Blessed Birthday

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, selamat menginjak umur 24 tahun untuk kesekian kalinya pada 17 Oct 2022. Perasaan ku? Syukur, happy, rasa disayangi dan segala yang positive. Seperti yang di kata, makin umur bertambah, makin meriah kehidupan. Antara nikmat yang wajib disyukuri. 

Hari Ahad kami keluar ke Bukit Bintang untuk celebrate Nasha's birthday ke 21. Pagi2 dah kena kerah bangun semua 😆😆. Anak teruna pun ada balik, memang seronok bila lengkap semua anak2 dan mama papa ada sama. Lepas makan2, kami pegi ronda2 kat Central Market. Lama sungguh tak datang sini. Cakap kat husband .. Teringat cerita zaman bujang .. janji nak jumpa secret admire kat sini. siap janji nak pakai baju warna apa, padahal aku tak ikut pun warna baju tu .. hahahhaa ... intai dari jauh aje. Tengok muka tak hensem terus balik ... hahahahha. Nakal siottt.



















Sambutan birthday mama pula the next day. Saja ambil cuti since annual leave banyak tak habis2. Encik shuben ajak keluar lagi tapi harini kami berduet mengemas rumah .. hahaha .. malas nak keluar sebab semalamnya dah berjalan beria. Ucapan happy birthday diterima dari tgh malam Isnin sampailah hari Jumaat. Seriously, sis sendiri heran sebab birthday tahun ni berganda ucapan dan doa yang baik2 untuk aku dan family. Ingat tahun lepas dah cukup meriah, tapi tahun ni aura dia sangat2 berbeza dan penuh dengan kebaikan. Terima kasih Allah .. Terima kasih atas segala nikmatmu. Semoga segala doa yang baik itu berbalik pada mereka yang mendoakan. 

Esoknya masuk office seperti biasa meeting, meeting dan meeting .. Tengahari staff buat surprise birthday lunch. Dengan hadiah, kek, lauk2 yg sedap .. ya ampunnn .. sis terharu. Sis ni bukan orang yang baik, banyak kelemahan tapi sentiasa Allah bagi yang baik2 dan indah2 disebalik ujian dan dugaan hidup. Hadiah pun banyak dapat, especially kek .. macam2 kek. Sekejap tadi pun ada sorang Puan Pengarah mesej nak hantar hadiah. Alhamdulillah. Tazzabar nak tunggu apa hadiahnya.























Hari Selasa malam, sis ada program bersama rakan2 U lain .. Malam tu dorang celebrate lagi birthday  sis dengan meriahnya .. kek, pizza, jajan, hadiah, siap pakej nyanyi lagu happy birthday berkali2. Sis tak btau pun dorang my birthday, tapi dorang tengok kat whatsapp status yg sis share gambar staff celebrate birthday sis. Sorry, tak dapat share gambar2 sebab kami ramai dan sis lebih suka maintain privacy dgn kawan2.

Apa yang sis nak share ialah, setiap hari .. buatlah kebaikan walau sekecil2 benda. Kecil pada kita mungkin besar pada org lain. Kita tak tahu bila dan macamana  Allah akan balas kebaikan2 itu. Rezeki yg baik, hati yang tenang, fikiran yg positif, kesihatan yang baik, kewangan yang berganda, keluarga yang harmoni, anak2 yang jaga tuturkata dan pelbagai kebaikan yang Allah balas pada kita walaupun setiap hari kita di uji dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Semoga kita semualebih disayangi Allah dan disayangi oleh orang2 yang menyayangi Allah.


































































Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti