Bahagianya Orang Yang Bersabar 😍😍

Kelmarin mendengar posting Ustaz Kazim Elias di Tik Tok .. aaa jangan tak tau, kita ni peminat tiktok juga 😆 suka baca dan dengar ilmu2 baru dari para2 ilmuan.. dan rakan2 tiktok. Dulu2 tak suka tiktok sebab ingatkan tiktok ni tempat upload menari gelek2 tu je .. hahaha.. rupa2nya banyak sangat ilmu yang kita boleh dapat dari tik tok ni. Selalu apa yang kita tengok akan menjadi FYP setiap kali kita on tik tok ..

Antara posting Ustaz ni mengenai orang2 yang dihina, di keji dan dia bersabar, tidak membalas, maka bersedialah untuk menerima kebaikan dan kebahagiaan yang berganda dari Allah. Urusan mereka yang menghina, mengeji dan khianat itu serahkan pada malaikat dan Allah sahaja.

Allahu .. aku betul2 merasakan nikmat tersebut. Syukur alhamdulillah .. Setiap hari ada aje berita dan hal2 yang menggembirakan terjadi. Tak perlu cerita satu persatu di sini, cukuplah sekadar percaya bahawa orang2 yang sabar itu tidak akan pernah kalah.. tidak akan pernah rugi. Kawan2, jadilah kita orang yang bersabar, kerana selagi hidup, kita akan sentiasa diuji .. hadapi dengan senyuman, keyakinan bahawa gantiannya memang akan jauh lebih baik dan lebih membahagiakan .. Hidup untuk redha Allah. 










Kata2 semangat, kasih sayang.. kata2 pujian dan nasihat, semuanya sangat aku hargai. Terima kasih sangat2. Rezeki makanan dan pemberian yang tak putus2 dari bos, kawan2 dan orang sekeliling hampir setiap hari. Terima kasih Allah .. 😍😍










Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti