Aidil Adha di Kampung Gusai

Alhamdulillah, tahun ni raya aidiladha mencipta kelainan dari sebelum ni. Yess, hidup kami sentiasa ada kelainan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Semua yang baik ni dari Allah, alamdulillah.

So tahun ni kitaorang raya di kampung kelahiran suami Mizz N. Terletak jauh di pendalaman. so kitaorang semua excited sangat nak merasa pengalaman beraya dan tinggal di kampung yang masih terpelihara dari pencemaran dan kekotoran. Tak semua yang suka dan boleh menyesuaikan diri dgn life dikampung kan, tapi untuk Mizz N dan anak2, kitaorang anggap tu perkara yang sangat2 adventure.

Bertolak ke Taman Negara Khamis petang ... jem jem sampai lepas isya ..

Solat aidiladha kat Masjid Kuala Tahan. Dah lama aku tinggalkan dulu dek anak kecil dan masa tu kene piyed.

Bertolak ke Kampung Gusai lepas solat Jumaat ...
Perjalanan hampir 5 jam kerana mudik melawan arus. phewwww... lepas isya' baru kita orang sampai.alhamdulillah, semua ok walaupun rasa letih sangat. malam tk leh nampak suasana kampung, so just makan, mandi, solat dan zzzzz ....

Day 2

Pagi2 jam 6.30 dah mangun. solat subuh
Biras dah siapkan breakfast
Makan2 and lepak2.
Papa dan Nawfal pegi tengok orang sembelih kerbau
Tengahari kitaorang pegi kenduri kawen
Sedap rupanya daging kerbau.
Sangat2 lembut ...
Makan sampai tersadai kekenyangan
Melawat sedara mara keliling kampung.
Meke cakap "Bini awang cantik amattt .. "
Ada yang cakap "Bini awang muka macam maya karin"
hahaha .. adehhh la haiii seb bek tak koyak spentot
tak rasa riak pon, sebab anak2 aku hari2 panggei aku maya karin
sampai skrg duk mikir tang mana yg nampak mcm maya karin tu
Petang lepak kat rumah sambil pekena roti canai dgn sardin.
20 keping aku goreng .. licinnnn
budak2 pon ramai.

Day 3

Kol 6 dah mangun .. pergh awal tu
Lepas solat subuh bersiap2 utk berkelah kat jeram perahu
perjalanan sejam lebih dari situ

tengok betapa cantiknya pelangi kat danau ... ini betul2 .. bukan cobaan. ekceli ada dua pelangi serentak, cuma yg satu lagi tu tak berapa clear dlm gambor. rasa sangat bertuah dapat lihat ciptaan Allah yg sangat indah ..

kesayangan2ku sedang bermain2 di jeram .. awesome!!! kat KL tak der jeram cantik mcm ni.

tak cukup main kat jeram .. kat tengah sungai pulak .. tengok la air sgt cetek.

cari anak2 udang dicelah2 batu :-)

cuaca yang sangat2 best !!!!

Balik ke Kole Tahan dalam maghrib dah sampai
Terus gerak ke KL
Sampai KL kol 4 pagi ...huhuhu.. jem bodo ..
Gilir2 drive dgn kekandaku.

apa2 pon, semua tu pengalaman dan kenangan yang sangat2 best :-) Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang untuk kami melalui saat2 yg menggembirakan bersama2 dan menikmati keindahan ciptaan Mu :-)

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti