Teluk Intan With Love

  Assalamualaikum ...

Ahaa .. ya, ai balik kampung selepas berbulan2 tak balik. Punyala seksaited beli macam2 untuk dibawa balik. Paling seronok si boolat nilah. hari2 tanya dah kemas beg ke ? mama dah kemas beg ke? selagi tak kemaslah .. dah tiba jumaat tanya pukul berapa nak gerak .. ahahaha.. mama keje, so bertabahlah ya anak, kita gerak lepas mama abes keje ok.

Perjalanan alhamdulillah smooth, cuaca pun cantik. Kami sampai rumah ma pukul 8.30 malam. Interesting balik kali ni tak de singgah mana2 utk beli jajan. Sebab dah siap2 beli. kalau tak, keluar pagar, singgah speed mart .. keluar simpang singgah petronas, kat hiway singgah RnR .. keluar tol singgah pulak mana2 kedai. Keje membeli aje.. kihkihkih.  Memandangkan perut tak selesa, aku minta tolong adik belikan makanan utk dinner. Supaya tak de susah2 nak masak. Makan pun siple2 ajer. Tom yam dgn chicken chop. Pukul 10.30 aku dah surrender .. ngantuk n lesu. Tak sedor pun pukul berapa kakak aku sampai dari Batu Gajah.

Esok pagi bangun dengan malas .. perut pun mcm sendu2 gitu. Laporrr sebab seharian tak makan. So breakfast terus ngap nasi. Pukul 10.30 ada kelas .. nak kene mengajorr .. ehh lupa pulak kat kampung tak de wifi .. tgh tunggu depa mai pasang. Kami kongsi2 bayor gituuu. Lepas kelas dah 12.30 ... time lunch .. 2 menantu temankan ma pegi pekan beli lauk. Happy and nampak sihat ma.. seronok anak2 balik. Lama tak jumpa kan. Balik bawa 2 plastik besor lauk. Ya ampunnn murahnya lauk2 kat sini. Rezeki yang dikongsi bersama kan. Makan lagiiiiiiii ... huhuhu balas dendam 3 hari tak lalu makan. Balik kampung kali ni aku dgn kakak mmg betul2 duk rumah. Enjoy moment2kat rumah. Sembang2 ... Seronok bersembang sebab topik perbincangan tak melibatkan orang .. pasal rumah, pokok, makan. Tengok pokok2 .. ma pun excited sgt tunjuk pokok2 dia. Ma asyik cakap kat aku, ambillah apa2 yang kau nak kat rumah ni. Jangan risau, ma punya semua .. ma bagi .. gelak aku dengar .. tak de apa yg aku nak pun .. pokok duit yg batik tu je aku nak .. kihkihkih. cantik pulak bila ma buat hiasan kat dapur.


Adikku dgn hobinya .. bertukang



Nursery ma ..


Pokok cili yang berbuah dengan jayanya


Hari Ahad hari monyokk .. sebab dah nak kena siap2 untuk balik. Mcm malas2 aje kan. almaklumlah dah berehat 2 hari. Kami plan nak balik ikut jalan sabak bernam sebab nak singgah kubur abah, opah n atuk , nak tengok tanah dan nak lalu kawasan sawah padi yg hijau cantik sepanjang perjalanan.



AlFatihah untuk abah πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” Rindu yang tak bermusim


AlFatihah untuk atuk .. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”kenangan masa kecil tetap dalam ingatan




AlFatihah untuk opah. Rindu opah. Dulu selalu mimpi opah. 


Dating jap 😍😍😍😍😍😍


Perjalanan balik pun alhamdulillah Allah mudahkan. Sampai KL pukul 8.30 malam. Waduhhh .. rasa nak balik kampung lagi. Seronokkk ... Nanti kita ke Pahang pulak ya. Tengkiu En Shuben .. Sporting alwayssss ..

NK with Love

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti