Posts

Showing posts from October, 2022

Blessed Birthday

Image
Assalamualaikum .. Alhamdulillah, selamat menginjak umur 24 tahun untuk kesekian kalinya pada 17 Oct 2022. Perasaan ku? Syukur, happy, rasa disayangi dan segala yang positive. Seperti yang di kata, makin umur bertambah, makin meriah kehidupan. Antara nikmat yang wajib disyukuri.  Hari Ahad kami keluar ke Bukit Bintang untuk celebrate Nasha's birthday ke 21. Pagi2 dah kena kerah bangun semua 😆😆. Anak teruna pun ada balik, memang seronok bila lengkap semua anak2 dan mama papa ada sama. Lepas makan2, kami pegi ronda2 kat Central Market. Lama sungguh tak datang sini. Cakap kat husband .. Teringat cerita zaman bujang .. janji nak jumpa secret admire kat sini. siap janji nak pakai baju warna apa, padahal aku tak ikut pun warna baju tu .. hahahhaa ... intai dari jauh aje. Tengok muka tak hensem terus balik ... hahahahha. Nakal siottt. Sambutan birthday mama pula the next day. Saja ambil cuti since annual leave banyak tak habis2. Encik shuben ajak keluar lagi tapi harini kami berduet men

Antara Favourite Spot

Image
Assalamualaikum semua .. Harini aku cuti, so banyak masa nak menaip dan publish draft2 yg tersimpan lama. Cuti besday buat apa?? Mengemas laci2 dan almari2 .. Aduhai, rasa mcm tak banyak barang, tapi bila dah mula mengemas, setengah hari nak siapkan drawer almari sikat. fuhhh. Antara favourite spot kami satu family ialah Kuantan .. sebab makan sedap, pantai banyak, hotel banyak. So kami agak selalu ke sini.  Pantai TC ni yang bestnya kat area belah tepi sekali .. belah kiri, area campsite. View memang padu, cantik siot .. Kat situ kepah besar2 kalau rajin mencari waktu lepas subuh.  Ana Ikan bakar ni dia punya ikan bakar petai setakat ni yg paling sedap lah ikut tekak aku. Dah try few kedai, kat sini juga yg best. Ada 2 tempat ya, tepi laut dan tepi jalan besar. Yg sedap ni kat tepi jalan besar. Tu je nak cerita .. hahahah .. Semoga kita semua disayangi oleh mereka2 yang menyayangi Allah dan RasulNya .. Aameen. K byeeeee  

Mama Missed Our Cook

Image
Dah berhabuk kat dalam draft ... Cerita busy ni takkan habiskan selagi kita ni hidup. Dunia bukan tempat untuk berehat dan bersenang2 selalu .. Semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Sang Pencipta. Kisah kami balik ke Teluk Intan. By the way, cuti kali ni aku rasa puasssss sangatt .. Encik suami sibuk dengan pelancung2, aku minta izin untuk pegi rumah kakak and balik TI. Hari Jumaat petang dah gerak ke Batu Gajah. Macam seronok berjalan tak tahu nak katalah. Fefeling tourist kat Ipoh. Malam tu kami ke Ipoh Night Market  Balik rumah kitaorang tengok movie sama2 .. semua duk mengadap tv cerita Mat Kilau sampai pukul 3 pagi. Aku dah surrender. Tak daya nak berjaga dah tapi budak2 ni kuat betul tenaga bertahan sampai habis cerita.  Esoknya pepagi dah bangun bersiap nak ke Concubine Lane and Plan B . Eh cari gambor2 kat situ ada kat hp. Malas nak transfer ke laptop lagi.. Kemudian ke Gunung Lang ... Tempat cantik nau tapi banyak monyet ya ampunn.. Nak ke Kellie's Castle. Tasik Cermin d