Some People Dont Deserve Any Space in Our Hearts

Assalamualaikum semua ...

Wahh tajuk sangat special kan. Orang yang biadap, zalim, individualistic tak sepatutnya diberi ruang dalam hati dan fikiran kita. 

Aku duk baca banyak sangat komen2 dalam tik tok .. ramai yang rasa diri mereka dizalimi oleh org2 yg rapat dgn mereka. Keluhan, luahan dan sebagainya seolah2 mereka terkepung dengan kata2 negatif manusia. Banyak juga ceramah2 ustaz pasal menghadapi manusia2 sebegini. 

Tiada ruang maksudnya kita tak sepatutnya ambil port atau ambil serious cacian dan umpatan manusia yang boleh beri kesan kepada mental health kita. Memang tujuannya begitu, untuk ganggu emosi, buat kita rasa kitalah manusia paling teruk dan lain2 emosi negatif. Acah2 terpaling tersakiti, terpaling mulia, terpaling dikhianati sedangkan sebaliknya sebab cerita dari sebelah pihak aje. 

Korang nak tahu tak, sejak aku amalkan pegi mampus dengan mulut2 jahat, perangai2 jahat manusia ni dah bertahun2 dah, sejak itulah aku rancak membina kejayaan diri. To be a better me. Kita tak boleh nak ubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. Aku tak concern pun untuk bercerita bagi pihak aku, biarlah segala urusan kita serah pada di atas sana. And kita boleh tengok kehidupan mereka ... Mcm tu la dari dulu hingga sekarang, mengharapkan modal mulut jahat untuk berkroni dan berusaha menjatuhkan orang2 yg jadi saingan dan ada kelebihan dari mereka. Kat mana2 pun wujud orang2 mcm ni. Confirm kat mana2 pun ada ya. Korang tak boleh nak elak, jadi korang kena tutup ruang untuk mereka2 ini. Let your success speak supaya mereka terus sakit dan sakit. Langkah 1000 kali ke depan .. Make yourself a better person everyday. Let them be bitter for the rest of their lives since its their choice kan. Baiki hubungan dengan Allah kerana kita hidup hanya dengan redha Allah. And menariknya dorang ni akan cuba replicate apa yg kau buat .. contohnya kalau kau suka bergambar, dorang pun akan mula amik2 gambar, post kat social media untuk tunjuk betapa terpalingnya mereka. Tu contoh aje .. banyak lagi yg lain2 dorang akan cuba replicate tapi tak berjaya. Apa maknanya ni? Maknanya kau dah berjaya mengawal emosi dan kehidupan mereka. Tahniahhhhh ... 

Hidup ni keras beb. Kalau kau bagi ruang untuk manusia2 ni dalam hati dan fikiran kau, memang tqk kemanalah kau nanti. Selain itu, amalkan doa2 dan ayat2 untuk mereka yang dizalimi, insyaAllah Allah akan jaga kita sebaiknya dan hantar org yg baik2 untuk bantu kita.

Untuk berjaya, kau jangan malas dan lemah. Kalau kau malas, kerja nak termenung memikir nasib, bersedih tiap kali dizalimi, all the best. Hanyut ke lautan sepi lah nanti.

Terasa dengan posting ni? Kalau terasa mesti ada benda yg tak betul kau dah buat. 😂😂😂 Cuma tak nak mengaku kan sebab selama ni kau rasa diri kau suci sangat. Ini sifat syaitan, rasa diri lebih bagus dari org lain. Bukan aku yang kata .. Nabi yg kata, dalam AlQuran pun ada sebut. Kita selalu lupa bila kita cakap sesuatu yg tak elok, selalunya akan sampai semula pada org itu. Pastu play victim and keep play victim. Selagi ada nafas, selagi itu kita berpeluang untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sentiasa serahkan urusan kehidupan kita pada Allah. 

So kawan2, kita bagi post pedas sikit malam ni. Sebab mati tu tak kira tua atau muda .. Rugi kalau hidup kita ni dibazirkan untuk menganiaya orang, bercakap buruk pasal orang lain. Kita akan mati dgn kebiasaan kita. Awasssss...

Semoga kita disayangi oleh Allah, Rasul dan mereka yang menyayangi Allah dan Rasul. Aameen.


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti