Posts

Showing posts from November, 2025

Cukup dan Syukur - 2 Rasa Yang Melengkapi Segala Rasa

Dalam mempersiapkan kita menhadapi pahit manis kehidupan, ada 2 rasa yang sangat2 penting dan mendorong kepada tindakan kita seterusnya ialitu  Rasa Cukup (Qana’ah / Contentment) dan Rasa Syukur (Gratitude). Rasa cukup ialah perasaan bahawa apa yang kita miliki pada saat ini sudah memadai untuk menjalani kehidupan, tanpa sentiasa merasa kekurangan atau ingin lebih. Ia bukan bererti berhenti berusaha atau bersikap malas, tetapi lebih kepada keadaan jiwa yang tidak dikuasai oleh kehendak yang berlebihan. Ciri-ciri rasa cukup: Tidak berasa iri terhadap pencapaian atau harta orang lain. Memberi tumpuan kepada keperluan, bukan keinginan yang tidak berkesudahan. Lebih tenang ketika membuat keputusan kewangan atau kerjaya. Tidak memaksa diri untuk menuruti standard sosial. Manfaat rasa cukup: Mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Membawa ketenangan jiwa. Membantu kita hidup mengikut kemampuan tanpa rasa tertekan. 2. Rasa Syukur (Gratitude) Rasa syukur ...