Posts

Showing posts from November, 2012

Akhirnyeee .....

Akhirnya sessi mengaudit pon selesai ... Masing2 ucapkan tahniah pada aku Sebab utk tahun kedua aku di opis ni Tak berlaku non comformance dari proses kerja Alhamdulillah, syukur sangat2 Aku masih percaya, bila kita mudahkan urusan orang dengan ikhlas, Allah pasti akan mudahkan urusan kita. Tak perlu nak canang satu dunia apa kita ada dan apa yang kita buat, Benda yang baik akan terbukti dengan sendirinya Terima kasih Allah !!!! Rasa penat sangat otak dan badan Berhari2 stress memikirkan audit Bila ketua auditor di audit, maka level of stressnya sangat2 tinggi Tapi cemanapon, alhamdulillah aku masih bole ketawa, senyum kat opis tak der gaduh dgn sapa2 tak perlu nak mengutuk atau marah sesiapa cuma kadang2 ngadu manja dgn encik suami bila dah terlalu penat and kadang2 kerjasama tu tak seperti yang aku harapkan manusia ni macam2 kerenah kat mana2 pon keadaannya sama hari ni masih sambung diet makan oat sahaja .. 3 sudu pagi dan 3 sudu tengahari tak kurus ponn .

Gosok Jgn Tak Gosok!!!

Pepagi lagi dah parrrking kar carwash. Untong la kat sini ada 24 hours carwash. Kete aku dah macam lori pasir berdebu luarannya dan sangat sakit mataku memandang so. walaupon akan sampai sikit lambat aku tetap nak transform kete ni jadi berkilat n bersinar bak lantai dirumahku Tahap kerajinan aku maintain sekarang. Alhamdulillah Seronok tengok keadaan yg kemas dan bersih Tapi mmg perlu effort dan kerajinan yg lebih Sementara dalam usaha menurunkan berat badan Bagus sangat mengeluarkan peluh dgn cara gini Rumah bersih, badan cergas! ok, berbalik pada citer car wash ni rupanya dah berderet kete menunggu utk mandi kete aku yg kelima. phewww pekerja 2 orang je maknanya kene tunggu lama banyak hmmm tak per, janji berkilat n bersinar mesti pagi ni meke kat opis tanya sebab aku jarang sangat sampai lepas kol 8

Kejujuran: Nilainya

Bercakap soal kejujuran Kita semua ingin orang jujur dengan kita, namun persoalan utamanya, adakah kita jujur dengan diri kita? Jujur dengan orang di sekeliling kita? Jujur dalam setiap perkara yang dilakukan? kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada tapi kita tidak melakukannya. What you give you get back. Kejujuran boleh mengubah hidup. Kejujuran boleh mengolah keadaan. Hidup ni adalah sekolah bagi kita semua. Tak semestinya bila Mizz N menulis pasal kejujuran maknanya Mizz N pompuan paling jujur di alam maya ni. Oh tidakkkk. Mizz N tidak lah begitu berhemah Tapi juga bukan pengkhianat hati dan perasaan orang lain Nak sangat jadi manusia yang jujur tanpa henti. walau kata orang kejujuran tu ada kalanya menyakitkan ya, mungkin menyakitkan sebab cara penyampaian dan perkataan yang digunakan tak sesuai atau kita tidak bersikap jujur dari awal Pernah baca cemana nak latih diri supaya bersifat jujur Mesti mulakan dengan diri sendiri. Jujur pada diri, pad

Genting Highland Aku Datang

Image
Perghhh.. Dah 15 tahun aku tak jejak tempat ni Last pegi masa zaman student dulu Banyak sangat perubahan and definitely perubahan yang positif kepada pengunjung dolu2 tak der jalan terus ke theme park. tapi sekarang. parrking kete kat sebelah taman tema luar je. Mizz N dan suami just redah jer. tak der menda nak buat, so kitaorang pon dtg sini alhamdulillah perjalanan ok, cuaca ok masa sampai. jalan2, explore. memang sangat syiokk!!!! Tak banyak gambor yg bole diupload sebab banyak gmbo kitaorg je haishhh sangat2 tak sabar nak datang balik dgn anak2. hari ni meke balik kampung ada kenduri kat rumah opah sebelah sana bajet untuk satu family dah kira dahhhh mudah2an Allah beri kami rezeki tak sabarrrrrr nak dtg semula.

Ahlan Wasahlan 1434 Hijriah

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut tahun baru 1434 Hijriah. Yang istimewanya tahun ni, aku dan anak2 bersama2 membaca doa akhir tahun iaitu selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib. Since perlu dibaca 3 kali, kitaorang gilir2 baca. Rasa tenang dan bahagia dapat bersama2 dgn insan tersayang pada waktu2 yang barakah gini. Kandaku akan sampai esok. Yeaa yeaaa!!! Rindu gilerzz wehh So disini nak wish rakan2 semua Salam Maal Hijrah. Semoga kita teeus berhijrah kearah kebaikan. Semua manusia buat silap. Takder sorang yg sempurna, yang penting kita punya kekuatan untuk memperbaiki diri. Masing2 ada kisah silam, keburukan dan kekurangan. Belajar menerima kelemahan diri, appretiate kekuatan kita dgn sikap syukur. Then baru kita boleh punya hubungan baik sesama manusia. Tutup buku lama, buka buku baru. Rugi lah mereka yang merelakan diri trperangkap dalam kisah2 silam yang menyakitkan hati dan jiwa. Hidup mesti kehadapan!!! Aku doakan kita semua diberi kesihatan yang b

Day 4 - Hari Pepeluhan dan Pemelewapan

Assalamualaikum... Hari ketiga dah berlalu, demam, pening, lapar melampau semuanya menyerang Hari keempat alhamdulillah, demam kurang since subuh tadi aku berpeluh dgn jayanya mcm jogging 5km rasanya still menten tak amik nasi, tak amik minuman manis tak makan roti n biskut perghhh menggigil2 gak nak melepaskan seminggu ni nak mendisiplinkan diri untuk makan sebetulnya kali ni nekad sungguh2. nak turunkan at least 8 kg masih gigih di hari ke empat walau perjalanan masih jauh masa ni la ngidam nak melantak beriani kamben, sate, masak lemak ketam dan KOPI oiiiii dugaan dasattt. kalo tak kuat semangat mmg akan kelaut cuma hari ni selera makan amat kurang makan sayuran dgn rendang ayam tgahari dan selebihnya minum susu soya tu je. Tengok cemana hari ke lima esok. Mudah2an misi tetap lanchorr ameeen

Day 3.... Adehhhh Kedemaman Kemanjaan

Image
Assalamualaikum.. Bila semua baju dah muat2 and ada yg masih tak muat2 Lampu otomen didaderku pon vervunyi. Danger¡ Danger¡¡¡ Kene vuat sesuatu supaya keadaan menjadi norrrmal Aku bukannya nak kurus melampau, cuma berat aku awal tahun lepas dgn skrg dah beza berkg kg OMG!!!!! Untongg la orang yg semulajadi kurus n makan banyak mana pon menten kurus. Mcm Mizz N ni tak payah tunggu makan lebih. Makan mcm viasa pon berat bole naik dgn jayanya Mmg nak kene jaga mcm retis gteww Tapi umur dah meningkat ni tak larat la nak diet2 gtew Dgn kerja mcm buruh kasar, anak2 yg membesar suami yg jaoh.. musti haruss bertenaga sokmo Tak per, redha jer la Usaha tetap diteruskan. So vermulalah episod dalam hidupku Hari ni hari ketiga minum susu untuk menggantikan nasi,nescafe, rotiboy, biskut2 Yang masih banyak stok kat rumah muahahaha.. permulaan ok masuk hari kedua, badan aku rasa panas, sakit2 urat gtew and mlm td demam tarussss perghhhh sesi penyesuaian ni mmg menguji sungg

11-11-12

Image
Happy Birthday ma!!!! Pepagi tadi dah wish Rupanya ma dah kat TI Bole la Mizz N dan suami balik kampong nanti yeaa yeaa rindu nak ziarah kubur abah nak minta maaf kat abah sebab tak mampu nak buat apa yang dia pesan dalam mimpi Aku sorang memang tak mampu maafkan Nur abah biarlah mereka dgn hidup mereka Tak nak get involve dgn org2 mcm tu. no more. sampai satu masa bila mereka belajar apa yg sepatutnya --+-----------+--------+------------- Petang ni mood mengolam dgn 2ns dalam2 ujan lebat menggedik terjun kolam asalkan semuanya happy oiiii rindunya kat suami Mizz N kalau kitaorang dekat asyik bincang pasal idop, anak2 plan untuk seterusnya.. mula2 je la, pastu ke laut sudahnya. muahahaha encik suami pon dah start baca blog ni dari minggu lepas sebab aku gtaw dia, apa2 update mengenai aku dan anak2 akan masuk kesini semuanya berekod sebab memori aku sangat limited maksunya limited edition. hikhikhik ngantukkkk tapi anak2 mcm tak reti2 nak naek ke darat. gu

10-11-12

Image
Aduyaiii cantetnya tarikh. Kalo enibesari ke besday ke, curlasss gtewww. ingatkan nak duk rumah je hari ni, tapi anak2 ajak kuar lak. alhamdulillah, my boboiboy dah aktif n sihat seperti sediakala. dan start nakal kembali. ngusik kakaknya sokmo. ingat nak beli barang2 basah gak, stok cuti skolah. meke skrg makan memang kussss smangat. ngalahkan Mizz N. sekarang ni we all meronggeng kat kl festival city. pekena yong tow foo pak john. sangat sedappp. puas hati dapat menggembirakan org2 tersayang. berbaloi2 tawww. mudah2an sentiasa ada rezeki untuk kami sekeluarga. lepas makan2 kat kl festival, kitaorg gi carrefour nak beli nrg2 dapir lamb, sayur2, ikan, kepah.. bekalan seminggu balik rumah nasha terus suh masak lamb, tambah ikan goreng sambal untuk nawfal BAPAKK SEDAPPP kata meke. alhamdulillah, semua tersadai kekenyangan malam ni kitaorg tgk drama hantu marathon memula tu drama sedih lakonan fauziah nawi Mizz N mmg tak suka kalau dia yg blakon mcm nyampah gtew

Kennot Sleep

Image
Tonite mizz n kennot sleep. My boboiboy demam. badan panas so kene sentiasa alert and monitor. Anak2 Mizz N bulan jenis suka merengek or nanges. kalau demam meke akan diam je tido. Tu lebih merisaukan and selalu kene monitor. sekarang kol 2.09 pagi. baru lepas lap kepala dan suap ubat. alhamdulillah juga anak2 mizz N tak susah nak makan ubat. Allah tu Maha adil. Dia bagi kurang disana, tapi lebih disini. Dengan suami jauh, Allah permudahkan sesetengah perkara. syukur sangat. ni la antara pengorbanan seorang mama besar ganjarannya asal jgn merungut, mengungkit n marah2 kalau tak, semua jadi sia2 insyaAllah Mizz N menten gini anggap semuanya cabaran hidup Semoga my boboiboy cepat sembuh. ameen. Sambil2 tu mengemas rumah. buka hamper2 yg dapat masa lucky draw Perghhhh berbungkus2 biskut n jajan tersusun kat atas meja ni hanya separuh sebab separuh lagi dah dibedal semalam. huhuhu ni la namanya rezeki. mana leh tolak benda free gini. Bukannya mencuri pon kan, cuma se

Meeting @ UKM

Meeting lagi dan lagi.Kali ni kat ukm lak. Drebar ni sesat barat, tapi aku senyap jer tempat ni sangat2 familiar sebab satu masa dulu pernah berulang alik kat sini. bos pompuan ni mmg bunguk. arrange meeting pon tak betul sokmo. tu la, org yg bnyk komplen n suka mengata org ni mmg takkan ada perubahan dlm hidop dia. sebab semua masa hidop meke dihabiskan dgn komplen, kutuk dan sebok hal org. bila org lebih dengki n sakit hati pulak. ish ish ishhh sangat tak bagos kannn. lama lak meke ni menceceh. however, mmg dpt manyak info aku kene balik cepat nak kejar meeting satu lagi. terkengkang2 nak mengejar hal2 opis. tapi aku puas hati selepas 3 hari bersuti n berjimba dgn incik suami n anak2. muahaha... mmg sgt2 best bila x payah nak fikir hal2 opis next destination mungkin PD dlm masa terdekat. mudah2an ada rezeki. ameenn. selesai suda meeting ke dua. jam dah kol 6 ptg. penat sangat katil.. i'm coming. x sabar nak meletakkan badan n bontot zzzzzzz bestnyaaaa.paling b

Sepi Itu Indah

Assalamualaikum, Duduk sendirian sambil pekena kopi panazzz .. Anak2 sedang lena .. penat bermain siang tadi Suami baru pulang ke sana selepas 3 hari bersuti together2 Rasa sangat2 sunyi ... Masa bersama sentiasa dipenuhi dgn gelak ketawa usik mengusik satu keluarga Tapi sunyi yang indah dan best Bila mengenangkan saat2 happy bersama Alhamdulillah, so far, kami sentiasa happy dgn anak2 Tak pernah bergaduh or bersedih depan anak2 Jalan hidup kami tak semudah mana, Tapi kami hadapi segalanya dengan cara terbaik Terimakasih suami ku sebab sentiasa cool and steady Dalam membina keserasian dan mencari persamaan Dan sentiasa berpesan2 untuk memperbaiki diri Sepi ini mengingatkan aku pada segala kebaikan Rasa sepi juga mengajar aku erti kesabaran Seronok bila satu keluarga yang lengkap hidup dalam keceriaan sentiasa look forward untuk .. what's next ?? what's next ?? Aku bersyukur bila anak2 kami cakap .. Mama ... kitaorang sangat2 happy sekarang Biar tak kaya

Ini betul2 ... bukan cobaan

Kebahagiaan aku dengan mereka bukan dibuat2.... terlalu banyak dugaan.... tapi atas dasar kasih sayang ini, kitaorang tetap melangkah dan membina kehidupan bersama Ya Allah..permudahkan lah jalan kehidupan kami Penuhilah kehidupan kami sekeluarga dengan kasih sayang, keceriaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berganda Bawalah kami ke arah kebaikan dan keimanan Jauhilah kami dari khianat dan penganiayaan manusia Cekalkan hati kami untuk menghadapai ujian2 kehidupan Tambahkanlah senyuman pada wajah kami dan biarkan senyuman itu merubah dunia kami Aku bahagia mendengar suaranya setiap hari... Sangat bahagia melihat wajah2 kegembiraan anak2ku.. walau kadangkala jarak memisahkan kami tapi hati kami terasa tersangatlah dekat.... Mereka insan yang terlalu istimewa untuk aku... terasa diri ini begitu disayangi dan dihargai... Cinta yang ikhlas akan sentiasa mengundang keikhlasan ... Tak der plastik plastik .... Love papa, nasha & nawfal dunia akhirat :-)

Azimat Cinta ...

Image
Cahaya cinta menyinar Berkilauanlah selautan kasih Bercahaya Bagaikan butiran permata Seolah-olah terapung Dipermukaannya Daku menjejaki pantai rindu Mengutip kasih yang terdampai Kau merantaikannya satu demi satu Dengan kasih sayang mu Kini menjadi kalungan azimat cinta Walau tidak dibasahi hujan Namun tempiasnya menyegarkan Biarpun rembulan tidak di ribaan Namun cahayanya cukup menerangi bayangan Harumlah cinta duniawi Sewangi kasturi syurgawi Semoga bahagia jadi milik kita Nan abadi selama-lamanya Daku menjejaki pantai rindu Menyaksikan rintihan berlalu Ombak resah yang menghempas diri Hanyutkanlah kedukaan Bawalah jauh daripada bayangan Andai sinar mentari Terlindung di balik redupan awanan Yang berlabuh Singkaplah tirai kasihmu Agar bisa ia menyinarkan cahayanya Untuk kita berdua

Aidil Adha di Kampung Gusai

Image
Alhamdulillah, tahun ni raya aidiladha mencipta kelainan dari sebelum ni. Yess, hidup kami sentiasa ada kelainan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Semua yang baik ni dari Allah, alamdulillah. So tahun ni kitaorang raya di kampung kelahiran suami Mizz N. Terletak jauh di pendalaman. so kitaorang semua excited sangat nak merasa pengalaman beraya dan tinggal di kampung yang masih terpelihara dari pencemaran dan kekotoran. Tak semua yang suka dan boleh menyesuaikan diri dgn life dikampung kan, tapi untuk Mizz N dan anak2, kitaorang anggap tu perkara yang sangat2 adventure. Bertolak ke Taman Negara Khamis petang ... jem jem sampai lepas isya .. Solat aidiladha kat Masjid Kuala Tahan. Dah lama aku tinggalkan dulu dek anak kecil dan masa tu kene piyed. Bertolak ke Kampung Gusai lepas solat Jumaat ... Perjalanan hampir 5 jam kerana mudik melawan arus. phewwww... lepas isya' baru kita orang sampai.alhamdulillah, semua ok walaupun rasa letih sangat. malam tk le

Happy Belated Birthday Nasha !!!

Image
Assalamualaikum, Terlalu busy dgn kerja, suami, anak2 .. sedar tak sedar dah seploh hari tak apdet blog. Banyak perkara2 sweet yang dilalui tak sempat nak diceritakan .. tak per, tak per .. memori2 yang baik dan indah tu tetap dalam kenangan. Ada masa nanti akan ditulis satu persatu :-) My gurl dah membesar dan meninggi. dah lebih paras telinga Mizz N. Badan lansing ala2 model gteww . Pakai apa pon nampak sangat chantek. Dgn rambut panjang ikalnya, kulit lebih kepada cerah, muka masih baby face .. Se busy mana pon aku dan suami, kitaorg sempat celebrate birthday gurl walau sekadar kek dan coklat2 yang dimakan togeder2. Happy birthday my dear. Mama dan Papa sayang Nasha dan Nawfal dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang penuh dgn sifat2 mulia dan baik, berjaya dunia akhirat. Mudah2an kasih sayang kita sampai ke syurga... ameennnn.