Thailand with Love - Part 1

DAY 1

Perjalanan kami bermula dari KL .. merentas beberapa negeri -Selangor - Perak - Penang - Kedah - Perlis. Kami bermalam di Alor Setar sebab pagi2 dah nak gerak masuk ke sempadan Thailand. Dah plan lama dgn en shuben dan anak2. Nak ke Thailand untuk jalan2 cari makan and sambil2 tengok budaya di negeri orang.

 

 

Bila masuk Kedah ja, permandangan sawah padi yg sangat2 indah. Sepanjang hiway nak ke Alor Setar. Kiri n kanan sawah padi yang menghijau. Pelawat datang ziarah masa kami di Alor Setar. Pregnant mommy. Masuk2 rumah terus landing kat sebelah .. Macam rumah dia dibuatnya .. hehehe. Anak2 aku apa lagi, siap keluar pegi 7-11 beli wet food kucing. Last2 tidor dalam rumah tu malam kami kat situ. Tak nak balik lagi rupanya. Ingatkan nak amik anak sedara join dinner malam tu, rupanya kakak aku pun mmg otw to Alor Setar sbb anaknya demam. So dia minta tolong aku amikkan dulu anaknya kat sekolah and bawa ke homestay.

So malam tu kami dinner sama2 and stay situ. Kebetulan anak sedara sorang lagi kene athma attack. So aku ajak dorang stay aje sebab nanti penat nak balik jauh. Esok paginya aku kene gerak awal. So aku tinggalkan kakak aku dan family supaya dorang boleh rehat2 dulu sebelum check out. 

DAY 2

Kami gerak ke border Wang Klian, Perlis sebab kami nak ke Satun Pak Bara dulu. Kalau masuk ikut border ni akan lalu jalan kampung yg rumahnya jauh2. Jalan bukit2. Ada beberapa option kalau nak masuk Thailand melalui jalan darat.

1. Wang Kelian - Perlis
2. Padang Besar - Perlis
3. Bukit Kayu Hitam - Kedah
4. Bukit Berapit - Perak
5. Rantau Panjang - Kelantan

Boleh pilih mana2 pintu masuk yg paling dekat dgn tempat korang sampai ya. Jgn lupa check dulu waktu buka n tutup sempadan.

Nak masuk Thai bawa kereta sendiri kena ada:

1. Passport - semua yg nak masuk ke negara Thai wajib ada passport. Bagi penduduk Kedah, Perlis, Kelantan dan dan Hulu Perak, ada border pass warna biru. Maximum border pass ialah 3 hari sahaja and sampai ke Hat Yaii sahaja.

2. Geran atas nama driver. Kalau kereta atas nama org lain, kene ada geran juga dan surat akuan bersumpah yg sah di sign oleh pemilik kereta sendiri. Jangan nak suka2 aje ya bawa masuk kereta tanpa geran dan surat akuan bersumpah tu sebab kereta mungkin akan disita. 

3. Insuran kereta Thailand - Insurans ini boleh dibeli daripada agensi pelancongan yang ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan seperti di Changlun atau Rantau Panjang. Berderet2 kat situ kedai2 yang jual ni. Kalau ada apa-apa masalah, anda boleh tanya agensi pelancongan ni.

4. Optional - Simkad Thailand - Alang2 dah beli insurance Thailand tu, beli lah juga simkad Thailand supaya senang nak berkomunikasi, nak update soc med, dan sebagainya. Kami berlima perlu sebab anak2 dah besar and ada masa dorang nak keluar bertiga jalan2 waktu malam.

  


  

  

Ni lah lunch kami di Satun .. Nama kedai, Pak Tam. Boleh bayar dgn Bhat atau RM. Puas hati makan seafood kat sini. Ketam isi penuh, masakan sedap2, air gelas besar gedabak. Memang tersandor kekenyangan kami semua. Harga, lebih kurang harga kat Malaysia, tak de lah murah mana sebab duit kita rendah waktu ni. Masa aku tukar duit tu, RM 3000 = 22,200 Bhat aje. So kene ada backup RM jugak supaya kalau tak cukup duit, boleh guna RM yang ada untuk bayar barang kat tempat2 tertentu.

  

 

      

Alhamdulillah, sampai ke resort kami .. satu malam kat sini. Rehat2 dulu sebelum ronda2 pasar malam sini. InsyaAllah kita sambung di post yang seterusnya.

Assalamualaikum.

# Bahagia Cara Kita

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti