Mama Missed Our Cook

Dah berhabuk kat dalam draft ... Cerita busy ni takkan habiskan selagi kita ni hidup. Dunia bukan tempat untuk berehat dan bersenang2 selalu .. Semoga sentiasa beroleh keberkatan dari Sang Pencipta. Kisah kami balik ke Teluk Intan. By the way, cuti kali ni aku rasa puasssss sangatt .. Encik suami sibuk dengan pelancung2, aku minta izin untuk pegi rumah kakak and balik TI. Hari Jumaat petang dah gerak ke Batu Gajah. Macam seronok berjalan tak tahu nak katalah. Fefeling tourist kat Ipoh.

Malam tu kami ke Ipoh Night Market 


Balik rumah kitaorang tengok movie sama2 .. semua duk mengadap tv cerita Mat Kilau sampai pukul 3 pagi. Aku dah surrender. Tak daya nak berjaga dah tapi budak2 ni kuat betul tenaga bertahan sampai habis cerita. 

Esoknya pepagi dah bangun bersiap nak ke Concubine Lane and Plan B . Eh cari gambor2 kat situ ada kat hp. Malas nak transfer ke laptop lagi..

Kemudian ke Gunung Lang ... Tempat cantik nau tapi banyak monyet ya ampunn..



Nak ke Kellie's Castle. Tasik Cermin dah tak sempat ... huhuhu... Nak kena datang semula gayanya nih. Balik rumah kakak semua terbongkang kepenatan. Maghrib baru bangun and masak untuk dinner. Malam tengok movie sama2 lagi. Best betul bila ramai2 ni kan. Bersembang dgn kakak sampai lewat malam. 

Esoknya kami dari Batu Gajah balik ke Teluk Intan. Ada 3 kenduri hari Ahad tu and alhamdulillah ketiga2 jemputan dapat dipenuhi. Siap dapat lauk extra sebab kenduri yang ketiga tu kami tetamu yang last, so tuan rumah suruh bungkus lauk2 bawa balik. Rezeki kan, alhamdulillah. Meriah la rumah ma dengan lauk2 kenduri kawin petang n malam tu.

Masa balik ma dah pesan siap2 .. ma beli macam2 lauk mentah, ada kat dalam peti ais tu. Esok masak ya. Aku onzz aje, dah biasa masak2 kat rumah kan. Kali ni lain sikit sebab aku ikut 100% cara ma masak. Prosesnya agak lama sebab stepnya banyak 😂😂😂. Tapi hasilnya memang tak menghampakan. Alhamdulillah, semua org makan dengan berselera.



Specialnya ikan talapia garing ni ma request nak sambal melekat kat ikan sahaja, Ha macamana tu ... boleh imagine kan .. no extra sambal, no kuah2 sambal.


Asam pedas ni yang ma masak hari sabtu lepas tunggu kami tak sampai2 😂😂 Penat ooo berjimba .. Rasa nak putus urat kentut


Ikan bawak goreng garing


Masak lemak spinach dan labu


Rendang special ... aku blend kurang halus sebab penutup blender dah pecah, guna piring buat tutup, dia punya bunyi macam nak ajak berperang. kihkihkih. Tapikan, rasa dia memang terangkat sangatttt.

Lepas makan, borak2, lepak2 sambil tengok favourite channel ma. Dapat lagi soalan bila nak cantikkan rumah ... hahahhaa .. rasa nak nyorok. Belum berkesempatan lagi nak cantikkan rumah. tunggu dah retire nanti kut. Kali ni aku malas nak keluar awal, nanti jem teruk. So aku decide nak keluar lepas pukul 5. Alhamdulillah perjalanan smooth .. jem sikit2 aje, ada location yg slow moving, but still bergerak. Sampai KL lebih kurang pukul 8.15. Looking forward for next jalan2.

Nak melihat dunia luar, jangan tunggu kaya, jangan tunggu boleh ke luar negara aje. Bahagia cara kita. Dalam Malaysia pun banyak tempat yg belum explore kan. Malu nak cerita yg aku ni Pulau Pangkor pun tak pernah sampai lagi. kihkihkih. InsyaAllah, semoga ada rezeki lebih, kesihatan yang baik dan kelapangan masa.
Adiossss.

Semoga post ini dapat memberi manafaat kepada sesiapa yang baca .. Semoga kita semua disayangi oleh orang2 yg menyayangi Allah dan RasulNya.










 

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti