Pelik tapi Benerrr

Bercakap pasal bulan Ramadhan ...aku bersyukur.. walaupun aku ni bukan anak ustaz atau ustazah.. sejak umur 8 tahun kitaorang adik beradik dah puasa penuh. Sendiri nak dan tak der sapa2 pun paksa. Bertambah syukur... aku juga mampu mendidik anak2 aku supaya puasa, solat dan mengaji walau tak sebaik mana. Dah 18 hari puasa, 2ns masih unggul bertahan.

Sebenornya apa yang aku nak ceritakan disini ialah sesuatu yang bukan pelik, cerita bulan pose di satu tempat ni .. Yang rata2 org disitu tak pose dan selamba bercerita sesama sendiri.. hisap rokok, minum kat kedai ..dan mereka2 ini adalah dari kaum LELAKI ... dah jadi bapa pada anak2 yang sedang belajar erti hidup. Kisahnya aku pegi melawat soang member yang dah lama aku tak jumpa masa weekend lepas. Melepak kat rumah dia sehari. Rumah kampung kan memang open giteww... so sedang2 aku melepak kat bilik sambil main tenet, datang arr jiran2 dia ni menegur. Siap cerita baru lepas makan .. tak pose langsung. Aku yg dengar pon naik malu. Tapi aku malas nak campur.. Dah beruban atas bawah pandai2 la jaga kubur sendiri ...

Bila petang kuar nak beli makanan pun gitu. Selamba jer pakcik2 bersongkok minum teh kat kedai tepi jalan ... astaghfirullahal 'azimmm .. kalau Allah turun bala... abes satu kampung tenggelam aku rasa... Menakutkanlah mereka ni .. Hal solat, lagilah out.. rata2 tak solat termasuklah family member aku neh ... seremmmm ahkak ... On the way balik KL.. aku berfikir jer pasal mereka2 itew... Mudah2han kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah sebelum terlambat...

Comments

abu said…
Astaghfirullahalazim...
dema ikut mazhab mana nie?
nie kompem main niat jer
MissM said…
ish...ish..... so curious la nak tau kat mana kg tu....

Popular posts from this blog

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks