2025 - Another Book of Life - A Better Me

Happy New Year 2025. Sorry lambatnya wish kawan2. pejam celik, pejam celik, dari Isnin ke Jumaat mcm angin yang bertiup. Harini pun dah 26 Februari. 2 bulan dah berlalu. Aku bersyukur, berpuashati untuk 2 bulan pertama 2025, banyak yang dah aku buat especially dalam hal2 kerja dan keluarga. Always want to be a better version of me. Itu doa aku setiap hari, a better me.

Dah masuk umur remaja purba ni kan, memang ada perubahan ketara dari segi pemikiran, matlamat hidup dan daily routine kan. I am no longer worry about trivial tittle tattle things. Put my leisure upfront and focus on important things as main priority. Kalau masa real muda, kerjanya asyik nak keluar berjalan bila ada masa lapang. Sana sini tak kiralah siang atau malam. At this age, aku selesa lepak2 kat rumah, masak simple2, enjoy a cup of coffee depan tv, rather than beli kopi mahal yang mcm2 brand, sembang dgn anak2 dan suami, belajar new things yang baik2. Kejar duit pun dah no longer main priority once kita sedar yang kesihatan jauh lebih mahal dari duit. Alhamdulillah, aku dah berada dipuncak career dan tak ada benda yang perlu dikejar2 sangat lagi. Dah start plan for retirement pula walau boss selalu bebel tak bagi aku bersara awal.😂.

Kawan2 aku kan, ramai yang dah sakit macam2. Dah buka buku kuning. Sakit yang serious, sakit dalaman, luaran. Allahu, ujian besar untuk mereka. Working life ni tak selalunya indah mcm bed of roses, tapi banyak ujian dan cabaran yang menanti setiap hari. Lagi tinggi jawatan, lagi banyak cabaran dan tanggungjawab;

1. Cabaran tugas hakiki

2. Cabaran nak train staff 

3. Cabaran di taichi kerja

4. Cabaran office politic

5. Cabaran masa

6. Cabaran kesihatan

Kalau tak tahan, boleh dapat sakit macam2 .. boleh jadi depress dan banyak benda yang negatif. Bagi aku, once kita memilih untuk bekerja, kita dah kena susun atur strategi untuk hadapi cabaran2 tersebut. Tindakan kita yang penting, bukan hanya cakap2 kosong. Pertama, serahkan segala urusan kehidupan kita pada Allah ... urusan hati, urusan fikiran, urusan harian. Minta tolong dari Allah setiap hari supaya segalanya dipermudahkan. Kedua, banyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW. Sekurang2nya 100 kali sehari. Ke tiga, cipta kebahagiaan kita di pejabat dan dirumah untuk kekalkan momentum dan semangat. Aku tengh giat melatih bakal2 pengganti aku diofis supaya bila tiba masa untuk aku fokus kepada perkara lain selain dari pekerjaan, aku dah create another future leaders di office. Great leaders bukan create followers tapi create another great leaders. Itulah usaha dan sumbangan aku yang seterusnya supaya legasi leader yg committed, amanah dan work smart akan berterusan di sini. 

Doakan kami untuk perjuangan yang seterusnya. 




Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Sentuhan Listrikmu