Pencacai atau Pendamai

Assalamualaikum semua..


Hari dah petang, kerja dah siap. So kita menulis sikit pengalaman harini dan sebelum2 ni. Sebenarnya aku nak tulis pasal hari raya haji yg memang ohsemmm ... tapi ada kejadian2 dipejabat beberapa harini yang membuat aku rasa nak menulis topik ni sementara menunggu anak dara habis exam.

Bila kita kerja dah lama .. jadi kakak2, makcik2  kat office, selalu ada yang datang meluahkan, bertanya pandangan, salah faham tak puas hati dengan officemate. Benda yang biasa berlaku depana mata kita kan. Dalam keadaan orang meluahkan dan bertanya pendapat, kita ada 2 option, samada untuk menjadi pencacai atau pendamai. Tak heran ya, ada disekeliling kita suka memilih untuk jadi pencacai. Sangat suka melihat orang bertelagah dan memanjangkan salah faham seterusnya jadi musuh sekutu. Adalah satu keseronokkan bila melihat orang lain bergaduh, bersengketa dan jadi batu api dalam masalah2 yang sebenarnya boleh diselesaikan. Ianya pernah terjadi depan mata aku suatu masa dahulu. Lepas je kawan mengadu, terus pegi jumpa boss untuk bercerita dan mengadu domba.  Kategori pencacai ni memang tak boleh nak berkawan rapat dengan aku, sebab aku ni jenis pendamai. Aku prefer bagi neutral dan opinion sisi elok seseorang tu, melainkan kau memang continuously buat tahik dan mencacai pasal aku la kan .. hehehe. 

Pagi tadi ada yang mengadu rakan ofis biadap, tak boleh diajak bekerja dangan baik. Aku senyum dan bersimpati dengar luahannya. Setelah selesai meluahkan, aku bercerita sisi baik staff tersebut dan share tips2 yang boleh dia gunakan supaya dia boleh kekal positive. Key word SABAR tetap ada. Sabar ialah sesuatu yang mudah disebut tapi susah nak lakukan dengan istiqamah. Aku tetap memilih untuk jadi pendamai, and alhamdulillah petang ni tengok dorang elok aje bercakap dan bekerja. Kena hati2 bila nak memberi nasihat, kerana kadang2 kita tak tahu apa yang disampaikan itu betul2 atau sekadar nak tambah2 cerita. Yang penting, kita bersedia dengan fikiran yang positive. Kalau beberapa orang tak suka kita tu adalah normal. Ada yang tak suka kita tanpa sebab, dan ada yang tak suka kita sebab dihasut oleh org lain. Tapi kalau semua orang tak suka dan menjauh diri dari kita kecuali geng2 fitnah kita, hat ni nak kena banyak2 muhasabah diri. Penting kita kenal perangai individu sebelum kita nak berpihak pada sesiapa.

Kat mana2 pun kita pergi, sure akan jumpa dengan pelbagai kerenah dan perangai manusia. Mesti berani untuk menerima perbezaan dan meraikan persamaan. Sesuatu itu dikira toxic ialah apabila ia terus menerus memberikan kesan negatif terhadap pemikiran, kelakuan dan kata2 kita dan orang lain terhadap kita. Jika berada dalam keadaan begini, jauhkan diri anda dari toxic people dan toxic environment Pengalaman aku dengan orang2 kategori pencacai ni memang wujud dari zaman jahiliah sampailah sekarang. Akhir zaman ni memang cabaran agak luarbiasa, hidup ini keras kawan2 jadi hati kena kental, jiwa kena kuat. Budak2 muda sekarang dipanggil generasi strawberi, sedikit lemah dan mudah lunyai dimamah ujian kehidupan. Semoga anak2 kita terus menjadi manusia pendamai, menjadi insan yang tabah, kuat jiwanya dalam menghadapi kehidupan ini.

"Kita tidak mampu untuk membuat semua kebaikan, tetapi kita semua mampu untuk membuat satu kebaikan setiap hari lantas mengukirkan senyuman kebahagiaan di bibir seseorang."



Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti