Dont Leave Anything for Later
Hidup di dunia ni hanya sementara..
Tapi yang sementara nilah jadi lubuk untuk kita persiapkan diri untuk menuju ke alam yang seterusnya. Ungkapan ini mengingatkan kita bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tidak kekal. Walaupun kehidupan di dunia ini singkat, ia penting kerana memberikan kita peluang untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan selepas mati. Dalam masa yang terhad ini, kita harus menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki diri, memperkukuhkan iman, dan melakukan amalan kebaikan yang akan membantu kita di alam yang seterusnya. Ia mengajak kita untuk merenung betapa berharganya setiap detik dalam kehidupan dunia ini untuk mempersiapkan diri bagi kehidupan yang abadi di akhirat.
Sejak awal tahun, rutin yang baru aku bersama encik suami. Mengimbau kembali dari awal perkahwinan, kami selalu PJJ .. Masing2 sibuk berusaha untuk memajukan diri dan keluarga. Sekarang, Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang seterusnya .. masa untuk kami setiap pagi, borak2, breakfast sama2 sebelum kami memulakan tugas masing2. Kami discuss idea, what can we do better, discuss solution about our work related issues and how to be better parents to our children. Aku tidak mahu tunggu nanti untuk spend quality time sama2. And paling best, kami tak bercakap pasal orang dalam perbincangan kami. Syukur aku dapat suami yang tak suka cakap buruk pasal orang and tak jadikan topik pasal orang sebagai modal nak bercakap. Ini pun rezeki tau kawan2. Omputeh kata .. low class mind always discuss about people kan.
Kepada kawan2 semua, jangan tunggu nanti untuk buat apa2 kebaikan. Sebab nanti, kopi panas akan jadi sejuk, makanan segar akan membusuk, muda akan jadi tua. Masa berlalu macam air yang mengalir takkan berpatah balik. Selagi ada kesempatan untuk lakukan perkara2 yang memberi kebaikan pada diri dan orang2 yang kita sayang, buatlah. Jangan tunggu nanti. Jangan tunggu masa yang sesuai, tapi ciptalah masa yang sesuai 😍😍😍😍.
Semoga kita disayangi Allah, Rasulullah dan mereka yang menyayangi Allah dan Rasul.
Comments