Happy Birthday Suamiku ....

Assalamualaikum ...

Agak lambat mengupdate entry ni. Weekend yang padat, sendat, melimpah ruah dgn macam2 aktiviti.

Pertamanya .. Happy Birthday suamiku !!! Kek Choc moist home made yg sangat2 sedap aku buat. Tak la secantik kedai, tapi rasanya perghhhhh !!! meruntun jiwa ...hehehe. We all makan kat Sri Ayuthayya restoren exclusive Thai yang seperti takut nak masuk pada mulanya. Kompem mahall ni sakap dalam hati ... And betul pon memang mahal. Sekali setahun tak per la kan. Lagipon untuk dating2 best gak tempat gini. alhamdulillah, makanannya sangat sedap ... Gambor tak der. Lapor sangat sampai lupa nak snap gambor. Bole giteww...

Hari Sabtu ... masa siang dihabiskan untuk monitor technician repair socket, suis, lampu, paip ... Puas hati bila rumah kembali terang benderang sepenuhnya dan semua socket2 boleh digunakan... dan siap tambah additional socket untuk kegunaan2 lain. Alang2 dah buat kan, biar sekali sapu ... next week nak serrrvis ekon pulak.

Ahad .. family lunch n bowling time !!!! yezzaaa. makan kat TGI Friday (sumpah lepas ni tamau makan kat situ lagi) ... Octopus and hari bowling satu family. Seriously aku tak pegang bola bowling dah lebih 10 tahun, tapi surprisingly masih boleh mengutip mata and at the same time ada gak yg terbabas ke longkang. Beronok2 sangattt ... First game, papa menang and second game mama lak menang .. sian nopel, tangan terseliuh sebab bola berat sangat. Aku respect giler kat si kenit ni... walau tangan sakit, semangat gilerr nak main bowling sampai dia sendiri surrender.

malamnya, special dinner kat rumah ... siakap goreng pedas, tomyam udang, kerabu soo oon jadi menu. Cooked with love untuk family terchenta. Licinnnn sekor ikan ...

Alhamdulillah ... kehidupan kami sekeluarga sangat2 indah. Aku sangat2 bersyukur untuk suami dan anak2 yang aku sayang. semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik, keceriaan hidup, rezeki yang berganda dan kebahagiaan hidup dunia akhirat buat kami semua. jauhkan lah kami dari musibah, perbuatan khianat manusia, gangguan syaitan, sikap2 yang tidak baik ... ameennn ...

---- next plan .. our anniversary celebration !!!!! :-)

Comments

abu said…
ameeennnn...

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti