Posts

Showing posts from 2023

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Wahai Diri Ini. Selamat Tahun Baru 2024

Image
Assalamualaikum semua ♥️  Tahun 2023 dah almost menutup tirai. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis, kejayaan, rezeki yang Allah bagi pada tahun ini yang pastinya menjadikan aku manusia yang lebih beringat 5 perkara sebelum 5 perkara. Aku nak mulakan tahun 2024 dengan ucapan syukur, terima kasih pada Allah dan terima kasih pada diriku sendiri. Kita selalu ucap terima kasih pada orang lain, tapi kita kerap lupa untuk berterima kasih pada diri sendiri. Diri kita yang telah banyak mengharungi realiti kehidupan dengan parut luka dan kebahagiaan yang bertukar ganti. Perjalanan kehidupanku mungkin tak semudah orang lain. Mungkin ada orang selesa dgn kehidupan yang statik supaya tak penat, pening dan lelah. Kejayaan tak ada yang percuma, semuanya perlu dibayar mahal dengan usaha, doa, kebijaksanaan dan kesungguhan yang berterusan..Aku dah terbiasa berusaha keras untuk dapatkan sesuatu yang aku impikan, Dan anugerah dari Tuhan, aku dapat lebih dari apa yang aku impikan.  😍😍😍 Terima kasih p

Apa Yang Allah Tentukan Pada Kita, Akan Tetap Untuk Kita

Image
Assalamualaikum hai semua ♥️ Cuti panjang. Umur2 gini seronok duk rumah. Kalau nak jalan, jalan yang jauh2. Takat nak meronda kat shopping mall, kita bagi kat orang2 muda. Hajat nak mengemas, tapi golek2 peluk bantal lagi best. Hahaha Sebenarnya kan harini ada satu cerita. Pasal 4 cincin emas yang aku dah berbulan tak jumpa. Jenuh mencari, and sebab tak cari kat tempat yg sepatutnya, maka tak delah berjumpa. Akhirnya aku redha. Selalu sebut dalam hati, kalau memang cincin tu Allah nak panjangkan lagi pinjaman pada aku, pasti akan jumpa dan ada rezeki someday. Jika memang ditakdirkan bukan jadi hak aku, tak apa, semoga Allah gantikan dengan yg lebih baik.  Harini terpanggil untuk cari kat tempat yg tak pernah aku cari sebelum ni. Punggah keluar lah kotak2 brooch, assessories dan sebagainya satu per satu. Tiba2 nampak satu box ni dalam keadaan terbalik. Bila angkat .. wahhhh rezeki tanpa di duga. Cincin2 tu kat situ rupanya. Elok berkilau. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dekat setahun

Nikmati Setiap Rezeki

Image
Assalamualaikum u ollzz .. Seminggu ni tekak teringin sangat nak makan ketam. Pastu anak dara teringin nak makan lobster. Akibat selalu tengok seafood mukbang la ni. Pergi ke Jusco tadi ada rezeki nak beli dua2 tu. Mula2 nak beli mud crab tapi saiz kecik nau, so belilah ketam bunga 3 ekor. Harga boleh tahan RM21 se ekor. Teringin punya pasal kan.  Lobster tu rebus dulu sekejap and masak mcm chinese style dgn garlic n chili oil buatan sendiri. Boleh la untuk lepas tekak sendiri and tekak anak2. Ketam masak chilli tapi lupa pulak nak amik gambar tadi. Dah masuk perut dgn jayanya. Lobster ti sebab frozen punya, rasanya kurang sedap berbanding yg makan kat sabah tu. Tapi boleh la buek ghaso-ghaso kan.  Sekarang ni kan, bila anak2 dah besar, tiap kali tekak rasa nak makan apa, aku beli aje. Dulu masa anak kecik berkira juga kalau nak beli yang harga lebih sikit. Fikir nak simpan duit untuk kegunaan untuk besarkan dorang. And masa tu gaji pun ciput aje, ramai yang perlu dibantu. Sekarang rez

Eidul Adha - Bahagia Cara Kita

Image
 Assalamualaikum semua ..  Hari Jumaat, 10 Muharram .. hari yang penuh keberkatan, hari yang makbul doa, hari yang penuh kebaikan. Semoga kita semua mendapat hidayah dan kasihsayang Allah. Throwback Hari Raya Haji. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan orang yang asal kampung, antara himah dan keseronokannya ialah dapat menikmati suasana raya kat kampung yang sangat2 meriah. Asal balik kampung dah macam YB pulak rasa. Buat apapun sekampung datang support. Orang2 susah ni kebanyakannya baik2 dan sangat membantu. Jangan fikir orang2 kampung ni mundur ya kawan2 .. dorang ada access pada internet dan kemudahan2 .. bezanya nak ke bandar je jauh. Aku kalau rindu suasana kampung yang original, mesti ajak encik suami balik sana. Banyak lagi gambar dalam koleksi, tapi biarlah upload yg ni je. Hari Raya Haji ni pagi lepas solat banyak orang ajak datang rumah makan2 .. rezeki kami buat bbq, oden dan jemput semua orang kampung datang makan2 petang raya tu .. ya Allah seronoknya. Budak2 muda pun

Pencacai atau Pendamai

Image
Assalamualaikum semua.. Hari dah petang, kerja dah siap. So kita menulis sikit pengalaman harini dan sebelum2 ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal hari raya haji yg memang ohsemmm ... tapi ada kejadian2 dipejabat beberapa harini yang membuat aku rasa nak menulis topik ni sementara menunggu anak dara habis exam. Bila kita kerja dah lama .. jadi kakak2, makcik2  kat office, selalu ada yang datang meluahkan, bertanya pandangan, salah faham tak puas hati dengan officemate. Benda yang biasa berlaku depana mata kita kan. Dalam keadaan orang meluahkan dan bertanya pendapat, kita ada 2 option, samada untuk menjadi pencacai atau pendamai . Tak heran ya, ada disekeliling kita suka memilih untuk jadi pencacai. Sangat suka melihat orang bertelagah dan memanjangkan salah faham seterusnya jadi musuh sekutu. Adalah satu keseronokkan bila melihat orang lain bergaduh, bersengketa dan jadi batu api dalam masalah2 yang sebenarnya boleh diselesaikan. Ianya pernah terjadi depan mata aku suatu masa dahulu. L

Seketul Daging .. Busuk atau Wangi

Image
 Assalamualaikum semua ..😍😍😍 Seketul daging, apabila ianya busuk, maka seluruh badan, fikiran, jiwa, kata-kata dan perbuatan akan turut busuk dan semakin membusuk jika tidak dirawat segera. Banyak perkara yang terjadi disekeliling kita, bila kita lihat, dengar dan baca, kita bersyukur kepada Allah kerana kita tidak seperti mereka. Sebab tulah kita kena berkawan dengan orang2 yang baik, bijak. Bak kata omputeh,  Strong minds discuss ideas, average minds discuss events, weak minds  discuss people and lowest mind create gossip and drama.  Bila Allah takdirkan kita untuk berhadapan dengan orang2 sebegini, tak perlu nak berperang, bergaduh memaki, menyindir semula, tapi serahkan pada Allah. Doakan mereka diberi hidayah kerana hidayah Allah tu sangat mahal, hanya yang mencari akan berjumpa. Doakan mereka berjumpa kebahagiaan kerana hidup mereka sebenarnya sengsara, tak tenang. Maunya nak tenang kalau hari2 bangun tidur fikir cara nak maki, nak fitnah dan nak kenakan orang lain 😄 Dan doa

Raya .. Raya .. Raya .. 2023

Image
Assalamualaikum kawan2 ... Syukur kita masih diberi nafas hingga ke hari ini untuk berfikir yg baik2, becakap yg baik2 dan hidup dengan baik2 😍😍😍😍😍 .. Raya 2023 .. aduhai, makin meningkat umur makin seronok berhari raya, melayan anak2 yang juga enjoy the raya. First of all, rezeki raya aku luar biasa tahun ni. Syukur, syukur dan syukur. Sangat betul ya, bila kita serahkan hidup kita sepenuhnya pada Allah setiap hari, Allah akan uruskan dan aturkan dengan sebaiknya. Allah akan hantar orang yang baik2 untuk bersama2 kita tanpa kita jangka. Tahun ni aku balik Teluk Intan. Lepas sahur Khamis terus masak rendang ayam dan daging. In case raya mengejut Jumaat, rendang dah ada untuk sarapan. Kemas2 rumah ala kadar, sempat tu pegi keluar beli barang dulu. Lepas terawikh baru kami gerak balik. Lewat gak dalam pukul 11 mcm tu tak silap. Tapi jalanraya meriah subhanallah. Tak takut pun nak drive tgh2 malam kalau meriah gitu. Sampai rumah bonda pukul 3 pagi. Mata dah rabak since tak tido dari

Unbowed .. Unbent .. Unbroken Me

Assalamualaikum semua ... Hari-hari yang indah, penuh pelajaran, kenangan dan wajib disyukuri. Bulan 1 dah meninggalkan kita. Bulan Februari dah separuh meninggalkan kita.  Semakin akhir zaman, semakin cepat masa berlalu. Kehidupan keluarga dan kerjaya aku sentiasa penuh dengan perkara2 yang mendorong kebaikan. Tu adalah rezeki sebenarnya. Mintalah setiap hari dari Allah untuk kita menjadi manusia yang sentiasa mengingatiNya, sentiasa menyebut namaNya. Kita bukan orang yang baik, tapi yang penting kita sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Semoga kita sentiasa jadi orang yang selalu muhasabah diri, diberi kesibukan untuk perkara2 yang baik, dan menghitung dosa dan kesilapan sendiri. Sedang menunggu perkhabaran gembira ... semoga dipermudahkan 😍😍😍. Hidup di dunia hanya sekali. Jadikan ia beerti. Semoga kita disayangi oleh mereka yang menyayangi Allah dan Rasul.

Happy New Year 2023

Image
Selawat dan salam buat Baginda Muhammad SAW. Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat mentally, physically dan emotionally. Happy New Year semua. Apa plan korang tahun ni? Aku punya plan tak leh btau .. Biralah rahsia, let the success speaks kan. Yang aku doa ialah semoga Allah sentiasa sibukkan aku, suami dan anak2 dengan perkara2 kebaikan, mengejar syurga, permudahkan segala urusan kami. Tertarik dengan tulisan ni yang sangat menggambarkan aku. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ I once asked a very successful woman to share her secret with me.  She smiled and said to me.. "I started succeeding when I started leaving small fights for small fighters.  I stopped fighting those who gossiped about me... I stopped fighting with anyone.. I stopped fighting for attention... I stopped fighting to meet peoples expectation of me... I stopped fighting for my rights with inconsiderate people... I stopped fighting to please everyone... I stopped fighting to prove the

Thailand with Love - Part 2

Image
 Assalamualaikum semua, haii dan haiiii ... Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua dalam keadaan sihat bahagia dan ceria2 selalu. Ok kita sambung journey kita di Satun - Pak - Bara - Hat Yai - Songkhla. Malam tu, lepas kami ketiduran dan rehat kat resort, kami meronda di pasar malam Pak Bara. Pasar malam ni kat tepi laut. And bila dah kat tepi laut, of courselah, banyak makanan yang dijual berunsur seafood dan rare food. Menarik tengok cara masakan, preparation dan bungkusan mereka.         Ada yang ingat gambar tu gambar kuih siput .. tengok betul2 rupanya ulat goreng 😂. Berani tengok ja .. tak berani nak try. Lepas round2 ni si bongsu nak naik ferris wheel pula .. Mama sorrylah nak naik, gayat wehh .. So kakak tolong teman. Tengok pasar malam tak de jual makanan berat. Ais krim dia punyalah besar, sedap and harga RM 3 aje. Kalau kat Malaysia rasanya mau RM 7-8 paling kurang. Tak sempat nak amik gambo sebab dah wassalam. Kat sini tak risau sangat nak berkomunik