Yang Aku Mahu

Sebulan dah berlalu ... masuk bulan ke dua perjuangan ditahun 2013
Setakat ini aku memandang kehidupan 2013 dengan rasa puas hati dan penuh syukur
Tak pernah miss lagi memasak bekal untuk gugirl n boboy tiap hari ke sekolah
Tak pernah miss siapkan makan utk anak2 dan bonda sepanjang dia kat sini
Hubungan keluarga kecil kami sangat best and rapat
Rezeki tak pernah putus walau tak kaya
Anak2 tak banyak ragam
Solat lebih terjaga dan on time ...

Apa lagi yang aku nak dalam hidup dengan sebegini banyak nikmat yang Allah bagi
Aku mohon supaya hati dan diri ini sentiasa beranjak kepada yang lebih baik
Supaya Allah tak balikkan hati kami kepada yang sia2
Supaya hidup ini sentiasa diberi rezeki yang barakah
Dan supaya penyudah hidup kami dalam keadaan baik dan dipermudahkan ...

Office baru ni sangat2 membahagiakan jiwa Mizz N
Hari2 bersemangat nak datang opis ... kerja tak der yg tertangguh.
Dapat lak boss baik dan antara yang terbaik. Syukurr ya Allah.
banyak yang Mizz N belajar dari dia termasuk ilmu perubatan.
Boss Mizz N adalah salah sorang pakar kanser malaysia
Dia sangat2 fatherly dan gaya2 atok.
Strict tapi efficient. I loikeeee
Staff2 lak rajin masak. Semalam bawa rendang .. hari ni bawa sambal tumis
Tak der harapan la nak kuruzz ini macam

Ahad ni boss jemput jadi penyambut tetamu majlis
Jemputan2nya para2 Dato' dan Tan Sri .. wahhhhh
Mizz N mana kenal ramai Dato atau tan Sri .. Follow Datin jer la
Untung2 ada yg baling gelang mas intan berlian kat Mizz N ... hahahah

Buat masa ni, Mizz N dan suami masih bercinta jarak jauh
rinduu sokmo, tapi kami kena redha dengan rezeki kami setakat ni.
Sedang berusaha utk perancangan dan perlaksanaan supaya kami boleh sentiasa bersama
Nak tunggu umor pencen, tah sempat ke tidak kan.
Masa tu kalau ada tenaga lagi, nak menghabiskan masa dgn aktiviti personal dan berkebun.
Mudah2an Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik. ameennn

..........................................



Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti