Seketul Daging .. Busuk atau Wangi

 Assalamualaikum semua ..😍😍😍

Seketul daging, apabila ianya busuk, maka seluruh badan, fikiran, jiwa, kata-kata dan perbuatan akan turut busuk dan semakin membusuk jika tidak dirawat segera.

Banyak perkara yang terjadi disekeliling kita, bila kita lihat, dengar dan baca, kita bersyukur kepada Allah kerana kita tidak seperti mereka. Sebab tulah kita kena berkawan dengan orang2 yang baik, bijak. Bak kata omputeh, Strong minds discuss ideas, average minds discuss events, weak minds discuss people and lowest mind create gossip and drama. 

Bila Allah takdirkan kita untuk berhadapan dengan orang2 sebegini, tak perlu nak berperang, bergaduh memaki, menyindir semula, tapi serahkan pada Allah. Doakan mereka diberi hidayah kerana hidayah Allah tu sangat mahal, hanya yang mencari akan berjumpa. Doakan mereka berjumpa kebahagiaan kerana hidup mereka sebenarnya sengsara, tak tenang. Maunya nak tenang kalau hari2 bangun tidur fikir cara nak maki, nak fitnah dan nak kenakan orang lain πŸ˜„ Dan doakan juga supaya mereka akan dapat balasan yang sama dari orang lain supaya mereka faham, akibat mencabar Allah. Hidup kat dunia ni tak lama. Berbaloi sangat kalau bersabar ya sahabat2. Percayalah, ramai yang sayangkan orang yang sabar dan benci perangai busuk hati. 

Perhati saja disekeliling, orang2 yang busuk hati, takkan berjaya dan berada kat tempat yang tinggi sebab Allah tu Maha Adil. Kalau ada pun, takkan bertahan lama kerana Allah tahu orang2 begini kalau diberi pangkat dan kekayaan akan jadi manusia yang sangat zalim. Tak ada rupa, harta dan pangkat pun dah zalim, apatah lagi kalau berpangkat kan. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Dia beri kita apa yg kita perlu dan mampu.

Antara nikmat kehidupan adalah apabila Allah kekalkan rasa malu dalam diri. Syukur lagi bila kita masih ada rasa malu pada diri sendiri, pada orang lain dan pada Pencipta kita. Kita nampak baik hanya sebab Allah tutup aib kita. Pelikkan manusia, bila Allah tutup aib, depa pi reka dan canang pulak aib orang sendiri dengan harapan orang lain akan terhina, tapi yang jadi sebaliknya πŸ˜„ Aduhaiii ... tulah, makin bertambah umur makin pelik pula perangai sesetengah manusia, dah macam tak betul pun ya. Macam pakcik yang mengamuk tak dipanggil babi eh baby tu. So jangan macam2 ya sahabat2 semua. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit busuk hati, mental disorder dan hilang malu. Semoga kita juga dilindungi dari manusia2 yang busuk hati, mental disorder dan tak ada malu. Ubat penyakit hati ni banyak di ajar dalam hadis, ceramah ustaz2 .. kata2 alim ulama. Hanya yang nak ubat sahaja akan mencari dan akan jumpa. insyaAllah.

Semoga kita semua disayangi Allah dan mereka2 yang menyayangi Allah dan RasulNya.




















Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti