Posts

Showing posts from July, 2024

Dont Leave Anything for Later

Image
 Hidup di dunia ni hanya sementara.. Tapi yang sementara nilah jadi lubuk untuk kita persiapkan diri untuk menuju ke alam yang seterusnya. Ungkapan ini mengingatkan kita bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tidak kekal. Walaupun kehidupan di dunia ini singkat, ia penting kerana memberikan kita peluang untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan selepas mati. Dalam masa yang terhad ini, kita harus menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki diri, memperkukuhkan iman, dan melakukan amalan kebaikan yang akan membantu kita di alam yang seterusnya. Ia mengajak kita untuk merenung betapa berharganya setiap detik dalam kehidupan dunia ini untuk mempersiapkan diri bagi kehidupan yang abadi di akhirat. Sejak awal tahun, rutin yang baru aku bersama encik suami. Mengimbau kembali dari awal perkahwinan, kami selalu PJJ .. Masing2 sibuk berusaha untuk memajukan diri dan keluarga. Sekarang, Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang seterusnya .. masa untuk kami setiap pagi, borak2