahkan, bertanya pandangan, salah faham tak puas hati dengan officemate. Benda yang biasa berlaku depana mata kita kan. Dalam keadaan orang meluahkan dan bertanya pendapat, kita ada 2 option, samada untuk menjadi pencacai atau pendamai . Tak heran ya, ada disekeliling kita suka memilih untuk jadi pencacai. Sangat suka melihat orang bertelagah dan memanjangkan salah faham seterusnya jadi musuh sekutu. Adalah satu keseronokkan bila melihat orang lain bergaduh, bersengketa dan jadi batu api dalam masalah2 yang sebenarnya boleh diselesaikan. Ianya pernah terjadi depan mata aku suatu masa dahulu. L

Seketul Daging .. Busuk atau Wangi

Image
 Assalamualaikum semua ..😍😍😍 Seketul daging, apabila ianya busuk, maka seluruh badan, fikiran, jiwa, kata-kata dan perbuatan akan turut busuk dan semakin membusuk jika tidak dirawat segera. Banyak perkara yang terjadi disekeliling kita, bila kita lihat, dengar dan baca, kita bersyukur kepada Allah kerana kita tidak seperti mereka. Sebab tulah kita kena berkawan dengan orang2 yang baik, bijak. Bak kata omputeh,  Strong minds discuss ideas, average minds discuss events, weak minds  discuss people and lowest mind create gossip and drama.  Bila Allah takdirkan kita untuk berhadapan dengan orang2 sebegini, tak perlu nak berperang, bergaduh memaki, menyindir semula, tapi serahkan pada Allah. Doakan mereka diberi hidayah kerana hidayah Allah tu sangat mahal, hanya yang mencari akan berjumpa. Doakan mereka berjumpa kebahagiaan kerana hidup mereka sebenarnya sengsara, tak tenang. Maunya nak tenang kalau hari2 bangun tidur fikir cara nak maki, nak fitnah dan nak kenakan orang lain 😄 Dan doa