Anak oh Anak ..

Hai chuolls ...

Akak dah ter overwrite template blog .. Kunun nak ikut trend terkini pastu meraba2 nak cari kat mana nak bikin new post bagai. Hati Gen Y gini la. Tau tak tau lain kira .. yang penting terjah dan cuba sampai dapat.

Alkisahnya mengantuk kat office. Akak ni ada masalah ketiduran dimana body clock dah lari alignment .. seiring dgn usia. Kalau tak pukul 2 pagi .. pukul 3 pagi baru nak lena. Husnul Dzon .. maybe Allah nak beri peluang untuk solat malam. Solat taubat, zikir banyak2. Alhamdulillah. Kalau lepas tu pun tak leh tido, akak main game la je sampai lena sendiri. See .. very the Gen Y kan akak :-).

Hmm .. sekarang ni tengok bukan main banyak lagi posting hal2 anak kan. Anak nakal la, sepah rumah la, mulut joyah la dan sebagainya. Yg terbaru depa duk hantar gambar kereta kene conteng dgn marker pen. Kalau akak yg kene, mau histeria sebelum kemurungan kronik. Ye la weiii .. kereta beli puluh2 ribu dapat kat minion akal seribu abes macam2 kejadian aneh berlaku. Kete akak ok jugek la. Walau dah diconteng2 dgn lipstick, masih ok dan buat2 tak nampak sebab bahagaian bumbung yg kene. Tapi tempat adjust volume dan cari siaran radio dah sodakallah hal 'azimmm. Tak tau kat mana. Misteri nusantara gitu. Akak ni kalau gi mana2 mmg suka hangkut satu gerabak. Kecuali kalau official duty dan dgn Pak2 dan Mak2 Menteri mmg tak dapek la ye. I am professional. Hal keje tidak sekali2 bercampur dgn personal dan begitulah sebaliknya. Bila pegi jalan, dan hangkut satu gerabak .. alkisahnya akan ada dekat 10 perhentian sebelum sampai ke destinasi utama.

Perhentian No 1 - Speedmart depan rumah. Berbondong2 air, biskut, roti .. bla2
Perhentian No 2 - Petronas 200 meter dari rumah. Isi minyak dan tambahan bondong
Perhentian N0 3-10 - Setiap perhentian kat highway dan stesen minyak.

See .. tu satu je challange nya ... Tetiba tgh2 speed kat hiway, anak jantan cakap .. mamaaa nak berakkkk. Tak leh tahan dahhh .. Nak keluar sgt dahhh. Dia ni spesis mcm aku gak. Berak mmg tak bagi salam. Bila rasa je terus mcm meronta2 nak kuar. Punggah sungguh. Padahal tadi baru je berenti kat R&R. Tekan pedal minyak sampai tenggelam pun dah tentu jauh lagi kan. Aku pun apa lagi .. Suh dia cakap .. kepala ponggong kepala ponggong..kepala ponggong banyak2 kali. Yang bestnya bila time aku pulak nak terkucil, dia cakap balik .. aaa mama, apa lagi .. kepala ponggong kepala ponggong..kepala ponggong .. Hotak ko lah nakkk ... kahkahkah

Dah tengah2 drive pulak, kakak terjaga dari lena. Tadi tido ternganga tak sedar adik gi toilet. Mama ... laparrr ... laparrr ... What de meoww la korang ni. EH tadi kan dah makan ?? Itu tadi .. sekarang dah bangun tido lapar balik. (*&^%$$#@)

Singgah lagi kat hiway ... sikenit pulak nampak kedai menan jual kucing berjoget2. Nak mainannnn... nak mainannnn ... nak mainannnnn. Tak yah beli la adik .. Kat rumah banyak dah mainan. Pastu mulalah nak buat adegan guling2. Aku jalan straight je kedepan. Bior Encik Suami yang settle ... muahahah ...Hak yg bunsu ni mmg ye sungguh banyaknya mainan dia. Yg masak2 dah berapa set tah. Semua orang hadiah dan abg kakak belikan. Mmg pantang tengok mainan. Terbaru kat Times Square beli gitar dengan spec mata pink dgn baju gown frozen.

Korang jangan tak tau ya. Bawa anak2 ni mcm nak pegi berperang ... Berperang dgn dorang la. hahaha. But that makes our lives full with loving memories. Aku hari2 berdoa pada Allah semoga diberi kesihatan yang baik, kasih sayang yg berpanjangan dan kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2. Ameen ...




Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark