Raya .. Raya .. Raya .. 2023

Assalamualaikum kawan2 ... Syukur kita masih diberi nafas hingga ke hari ini untuk berfikir yg baik2, becakap yg baik2 dan hidup dengan baik2 😍😍😍😍😍 ..

Raya 2023 .. aduhai, makin meningkat umur makin seronok berhari raya, melayan anak2 yang juga enjoy the raya. First of all, rezeki raya aku luar biasa tahun ni. Syukur, syukur dan syukur. Sangat betul ya, bila kita serahkan hidup kita sepenuhnya pada Allah setiap hari, Allah akan uruskan dan aturkan dengan sebaiknya. Allah akan hantar orang yang baik2 untuk bersama2 kita tanpa kita jangka.

Tahun ni aku balik Teluk Intan. Lepas sahur Khamis terus masak rendang ayam dan daging. In case raya mengejut Jumaat, rendang dah ada untuk sarapan. Kemas2 rumah ala kadar, sempat tu pegi keluar beli barang dulu. Lepas terawikh baru kami gerak balik. Lewat gak dalam pukul 11 mcm tu tak silap. Tapi jalanraya meriah subhanallah. Tak takut pun nak drive tgh2 malam kalau meriah gitu. Sampai rumah bonda pukul 3 pagi. Mata dah rabak since tak tido dari sahur tadi .. maknanya 24 jam la tak tido ... Siap2kan sahur pastu aku terbongkang tido pengsan tak sedar sampai pukul 8.45 pagi. Ni yg best bila Allah bagi cuti ,, hehehe.

Hari Jumaat tghari ronda2 pekan, beli mcm2 dgn anak2. Kuat sungguh semangat membeli dorang neh. Rezeki budak2 sekarang kehidupan tak susah macam waktu aku kecik dulu. Tumpang happy tengok dorang happy. Kakak dan abang sayang sangat kat adik, layan adik elok. Semoga ukhwah mereka sentiasa dirahmati Allah sampai syurga. Aameen.









Lepas solat raya .. minum2, kami pegi melawat kubur abah. Rindunya kat abah. Last aku mimpi jumpa abah, mukanya senyum aje, pegang tangan aku and ajak jalan2 dgn dia. Al Fatihah.




Kami tak sempat lagi nak OOTD sefamily .. plannya hujung minggu ni, since masing2 dah ada plan n activity. Si bongsu sebelum raya duk risau kalau dapat duit raya sikit. Aku cakap, jangan risau, rezeki Allah tu pasti ada, tak dijangka. Banyak2 doa.. insyaAllah. Tengok2 dia yg dapat duit paling banyak. Punyalah happy. Pegi mana2 ada je orang bagi. Alhamdulillah anak2 aku ni kategori mesra alam, orang mudah suka sebab dorang ni sangat beradab dgn orang. Dan aku sebagai mak doa sangat2 semoga adab dan akhlak dorang ni akan kekal sampai ke mati, insyaAllah. Sebab adab ni tak boleh nak dibeli dengan duit .. Miskin atau kaya, tua atau muda tak menjamin seseorang tu beradab kan.

Aku balik KL hari Isnin petang sebab plannya nak ke Pahang lepas tu. Alhamdulillah, sempat berbakti pada bonda raya tahun ni. Aturan Allah lebih cantik .. aku demam raya ke empat, so memang tak ke mana2 pun. and hari ke 3 demam aku tak lalu dah asyik tido makan ubat je .. Bangun .. kemas bilik stor, sort barang satu2 .. 3 hari aku tekun mengemas. Alhamdulillah, berjaya kemaskan bilik tu dan convert jadi bilik tidur si bongsu. Punya lah happy dia dapat bilik .. Its her dream tu .. nak ada bilik sendiri. Kebetulan ada air cooler yang aku dah lama tak guna, so basuh, lap dan try pasang .. Alhamdulillah masih ok. Katanya nak deco2 bilik nanti ya mama .. Aku onzz aje. Inilah serba sedikit kenangan dihari raya .. yang lain2 biarlah rahsia dan jadi memori indah untuk aku ingat sentiasa. Akhirkata, berusahalah untuk menjadi orang yg baik beradab dan berakhlak, walau kita ni bukan baik mana pun. Semoga kita sentiasa disayangi oleh mereka yang menyayangi Allah dan RasulNya.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗












Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti