Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Ciri-ciri Hasad Dengki

Bismillahirrahmanirrahim ... this article is shared from other blog. Nice posting to ponder. Pengalaman orang ni kadang2 ada juga persamaan dengan pengalaman sendiri kan :-) Tak kiralah dimana saja kita berada .. samada kita yang jadi pendengki atau kita yang jadi mangsa hasad dengki.

Pernah tak anda berasa dengki atau didengki oleh orang lain? Secara pokoknya, kita selaku manusia berakal dan berperasaan kenal apa itu Hasad Dengki.

Aku pun punya pengalaman didengki orang. Kesian sebenarnya pada mereka yang mendengki sebab tak punya LIFE sendiri dan PENDIRIAN sendiri. Kesian sebab hidupnya tak pernah tenteram kerana memikirkan perihal orang yang didengkinya. Tapi awal2 lagi dah buat statement bukan sebab dengki alkununnya. Tak sedar2 agaknya yang action speak louder than words. Kat sini aku nak share dengan korang semua ciri-ciri si Pendengki atau Hasad Dengki.



SATU : Raut wajah si pendengki masam atau berbah bila orang yang didengkinya mendapat pujian.
Nah, kalau tak percaya, cuba lihat disekeliling terutama orang yang mendengki anda (kalau anda didengki lahhhhh). Raut wajahnya akan masam macam tak puas hati bila orang yang didengkinya mendapat pujian.

DUA : Si pendengki banyak memburukkan, menghina dan mencela orang lain
Berhati-hati lah dengan orang yang macam ni. Walaupun sudah bertudung litup menutup aurat lagi-lagi yang cukup sempurna solat 5 waktunya, tapi jika mulutnya masih tidak dapat dijaga maka awas, hatinya masih lagi berkarat dan dia dikatakan mempunyai penyakit hati. Bila penyakit hati ini tidak dapat disirami dengan solat yang dilakukan maka terjadilah macam-macam perkara yang tidak memuaskan hati si pendengki. Sebab itu kita masih confused kenapa berlambak-lambak orang yang appearancenya nampak baik tapi mulutnya???? Sebab hati ni tidak boleh dinilai.

Aku sarankan jauhkan diri daripada orang yang kaki umpat, mencela, menghina dan memburukkan orang lain sebab lambat laun anda juga akan di umpat, dicela, dihina dan diburukkan oleh orang yang sama. Ingatlah dengan janji Allah, sekali kita memburukkan orang, sepuluh kali orang memburukkan kita, tanpa kita sedar atau tidak.

Mungkin aku lebih terjurus kepada kehidupan cara barat yang tidak kisah dengan perihal orang, tapi aku masih lagi berpegang kepada cara dan budaya hidup islam. Jaga tepi kain tu tak apa, tapi bila dah jaga tepi kain tu, bila nampak sikit kudis atau kurap dikaki maka lekas-lekas dihebohkan dan dijaja pada orang lain. Itulah melayu. Bermula cerita kudis, tersebar luas pula cerita kudis bernananh dan berkurap. Lagi disebarkan lagi hebat ceritanya menjadikan kaki tersebut terpaksa pula dipotong kerana sudah buruk. Walhal hakikatnya hanya secebis kudis di kaki.

Inilah antara ciri-ciri si pendengki, berbuat baik kepada yang didengki untuk mencari kelemahan.

TIGA : Si pendengki sentiasa ingin menjatuhkan musuhnya / orang yang didengki
Kalau korang rasa atau terasa ada orang yang tak puas hati dan mahu menjatuhkan anda, maka berhati-hatilah. Si pendengki akan lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuhnya. Tak kira macam mana sekalipun, tidak kira dosa pahala si pendengki akan terus berusaha menjatuhkan musuhnya. Contohnya membuat fitnah dan menghasut orang lain sehingga terjadinya kerosakan.

Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain dalam sesuatu peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh encetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan.

EMPAT : Si pendengki akan merasa tidak senang duduk bila melihat orang yang didengkinya berjaya atau memperoleh nikmat 
Si pendengki ni memang tak boleh duduk diam atau senang bila melihat orang yang didengkihya berjaya dan mendapat nikmat. Ini kerana si pendengki ni tidak boleh melihat orang yang didengkinya terutama yang sedarjat memperoleh apa yang diperolehnya atau memperoleh lebih daripadanya. Orang semacam ini adalah orang yang kufur nikmat kerana tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Si pendengki terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas daripadanya. Jika ada di antara mereka setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada tentang pangkat atatu ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

Contohnya, dalam kerjaya anda telah dinaikkan pangkat dan diberi Gaji lebih tinggi atau lebih kurang dengan si Pendengki. Maka si pendengki akan melakukan apa sahaja seperti bantahan atau mencari kesalahan bagi memastikan beliau juga akan memperoleh kenaikan Gaji. Ataupun, si pendengki akan menghasut pekerja-pekerja lain dengan mengatakan bahawa anda tidak layak diberikan kenaikan kerana sebab-sebab tertentu.

LIMA : Si pendengki angkuh dan meninggi diri dan memperkecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain
Si pendengki akan menunjukkan dirinya hebat dan akan memperkecilkan apa yang dimiliki oleh orang yang didengkinya. Si pendengki akan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkan itu terus mengikut dan menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab jahiliah.

ENAM : Si pendengki akan rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri
Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dari sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya dikhalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya (suka diampu). Orang yang seperti ini akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik daripadanya.

TUJUH : Si pendengki seorang yang gilakan nama dan kemasyhuran
Si pendengki merupakan seorang yang gilakan nama dalam bidang-bidang tertentu seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjung dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikian jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ia lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpai ada tandingan atau saingan.

 Seorang pujangga arab pernah berkata, “Orang hasad dengki hidupnya tidak akan senang dan orang yang bakhil tidak akan berbudi, dan tidak dapat dijadikan kawan bagi orang yang selalu merasa jemu dan tidak ada jiwa kemanusiaan bagi seorang pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”

Well, pada Mizz N senang je .. kalau ada orang yg dengki tu, dan selalu cakap2 buruk pasal kita, itu maknanya hidup kita jauh lebih baik dan menarik dari hidup mereka yang tak ada apa2 nak diperkatakan oleh orang lain, malah diri mereka sendiri ...

Comments

Popular posts from this blog

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti