Terharu .... Mak Touchingg

Assalamualaikum....

Pagi ni ngantuknyaa kat opis. Kes terlebih rajin malam tadi sampai tak perasan kol 1 lebih baru stop ngemas kain baju. Haishhh banyak sungguh la kain baju kitaorg ni. Baju gugirl n boboy yg tecik2 tu seme dah bungkus untuk di let go kan. Pelan2 ... plan seterusnya nak let go banyak lagi benda dalam almari tu. Bilik belakang dah hampir siap kemasnya. Almaklumlah Mizz N ni bukan minat sangat bab2 ngemas ni, so cara kemas pon pilih yg senang iaitu kemas dan buang, walaupun barang2 tu masih elok. Tak kisah la kalau makcit cleaner tu nak amik.

Malam tadi masa melipat kain baju, duk borak dgn my gugirl yang tetiba bercakap pot pet pot pet non stop, macam adiknya. Banyak benda la dia story sambil makan nasi lemak. telinga kiri dengar tv, telinga kanan dengar yg dia cakap. Mata duk tengok kain baju. Sampai la kol 11 lebih baru dia nak tido. Sebelum dia tido, ada sesuatu yang buat aku terharu jauhhh di sudut hati. Dia cakap ...

"Mama nak tahu tak, mama ialah mama yang paaling istimewa. Semua yang mama buat untuk kakak dan adik, jauh lebih istimewa dari apa yg mama kawan2 kakak buat kat mereka. Kawan2 kakak selalu puji mama, makanan yg mama bekalkan, barang2 yang mama belikan, peluk cium mama kat sekolah, mereka cakap mama bagusss sangat sebab mama dorang pun tak buat yang sama."

Mizz N pun jawab .. Semua mama sayangkan anak2 mereka. Masing2 ada cara tersendiri untuk tunjukkan kasih sayang mengikut kemahuan, kerajinan dan kesungguhan mereka .. kakak mesti selalu bersyukur kalau pada kakak mama dah cukup baik walaupun mama sendiri rasa banyak lagi yg mama nak perbaiki.. dah, tido la girl mama ...

Alhamdulillah, kalau anak2 melihat dan memahami aku dengan aura positif, sebagaimana yang aku ajar mereka. Pada aku, anak2 aku juga yang terbaik. Mendengar kata, tak banyak kerenah, berdikari dan bijak. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Aku sayangkan keluarga ini sebagaimana aku sayangkan diri aku sendiri. Semoga aku terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk memberikan contoh yang baik buat mereka.

Ya Allah, aku manusia yang penuh dengan dosa. Ampunkanlah dosa ku, dosa suami ku, dosa ibu bapaku dan dosa anak2ku. Terus bawa kami ke arah yang Kau redhai selamanya ... Bawalah cinta kami kepada Mu ...


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti