Posts

Showing posts from 2025

Berdamai Dengan Takdir - Hukum Tabur Tuai

Image
Ada orang… tak boleh tengok orang lain bahagia. Bukan sebab dia jahat. Tapi sebab dia sendiri masih belum pulih. Sakit hati dia belum selesai… luka lama masih berdarah. Jadi bila nampak orang yang pernah buat dia terluka, tiba-tiba senyum dan bahagia, dia rasa macam dunia tak adil. Lalu dia tulis. Dia sindir. Dia balas. Dia cuba jadi joy killer. Tapi sayang… Bahagia orang lain menjadi nanah pada luka. Dan dendam takkan pernah tenangkan hati yang pecah. Kalau kita pernah dikhianati… tak apa. Marahlah. Menangislah. Tapi lepas tu, lepaskan. Kita tak perlu jadi watak jahat dalam cerita orang, hanya sebab kita pernah jadi mangsa dalam kisah lama. Diam itu bukan kalah. Kadang-kadang… diam itu tanda seseorang dah menang atas emosinya sendiri. Tak perlu balas, teruskan hidup dgn tenang tanpa dendam, letak segala urusan kehidupan kita pada Allah kerana Allah tak pernah tidur. Sabar itu kunci. Tenang itu hasilnya. Berdamai dengan takdir dan apa yang tertulis lebih memanusiakan kita. Dan ada keti...

2025 - Another Book of Life - A Better Me

Happy New Year 2025. Sorry lambatnya wish kawan2. pejam celik, pejam celik, dari Isnin ke Jumaat mcm angin yang bertiup. Harini pun dah 26 Februari. 2 bulan dah berlalu. Aku bersyukur, berpuashati untuk 2 bulan pertama 2025, banyak yang dah aku buat especially dalam hal2 kerja dan keluarga. Always want to be a better version of me. Itu doa aku setiap hari, a better me. Dah masuk umur remaja purba ni kan, memang ada perubahan ketara dari segi pemikiran, matlamat hidup dan daily routine kan. I am no longer worry about trivial tittle tattle things. Put my leisure upfront and focus on important things as main priority. Kalau masa real muda, kerjanya asyik nak keluar berjalan bila ada masa lapang. Sana sini tak kiralah siang atau malam. At this age, aku selesa lepak2 kat rumah, masak simple2, enjoy a cup of coffee depan tv, rather than beli kopi mahal yang mcm2 brand, sembang dgn anak2 dan suami, belajar new things yang baik2. Kejar duit pun dah no longer main priority once kita sedar yang ...